Selasa, 8 September 2015

Kenapa Ibu Mengandung Suka Mengidam? Hormon Atau Sebenarnya Mengada-ada?

Hehehehe.... jangan marah bila saya cakap mengada-ada. Kan soalan tu. Saya pun ada masa mengidam juga. Adakah saya mengada-ada? Sudah tentulah tidak! :P

Ibu-ibu (mungkin juga bapa) mesti nak tahu kenapa orang mengandung ni suka mengidam, kan? Kalau mengidam setakat ais krim, roti canai, buah nangka ke oklah lagi. Kalau tiba-tiba mengidam nak makan daging rusa salai masak lemak negeri sembilan tengah malam-malam buta mana pulak encik suami nak cari? Duduk pula kat Perlis. Haa jenuh lah. Yang ini memang betul mengada kot? LOL.


Percaya tak? Bukan isteri je yang mengidam. Kadang-kadang isteri takde apa, si suami pulak yang over-over mengidam. Kau dah kenapa, kan? Aku yang mengandung kau yang mengidam. Gituu..

Punca mengidam

Kajian menunjukkan sebanyak 90% wanita mengandung akan mengidam makanan tertentu terutamanya pada trimester pertama. Punca sebenar tidaklah diketahui namun ramai percaya sebenarnya ia adalah petanda atau 'signal' tubuh kita kekurangan dan memerlukan sesuatu.

Contohnya, peningkatan isipadu darah akan menyebabkan kenaikan aras sodium. Dengan itu badan beri signal kita lapar jeruk.

Sebenarnya bukanlah tubuh inginkan makanan tersebut (contohnya airkrim), tetapi tubuh memerlukan sesuatu di dalam aiskrim itu manakala otak pula menterjemahnya sebagai aiskrim.

Kenapa berlaku perubahan terhadap selera makan?

Ini adalah disebabkan perubahan hormon semasa mengandung yang mana akan turut mencelarukan sensasi deria rasa dan bau. Lapar, kurang rehat, tekanan dan emosi yang tidak menentu sering diterjemahkan kepada mengidam.

Berdosakah mengidam?

Tidak ada salahnya dan tidak membahayakan jika ibu tidak meminta makanan pelik-pelik seperti teringin nak makan arang, sabun, kayu, kaca dan sebagainya. Sindrom mengidam makanan pelik ini di namakan pica dan jika ia berlaku kepada ibu, cepat-cepat dapatkan rawatan doktor.

Bagi kebanyakan wanita, mengidam boleh jatuh dalam beberapa kategori makanan; manis, pedas, masin, atau juga masam.

Kajian turut mendapati hanya 10% sahaja wanita yang mengidam makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

telan air liur je tengok jeruk ni. cis!

Pentingnya nutrisi berkhasiat

Tabiat mengidam tidak seharusnya menyebabkan tubuh kekurangan nutrisi penting untuk bayi dalam kandungan. Walaupun ibu mengidam, ibu harus malah wajib mengambil makanan berkhasiat untuk perkembangan bayi yang sihat.

Ini kerana, ada ibu mengandung yang hanya mengamalkan makanan yang disukainya sahaja tetapi mengabaikan pemakanan berkhasiat seperti vitamin pre-natal.

Ibu mengandung yang asyik mengidam makanan manis di khuatiri lebih mudah mendapat kenaikan berat badan mendadak dan juga di serang diabetes gestasi.

Manakala ibu mengandung yang asyik mengidam makanan masin pula dikhuatiri mendapat masalah tekanan darah tinggi.

Apapun, berpada-padalah jika ibu mengidam. Ambil dalam kuantiti sedikit, dan pandailah pilih makanan alternatif yang lebih menyihatkan.

Ingin cuba Set Vitamin Pre-Natal Manjaku, hubungi:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

4 ulasan:

  1. info menarik ni.. x pernah terfikir.. mybe sbb blu kawen lg kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi nanti boleh tau mcm mana perasaan mengidam tu... dia mcm naaaaakkk sangat. kalau tak dapat memang boleh merajuk setahun

      Padam
  2. Masa pregnant kali pertama dulu teringin sangat nak makan cheezy wedges (produk baru kepsi masa tu), tp asben tak layan. Sampai laa tengah malam, rasa teringin masih ada. Kalut jugak nak nk cari kepsi (masa tu cuma ada 1 je kepsi yg bukak 24hrs, kat bukit bintang).

    Alkisah konfiden sangat tau jalan, kami sampai kat taman bukit bintang yg tah kat mana2 tah..

    Pendekkan cerita, akhirnya sampai jugak kepsi bkt bintang, pukul 2pg. Tapi tekak dah xmo dah...😢

    BalasPadam
  3. Masa pregnant kali pertama dulu teringin sangat nak makan cheezy wedges (produk baru kepsi masa tu), tp asben tak layan. Sampai laa tengah malam, rasa teringin masih ada. Kalut jugak nak nk cari kepsi (masa tu cuma ada 1 je kepsi yg bukak 24hrs, kat bukit bintang).

    Alkisah konfiden sangat tau jalan, kami sampai kat taman bukit bintang yg tah kat mana2 tah..

    Pendekkan cerita, akhirnya sampai jugak kepsi bkt bintang, pukul 2pg. Tapi tekak dah xmo dah...😢

    BalasPadam