Enter Keyword

10 Sebab Makanan Ini Tidak Sesuai Diberikan Kepada Anak

Lemas melihat lambakan makanan ini, akhirnya mendorong saya untuk menulis topik ini. Sebagai ibu rasanya menjadi tanggungjawab saya untuk ingatkan ibu yang lain, malah semua ibu bapa bahawa mengambil makanan yang salah akan mendatangkan banyak kesan buruk pada anak kita.

Kita mungkin tak sedar sebab anak kita masih kecil. Sel masih membahagi dengan pantas. Anak masih aktif dan sihat. Namun kesan jangka masa panjang tiada siapa yang dapat menduga. Eloklah kita mencegah dari awal sebelum terlambat.


Pada pandangan kita, gambar di atas nampak macam makanan. Betul kan? Sebenarnya ia bukan makanan. Makanan ialah sesuatu yang kita makan dan ia memberi kita nutrisi yang badan kita sangat perlukan. Dalam gambar diatas (walaupun ada label fakta nutrisi) ia sebenarnya mengandungi kosong nutrisi malah badan kita menganggap ia adalah 'waste'! Langsung tidak berguna!

Inilah yang dinamakan makanan terproses ( processed foods) atau lebih tepat lagi chemically processed foods. Jangan terkeliru dengan perkataan proses itu.

Ayam goreng kunyit, walaupun telah diproses ia masih makanan sebenar. Begitu juga buah limau yang diperah jusnya untuk diminum. Atau nasi lemak sambal sotong. Ia masih 'real foods'. Ia cuma diproses secara mekanikal dan tidak ada sebarang aditif di dalamnya.

Makanan terproses yang kita maksudkan disini ialah makanan yang telah diproses secara kimia, telah ditambah pelbagai bahan seperti pewarna tiruan, perasa, pemanis tiruan, pengawet dan bahan-bahan kimia sintetik untuk mengekalkan tekstur, warna, rasa selama bertahun-tahun. Jadi, masih panggil ini makanan?

Mungkin ramai daripada kita yang menganggap,

"Ala..sekali sekala. Bukan makan banyak pun. Sikit je. Lagipun kesian tengok anak mintak-mintak"

Saya harap kita bertukar fikiran lepas mengetahui sebab kenapa makanan ini tidak sesuai lagi diberikan kepada anak kita.

1. Rintangan insulin

Biskut dan air minuman (tin, botol atau kotak) contohnya mengandungi amaun gula yang sangat tinggi. Kadar gula yang terlalu tinggi ini akan memberi kesan terhadap metabolisme badan kita.

Metabolisme yang tidak stabil akan menyebabkan rintangan insulin, kenaikan lemak trigliserida, kenaikan kolesterol jahat, serta pengumpulan lemak pada organ hati dan abdomen.

Gula adalah pembunuh senyap nombor satu. Ia boleh menyebabkan kanser, serangan jantung, obesiti, diabetes dan sebagainya.

2. Mendorong makan lebih banyak (ketagih)

Pengilang tahu makanan ini mesti sedap untuk menarik perhatian anak untuk makan, makan, dan makan lagi. Maka mereka memasukkan bahan yang boleh menyebabkan kesan kepada biokimia otak (brain rewarding), merosakkan fikiran serta tingkahlaku, lalu mendorong anak untuk terus menikmati makanan itu hinggalah mereka sakit.

3. Timbunan bahan kimia

Sudah tentu ianya bukan makanan sebenar, bukan daripada sumber semulajadi malah langsung tidak berkhasiat. Makanan seperti ini mungkin terhasil daripada campuran beratus-ratus bahan kimia dan anak kita pula sedap menikmatinya setiap hari. Makan terproses ini mengandungi:
  • Preservatives (pengawet): bahan kimia yang buatkan ia lambat rosak
  • Colorants (pewarna): bahan kimia yang buat ia nampak cantik dan menarik
  • Flavor (perasa): bahan kimia yang buat ia rasa sedap dan lazat
  • Texturants : bahan kimia yang berikan tekstur kepada makanan (keras, lembut, lembik dsb)
4. Rendah atau tiada nutrisi

Malah, konon-konon untuk nampak ia berkhasiat, makanan ini di tambah dengan vitamin dan mineral sintetik yang mana juga turut berasal daripada sumber bukan semulajadi. Nutrien sintetik ini TIDAK diperlukan oleh badan berbanding nutrien bersumberkan semulajadi.

Semakin banyak kita makan makanan ini, semakin kurang dan rendah nilai vitamin, mineral, antioksidan dan unsur surih yang badan kita benar-benar perlukan. 

5. Menyebabkan masalah berkaitan perut dan penghadaman

Makanan ini rendah atau tidak mengandungi serat. Serat amat penting untuk sistem penghadaman contohnya prebiotic yang bagus untuk bakteria baik dalam usus.

Jadi tidak hairanlah anak yang kerap makan makanan ini akan selalu sakit perut, sembelit dan sebagainya.

6. Penyebab salur darah tersumbat

Kandungan lemak trans yang tinggi dalam makanan terproses boleh meningkatkan risiko arteri tersumbat, serangan jantung serta kematian mengejut.


7. Pencetus ashtma serta radang kulit

Percaya tak, banyak pewarna sintetik berasal daripada kilang membuat tar contohnya warna kuning (tartrazine) dan biru (indigo carmine). Bahan ini akan meransang tindak balas hipersensitiviti kepada kanak-kanak yang mempunyai ADHD, penyakit asthma, alahan kulit serta dermatitis.

8. Kerosakan sel darah merah

Bahan pengawet yang selalu digunakan ialah Butylated hydroxytoluene (BTH) walaupun sedikit, lama-kelamaan boleh menyebabkan kerosakan bahan genetik dalam badan. Kajian turut menunjukkan ia boleh menyebabkan kerosakan sel darah merah serta meransang simptom sensitiviti kimia.

9. Kerosakan otak dan sistem saraf

Tahu tak, makanan terproses ini datang daripada sumber makanan yang telah disembur dengan pestisid? Contohnya keropok jagung, minuman jus buah-buahan, bijirin gandum, dan sebagainya lagi. Bahan ini sangat karsinogenik (berisiko kanser) dan boleh menyebabkan kerosakan genetik pada manusia.

Sesetengah pestisid yang dikenali dalam kumpulan neurotoksin mampu merosakkan sistem saraf dan membantutkan perkembangan otak dan sudah tentulah ia sangat bahaya kepada kanak-kanak.

10. Sistem imun merosot

Kalau ada yang bertanya kenapa anak-anak sekarang mudah jatuh sakit, mudah terkena jangkitan, selalu keluar masuk hospital, mungkin inilah jawapannya.

Ibu bapa seronok memberi anak makan makanan 'kegemaran' mereka, dan mengabaikan untuk memberi makanan berkhasiat.


Pilihan di tangan kita. Jangan di turuti kehendak anak. 

1. Kurangkan dan berhenti terus daripada memberi makanan seperti itu. 
2. Mulalah memasak sendiri di rumah menggunakan bahan semulajadi. 
3. Kurangkan makanan dalam tin serta makanan segera. 
4. Hidangkan buah-buahan dan kekacang sebagai snek berkhasiat.
5. Buat peraturan 'di larang ke bahagian makanan ringan apabila ke pasaraya'

Tahu tak makanan ini boleh menyebabkan masalah tingkahlaku pada anak? Kenapa anak jadi degil, keras kepala, lemah dalam pelajaran dan sukar nak fokus? InsyaAllah saya akan menulis dalam entry seterusnya.

Teruskan membaca!

P/S: Mahukan nutrisi berkhasiat untuk anak? Hubungi saya: 

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan