Rabu, 16 September 2015

Projek DIY: Rak Display Kereta Hot Wheel

Kalau sesiapa yang ada anak jantan kat rumah tu, mesti ada banyak koleksi kereta besi kecik-kecik Hot Wheel tu kan?

Kat rumah saya selain Hot Wheel ada juga kereta besi jenama Mr. DIY. Haha..Lately duk gila pergi Mr. DIY. Rasa macam semua benda nak beli letak kat rumah. Especially benda deko-deko ni. Last satu benda pun tak beli sebab tak tau nak ambik mana satu.

Tapi habuan anak-anak haruslah ada. Kereta mainan dia, (walaupun tak banyak pilihan), agak murah jugak la. Lagipun GST dia bayar. LOL!

Walaupun kat rumah ni dah ada rak zirafah comel untuk simpan barang mainan, dan bakul plastik untuk lambak mainan besar-besar, mainan tetap bersepah juga. Terutama kereta kecik macam Hot Wheel tu la.

rak ni saya tak jual. tapi kalau nak boleh cari di kedai jual barangan bayi dan kanak-kanak.

Jadinya mama berfikir-fikir, daripada sepah merata-rata, bawah sofa, celah pintu, bawah rak tv dan entah mana-mana lagi sampai hilang, why not kita buat rak display untuk letak kereta Hot Wheel tu.

Selain boleh jadi hiasan dinding, nanti bila-bila nak main senang. Ambil dan letak semula kat situ. (Ok, sebenarnya ambik je. Letak semula tu....errrr krik krik).

Dengan penuh kegigihan, mama cari kat Google kot kot dapat idea macam mana nak buat rak yang cantik, dan kemas tapi dalam masa sama mudah nak buat.

Akhirnya terjumpa beberapa gambar. Ada satu gambar tu, mama tengok dia guna rak kasut kayu. Ala, yang harga RM9.90 beli kat Giant tahun 2012 kot.


Haa ini lah dia rupanya. Terima kasih blog ayurashid.com untuk gambar ni. Akak pinjam naa.. Sebab akak lupa nak amek gambar rak akak sebelum ia di transform jadi cantik.

Ok lah, lepas google google gambar tadi, mama bagi kat suami. Suruh dia pilih yang mana senang nak buat. Nampak gaya memang yang pakai rak kasut tu yang paling mudah nak buat.

Benda dah ada kan. Tinggal rajin ngan malas je.

Setelah suami mama lembang-lembangkan kasut yang ada kat rak tu (sabo jelah), maka bermulalah projek kami.

Ok, FYI, mama tukang bagi idea je. Yang buatnya encik suami. ahakss..


Cuma cantumkan kedua-dua bahagian kayu tu, dan pakukan guna paku yang saiz kecil sekali.


Dah cantum dengan kemas, boleh la cat. Poyo je pakai spray. Tak sesuai sebab angin kuat. Lagipun bahaya jika dihidu kanak-kanak. Suami mama beli cat warna putih yang sesuai untuk cat kayu.

Dah siap cat, biarkan kering. Dah kering boleh la gantung dalam rumah dan susun koleksi kereta Hot Wheel yang ada.

Taraaa!!! Cantik kan??


Ni kalau jual agak-agak berapa RM nak letak ni? :D

Murah, mudah dan cantik.

Jom buat sendiri!


6 ulasan:

  1. bestnye...tapi kita kumpul tupperware... jemput singgah ye http://bit.ly/1KeTBFM

    BalasPadam
    Balasan
    1. rak tupperware dah buat belum?? kuikuikui

      Padam
  2. Salam, hahah wahhhh....ini mmg berguna utk saye kak, sbbnya saya ni mmg suka collect kereta menan camni...kat rumah ada rak kayu shelve ke apa tu xreti eja, tp xmuat dah T_T...ni mmg idea menarik! TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa cemtu boleh la pegi shoping rak kasut ni dulu kat giant.. hihii

      Padam
  3. Balasan
    1. takde la kreatif mana..idea pun cilok jer heheh

      Padam