Sabtu, 6 Oktober 2012

Kenapa Anak Selalu Sakit?

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Dewasa ini kerapkali terdengar dan melihat kanak-kanak seawal usia bayi hingga menjangkau usia 6 tahun kerap dihinggapi penyakit seperti demam, batuk dan selesema termasuk juga pada anak-anak yang di tinggalkan di pusat asuhan atau TASKA.

Anak-anak yang cergas, bijak dan sihat impian semua ibu bapa. Dari kiri Ammar, Tajuddin, Zarif, Darwish  di perkarangan  Muzium Pekan

Menurut Pakar Pediatrik Dr. Roliza Ibrahim, kanak-kanak yang ditempatkan di TASKA memang agak kerap diserang penyakit seperti di atas, malah kanak-kanak yang mengidap penyakit tertentu juga akan sering terkena jangkitan jika diletakkan di taska. (Pa&Ma 2009)

Sebagai seorang kanak-kanak, mereka harus diberi peluang meneroka persekitaran dan bergaul dengan rakan sebaya supaya dapat membentuk perkembangan sosio-emosi yang sihat. Namun begitu seseorang kanak-kanak itu perlulah sentiasa sihat dan cergas.

Untuk memastikan kesihatan dan kecergasan anak-anak, mereka perlu dibekalkan dengan sistem daya tahan atau imun yang mampu mengelakkan mereka daripada mudah terkena jangkitan bakteria dan organisma mikro. Makanan sihat sahaja tidak mencukupi.

Saintis mendapati keberkesanan sistem imun yang menurun boleh disebabkan oleh beberapa faktor iaitu kekurangan zat makanan, tabiat makan yang buruk dan pencemaran.

1. Kekurangan Zat Makanan
Laporan Sidang Kemuncak Bumi 1992 melaporkan bahawa bumi telah kehilangan 90% daripada bahan galiannya akibat teknik pertanian moden. Sayur dan buahan dipetik sebelum tempoh matang menyebabkan ia tidak sempat menghasilkan zat yang mencukupi oleh tubuh.

Kekurangan zat besi dan selenium, meskipun sedikit boleh menjejaskan tahap imun tubuh manusia. Malah kekurangan vitamin A pada kanak-kanak boleh melumpuhkan sistem imun.

2. Tabiat Makan Yang Buruk
Ibu bapa termasuk saya sendiri sering memberi anak-anak makanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi. Menurut Jurnal Pemakanan Klinikal Amerika, dalam tempoh setengah jam selepas mengambil 120gram gula, kemampuan sel darah putih membunuh penceroboh asing (bakteria atau kuman berbahaya dalam badan) berkurangan sebanyak 50% dan hal ini berlanjutan hingga 5 jam.

3. Pencemaran
Pencemaran alam sekitar dan kesan racun serangga terhadap sumber makanan mampu mengurangkan jumlah sel darah merah dan limfosit yang melawan penyakit. Ini akan melemahkan keupayaan sel darah putih bertindak untuk menghapuskan bakteria dan virus.

Tanda-tanda sistem imun yang lemah pada kanak-kanak:
  • sering batuk
  • kerap selesema
  • sakit perut
  • mengalami alahan
  • jangkitan pada telinga
Oleh itu, pastikan anak-anak sentiasa mencuci tangan sebelum makan dan selepas melakukan aktiviti di dalam dan diluar rumah/kelas. Beri diet yang seimbang dan berkhasiat serta tidur yang cukup untuk memastikan mereka membesar dengan lebih baik.

**Sumber: Pa&Ma 2007

Tonton video di bawah mengenai bagaimana ibu meningkatkan sistem imun anak mereka!


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan