Enter Keyword

Suami Terpinggir Merajuk Gara-Gara Isteri Sibuk Dengan Bisnes Online- Sebuah Kisah Rumahtangga

Lewat petang itu, aku seperti biasa pulang daripada kerja.

Namun agak pelik kerana kepulanganku tidak bersambut seperti biasa. Selalunya isteri aku yang pulang lebih awal akan menungguku di muka pintu dengan sebuah senyuman bersama anak-anak.

Kali ini rumahku sunyi. Kaku. Aku ke tingkat atas meninjau kalau-kalau isteriku ada disitu. Kosong. Aku turun semula ke ruang tamu melihat di atas meja kopi kot-kotlah ada surat atau nota yang ditinggal isteriku.

Juga tiada apa-apa melainkan dua helai kertas bil air dan elektrik yang berjumlah hampir RM300. Aku duduk di sofa. Memerah otak memikir ke mana anak dan isteriku pergi.

Ku cuba mendail nombor isteriku tapi...mungkin kehabisan bateri. Aku semakin hairan. Tak pernah isteriku berkelakuan pelik seperti ini.

"Ah, mungkin ke pasaraya berdekatan tapi lupa nak bagitahu." aku menyedapkan hati sendiri.

Aku naik semula ke tingkat atas untuk mandi dan solat.

Sebaik habis berdoa, ku dengar bunyi kereta berhenti di depan pagar rumah. Kedengaran juga suara isteri dan anak-anakku bercakap sesama sendiri dan ketawa riang seperti baru pulang dari bercuti. Aku jadi makin hairan.

Ku intai dari anjung, tapi tidak kelihatan pula barang-barang daripada pasaraya. Lantas ku bergegas mendapatkan mereka di bawah.

"Sayang ke mana? Abang call tak dapat?" tanyaku.

"Tak kemana. Saya cuma berjumpa kawan sekejap," balas isteriku.

"Kalau ye pun takkan tak sempat bagitahu abang?"

"Memang nak bagitahu. Bateri habis tak sempat nak cas. Nak cepat tadi" balasnya lagi.

"Urusan apa yang penting sangat tu?" soalku benar-benar ingin tahu.

Isteriku cuma senyum.

Memang aku perasan, sejak akhir-akhir ini isteriku asyik mengadap laptop dan telefonnya. Sekejap-sekejap berbunyi. Pernah aku curi-curi baca kandungan WhatsAppnya tapi aku pelik sebab dia banyak menyebut Shaklee, Shaklee.. Apa tu?

Aku betul-betul bingung. Kalau meniaga mana barangnya? Aku langsung tak pernah tengok isteriku membungkus apa-apa barang pun.
*
*
*
*
*
*
*
Saksikan kesudahan cerita ini dengan menonton video pendek di bawah. Semoga terhibur!!

PS: Jangan risau...happy ending. Dijamin!



Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan