MENYUSUKAN BAYI KETIKA SAKIT
Assalamualaikum, salam ceria..
Ibu-ibu yang menyusukan bayi dan diserang pula penyakit seperti demam panas, selesema, dan batuk pasti tertanya-tanya bolehkah memberi susu semasa sakit? Apa kesan kepada bayi? Adakah bayi turut mendapat penyakit yang sama?
Selepas melahirkan anak pertama, saya mengalami selesema sebaik sebulan selepas melahirkan. Tidak lama kemudian, bayi saya pun turut mendapat jangkitan selesema. Jadi tidur malamnya terganggu akibat hidung tersumbat. Saya susah hati, lalu membawanya ke klinik. Jururawat memberitahu bayi usia sebulan tak boleh diberi sebarang ubat. Hanya teruskan menyusu sebab antibodi dari susu ibu diperlukan untuk melawan jangkitan dalam tubuh bayi..
Jom ikuti apa kata pakar laktasi yang saya petik dari majalah Pa & Ma.
Sebenarnya ada beberapa keadaan ibu dinasihatkan memberhentikan penyusuan buat sementara waktu atau selama-lamanya. Menurut pakar laktasi Dr. Ruth Lawrence, HIV dan HTLV-1 adalah satu-satunya penyakit berjangkit yg menjadi faktor mutlak utk ibu menghentikan penyusuan susu ibu di negara2 membangun.
Sekiranya ibu2 mengalami sakit biasa seperti demam, selesema, sakit tekak, batuk, sakit perut, atau mastitis, dia seharusnya meneruskan penyusuan susu ibu. Cuma minta doktor memberikan ubat yang sesuai untuk ibu yang menyusukan anaknya.
Menyusukan bayi ketika anda sendiri sakit sebenarnya lebih baik untuk bayi. Ini kerana tubuh anda akan menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit yang di alami. Susu ibu tidak akan menyebabkan bayi sakit sebaliknya ia akan menyalurkan antibodi yang dihasilkan melalui susu badan kepadanya.
Apa yang perlu di lakukan ketika anda sakit:
1. Jangan panik dan risau, kemungkinan bayi anda turut terdedah kepada penyakit sejak awal lagi sebelum ibu jatuh sakit. Oleh itu susu ibu boleh mengelakkan bayi daripada sakit atau membantu dia untuk melawan penyakit.
2. Ambil langkah berjaga-jaga seperti mencuci muka, membasuh tangan, mengurangkan sentuhan ke muka, dan elakkan bersin atau batuk berhampiran bayi. Elakkan juga mencium bayi terlalu kerap.
3. Letakkan bayi berdekatan anda supaya senang untuk menyusukannya.
4. Keraplah minum air walaupun semasa anda sakit supaya penghasilan susu tidak terjejas dengan teruk.
5. Elakkan ubat jenis antihistamins yang di katakan berupaya mengurangkan susu badan.
sumber: Pa&Ma

Tiada ulasan:
Catat Ulasan