Enter Keyword

8 Cara Turunkan Paras Kolesterol Dalam Darah Dengan Cepat Sebelum Terpaksa Bergantung Dengan Ubat Sepanjang Hidup

Paras kolesterol yang tinggi di dalam darah selalunya berkaitan dengan gaya hidup yang tidak sihat seperti memakan makanan yang tinggi lemak tepu dan kurang aktiviti fizikal.

Selain itu, ia boleh berlaku apabila seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan (obes), kuat merokok, cepat tua (arteri semakin semakin sempit), genetik, dan masalah kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit hati atau buah pinggang.


Mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi, ditambah pula ada masalah kesihatan, pasti akan terpaksa bergantung dengan ubat-ubatan sepanjang hayat. Sanggup ke telan berpuluh-puluh pil selama bertahun-tahun, tetapi kesihatan bukan semakin baik malah semakin merosot pula.

Semakin tua, terpaksa pula terlantar di katil hospital, bergantung pada mesin setiap masa, sedangkan teman-teman seangkatan sedang seronok bermain bersama anak cucu. Tentu kita tak nak ini terjadi kepada diri kita atau ibu, ayah, atau saudara-mara kita kan?

Cara Turunkan Paras Kolesterol Dalam Darah

Sebelum keadaan jadi lebih buruk, cepat-cepatlah berusaha turunkan paras kolesterol yang tinggi itu. Bukan susah. Ikut saja semua panduan di bawah!

#1. Bergerak!
Untuk merendahkan kolesterol jahat (LDL), aktiviti fizikal berterusan mampu menaikkan paras kolesterol baik (HDL) sehingga 10%.

Sama ada berjalan 10,000 langkah sehari atau sekadar berjalan-jalan selama lima minit setiap jam jika anda bekerja sudah memadai. Bersenam lima hari dalam seminggu amat baik untuk menurunkan paras kolesterol anda.

#2. Jauhi lemak tepu!
Lemak tepu ialah lemak yang boleh membeku dengan cepat pada suhu bilik. Contohnya lemak pada santan, dan lemak pada daging lembu. Telur ayam juga mengandungi kadar kolesterol yang tinggi. Begitu juga dengan makanan laut dan makanan berasaskan tenusu.

Ambil banyak lemak baik seperti minyak ikan, minyak sayuran. Minyak ikan mengandungi Omega-3 yang membantu menurunkan paras kolesterol jahat dalam darah.

#3. Makan banyak serat
Buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh amat kaya dengan serat malah mengandungi anti-oksidan juga. Serat yang melarut (seperti alfalfa) menyerap kolesterol seperti span dalam salur penghadaman.

#4. Makan ikan dan minyak ikan
Banyak kajian menunjukkan ikan dan minyak ikan amat bagus dalam menurunkan kadar kolesterol jahat dalam salur darah.

Ambil hidangan ikan salmon kerana ia sangat kaya dengan Omega-3. Sumber lain Omega-3 ialah seperti kacang soya, canola, flaxseeds, juga kacang walnut.

#5. Teh hijau
Teh hijau adalah alternatif yang lebih sihat berbanding minuman soda dan bergula. Kajian menemui teh hijau amat membantu menurunkan kolesterol berbanding teh hitam.

#6. Makan kacang
Kacang seperti walnut dan almond mempunyai manfaat menurunkan kolesterol jika diambil dalam kadar yang tetap. Tetapi oleh kerana ia tinggi kalori, maka pengambilannya haruslah dihadkan.

#7. Kurangkan merokok
Jika anda berada dalam kategori perokok tegar, kurangkanlah merokok atau berhenti terus daripada mengambil bahan beracun ini.

#8. Ambil suplemen!
Pengambilan suplemen yang betul dan konsisten terbukti dapat menurunkan paras kolesterol dalam darah. Lebih baik, pilihlah suplemen yang berasaskan sumber semulajadi kerana suplemen sintetik tiada bezanya dengan ubat yang anda ambil.

Turunkan Kolesterol Cara Semulajadi!
Phytocol ST
Rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh. Ia mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal serta di sokong oleh 80 kajian.
Phytocol ST di rumus daripada campuran sterol dan stanol tumbuhan (2000mg mengikut saranan NIH).

Omega Guard
Merupakan asid lemak Omega 3 bersumberkan ikat laut dalam. Ia membantu menurunkan trigliserida hingga 65% dan menurunkan LDL serta keseluruhan kolesterol.

Jadi, jika tak mahu bergantung dengan ubat hospital sepanjang hayat anda, tukarlah cara hidup yang sudah sebati tu, makan makanan yang baik untuk kesihatan dan amalkan suplemen yang betul.

Dapatkan khidmat nasihat percuma atau dapatkan produk untuk menurunkan kolesterol ini dengan penjimatan hingga 25% dengan menghubungi:

Suhaila Budin
SMS/ WhatsApp: 012-9645614


Rujukan:
1. http://www.webmd.com/cholesterol-management/features/11-tips-to-cut-your-cholesterol-fast?page=3

2. http://www.top10homeremedies.com/home-remedies/home-remedies-high-cholesterol.html

1 ulasan:

  1. Kolesterol boleh menyebabkan darah tinggi dan penyakit jantung. Oleh itu langkah pencegahan di peringkat awal adalah lebih penting kepada kita semua.

    Lawati link saya: http://www.id4u.my/detail.php?id=322

    BalasPadam