Enter Keyword

Air Ketuban Bocor! Apa Nak Buat?

Assalamualaikum wbt.

Semasa saya tengah skrol-skrol facebook, saya terbaca perbincangan dalam satu grup, ada seorang bakal ibu bertanya, dia terasa seperti air keluar daripada farajnya sedangkan due date lambat lagi. Ibu tu jelas risau dan panik dengan keadaan itu.

Ramailah rakan-rakan yang lain cadangkan ibu tu terus ke hospital.

Sebenarnya bahaya tak ye air ketuban bocor ni? Perlu tunggu sakit dulu atau perlu terus ke hospital? Macam-macam persoalanlah agaknya yang timbul di kepala. Saya sendiri tak pernah ada pengalaman air ketuban bocor.

bayi dalam membran amnion

Ketiga-tiga anak saya dilahirkan selepas doktor yang pecahkan air ketuban tu.

So hari ni saya nak kongsi dengan ibu-ibu sedikit pengetahuan, manalah tahu berguna disaat-saat kecemasan dan memerlukan, kan.

Apa itu air ketuban?

Air ketuban ialah cecair amniotic yang wujud di dalam kantung (amniotic membrane) yang menempatkan fetus dalam kandungan.

Air ketuban ni fungsinya ialah untuk perlindungan bayi, tempat dia tidur, main, berguling, membuang serta mengelakkan gegaran. Kiranya macam kusyen untuk baby. Jadi baby tak akan sakit kalau ibu naik motor melompat bonggol sekali pun.

Bagaimana air ketuban boleh pecah atau bocor?

Ada dua keadaan:

1. Secara spontan (spontaneous rupture membrane) dengan sendirinya;

2. Dipecahkan oleh doktor atau bidan semasa proses hendak bersalin

Selalunya, apabila air ketuban dah pecah, rasa sakit nak bersalin atau kontraksi semakin kuat. Keadaan ini adalah normal dan selalu berlaku di kebanyakan kelahiran.

Air ketuban bocor secara spontan sebelum tiba masanya?

Seperti kes diatas, apabila tempoh sebenar bersalin masih lambat (sebelum minggu 37) tetapi air ketuban sudah mula bocor sedikit demi sedikit, ada beberapa perkara yang ibu harus tahu.

1. Apabila kandungan semakin besar dan menghampiri due date, rahim akan menekan pundi kencing. Braxton Hicks yang sedikit kuat boleh menyebabkan ibu terkencing. Keadaan ini boleh juga di salah erti sebagai air ketuban bocor.

2. Jika ibu benar-benar pasti bahawa yang keluar itu ialah air ketuban (warna agak jernih), bukan air kencing atau lendiran faraj yang biasa, maka ibu perlu buat perkara berikut:

  • Pakai pad atau tuala
  • Tidak memasukkan sesuatu ke dalam vagina
  • Segera ke hospital untuk pemeriksaan. Bawa sekali peralatan peribadi yang perlu kerana ada kemungkinan ibu akan di tahan di wad.
Doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound untuk memastikan keadaan fizikal bayi.

Risiko jangkitan kuman

Apabila ibu merasa air ketuban bocor, sama ada sedikit atau banyak, jangan bertangguh untuk terus ke hospital. Semakin lama ibu menunggu, semakin tinggi risiko jangkitan kuman akan berlaku. Ini bukan saja beri kesan pada bayi, malah turut membahayakan nyawa ibu.

Jika kandungan ibu belum menghampiri usia 37 minggu, dan setelah doktor mengesahkan bayi selamat, ibu boleh pulang dan buat pemeriksaan susulan.

Tetapi jika kandungan ibu sudah menghampiri usia 37 minggu, selalunya doktor akan menunggu sehingga 12 jam untuk melihat tanda-tanda bersalin sudah bermula. Jika tidak, doktor akan memberi suntikan epidural untuk mempercepatkan proses kelahiran.

Apapun, ibu harus cakna dengan setiap perubahan kerana ada juga ibu yang tak sedar air ketuban telah bocor dan ini sangat membahayakan bayi.

Ibu pun jangan stress, saya percaya doktor mahukan yang terbaik sahaja untuk ibu. Ikut saja nasihat doktor.

Saya doakan agar kehamilan dan proses bersalin ibu nanti dipermudahkan. Amiinn insyaAllah.

***********
Puan Suhaila
ID SHAKLEE: 868994


Rujukan:






4 ulasan:

  1. Aryan & Ainur memang doktor yang pecahkan ketuban. Aqif pulak sakit-sakit tengah tahan contraction bunyi pop pecah, terus nak teran. Gelabah jugak kot kalau pecah di rumah

    BalasPadam
  2. akak plak tiga2 memang doktor yg pecahkan. yg last tu bertakung mcm kolam rasa huhu..

    BalasPadam
  3. akak plak tiga2 memang doktor yg pecahkan. yg last tu bertakung mcm kolam rasa huhu..

    BalasPadam
  4. Salam, owh sy ade kenalan yg bayi dalam 5 / 6 bulan camtu, tp air ketuban dh pecah..pegi klinik terus kena tahan..tp tg laa ni dh keluar wad..maybe dh ada balik kot air ketuban tu? huhu..
    btw blog awk ni sgt berguna..sy dh masukkan dlm bloglist saya..kot berguna utk masa depan bila sy dh kawin nanti..hehe :)

    BalasPadam