Enter Keyword

ADAKAH PENGAMBILAN SUPLEMEN MENGGANGGU PENYUSUAN SUSU IBU?

Assalamualaikum, salam bahagia semua..

Di petang Jumaat yang barokah ini saya teringin nak mengulas tentang topik yang agak kontroversi terutama di kalangan ibu-ibu menyusu. Saya memang suka topik2 kontroversi macam ni dan saya suka menulis di blog supaya saya bebas menyuarakan pandangan peribadi saya.


Kebanyakkan orang yang anti-suplemen memang akan membantah pengambilan suplemen walau dalam apa bentuk sekalipun. Ini kerana bagi mereka, penyusuan itu mestilah semulajadi, maksudnya tanpa mengambil apa-apa suplemen pun kita boleh menyusukan bayi. Benarkah begitu? Adakah dengan pengambilan suplemen atau makanan tambahan akan menyebabkan proses penyusuan itu terganggu?

Memang benar, tanpa bantuan suplemen, kita boleh menyusukan bayi. TETAPI berapa ramai ibu-ibu yang mengeluh telah kekeringan susu walaupun bayi baru saja berumur 3 bulan! Berapa ramai pula ibu-ibu yang memberhentikan penyusuan kepada bayi selepas kekeringan susu? Akhirnya dengan tidak mengambil sebarang usaha, ibu-ibu yang pada mulanya sangat ingin menyusukan bayi dengan susu ibu akhirnya  memilih susu lembu untuk diberikan kepada bayi. Alangkah rugi...

Saya teringat kepada seorang teman, beliau memberitahu yang beliau terpaksa membeli ubat (pil hormon) untuk meransang susu ibu kerana bekalan memang sangat kurang tambahan anaknya sangat kuat menyusu. Ibu ini tidak berputus asa, beliau akan cari apa saja cara supaya dapat memberikan yang terbaik untuk bayinya. (saya tidak mencadangkan shaklee kepadanya kerana faham masalah kewangannya).

Apa yang perlu difahamkan di sini adalah konsep REZEKI dan USAHA. Macam orang tak berduit, susah, kais pagi makan pagi berbeza dengan orang banyak duit tak payah kais2 rezeki muncul depan mata. Sama juga, ada orang yang Allah murahkan rezeki susu ibu, ada orang yang kena usaha dulu baru Allah bagi. Selain ibu-ibu kena faham konsep "demand and supply", pengambilan suplemen, makanan tambahan, herba, atau ubat-ubatan sekalipun tidak menjadi masalah asalkan ianya, baik, berkhasiat, dan terjamin kebersihan dan kehalalannya.

Lagipun ramai juga ibu-ibu walaupun tidak mempunyai sebarang masalah menyusukan bayi, tetap mengambil suplemen. Ini kerana mereka ingin memberikan yang terbaik untuk bayi masing-masing. Bukanlah sebab makanan yang di ambil setiap hari ini tidak bagus tetapi kita juga tak pasti makanan yang kita makan itu berkhasiat untuk ibu dan juga bayi atau tidak? Contohnya ibu-ibu yang sering mengamalkan minum minuman bergas, kafein, makanan berperasa dan berperwarna tiruan, sudah tentu sangat tidak baik untuk ibu apatah lagi untuk disalurkan kepada bayi.

Jadi, dengan pengambilan suplemen yang sudah terbukti berkhasiat, sekurang-kurangnya bayi turut mendapat manfaat daripada suplemen itu. Contohnya jika ibu mengambil kalsium (ibu menyusu memerlukan lebih kalsium daripada ibu tidak menyusu) ibu dan bayi turut mendapat bekalan kalsium yang mencukupi. Ibu menyusu memerlukan kalsium untuk menguatkan tulang manakala bayi memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

SALAHKAH mengambil suplemen untuk membantu penghasilan susu ibu? Anda jawablah sendiri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan