Enter Keyword

PROTEIN DAN PENURUNAN BERAT BADAN

Assalamualaikum, salam ceria..

Hari ni nak kongsi cerita tentang penurunan berat badan melalui pengambilan protein dalam diet harian. Tahukah anda bahawa, diet tinggi protein menjadi cara yang paling popular untuk menurunkan berat badan kerana kajian menunjukkan bahawa protein akan memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat dan lemak.


Kajian daripada American Journal Of Clinical Nutrition melaporkan bahawa peserta program diet tinggi protein mereka lebih merasa kepuasan, kenyang lebih lama dan berjaya menurunkan berat badan apabila pengambilan lemak di turunkan sebanyak 20% daripada nilai kalori dalam diet, protein di tingkatkan kepada 30%, dan karbohidrat sekitar 50%.

Dalam kajian lain yang dilaporkan Journal Of Nutrition, menunjukkan diet tinggi protein  yang digabungkan bersama-sama senaman mampu menurunkan berat badan, membuang lemak dan memperbaiki paras lemak dalam darah. Penyelidik juga mencadangkan diet tinggi protein di amalkan supaya mereka yang ingin menurunkan berat badan dapat mengawal selera dan pengambilan kalori.

Pelbagai teori diet dikemukakan antaranya, Atkins, Zone, Ornish, LEARN dan POUNDS LOST dan kesemuanya memperkenalkan pendekatan yang berbeza. Antara kelima-limanya, teori diet dengan pengambilan tinggi protein lebih menunjukkan penurunan berat badan dengan lebih cepat.

Apa kaitan protein dengan penurunan berat badan?
1. Memakan makanan tinggi protein seperti ayam, daging, ikan kekacang dan pelbagai makanan tinggi protein yang lain akan menyebabkan pergerakan makanan ke dalam usus menjadi perlahan. Pengosongan perut yang perlahan bermakna anda akan berasa kenyang dalam tempoh yang agak lama. Jadi, keinginan anda untuk makan akan berkurangan.

2. Kesan yang agak stabil dan 'lembut' ke atas glukosa darah dapat mengelakkan kenaikan mendadak glukosa dalam darah yang mana amat sering berlaku apabila kita mengambil makanan tinggi karbohidrat seperti nasi dan kentang.

3. Tubuh menggunakan banyak tenaga untuk menghadamkan protein berbanding ia menghadam lemak atau karbohidrat.

Bagaimana protein soya membantu dalam penurunan berat badan?
Banyak kajian menunjukkan protein soya mampu menurunkan paras LDL (kolesterol jahat), baik untuk jantung dan salur darah kerana ia membekalkan lemak politaktepu, serat, vitamin, mineral dan rendah lemak.

*sumber:
1. http://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/what-should-you-eat/protein-full-story/index.html#protein_weight_control
2. http://www.webmd.com/diet/guide/high-protein-diet-weight-loss?page=2


ESP (Energizing Soy Protein) dan penurunan berat badan
1. ESP membekalkan 9 asid amino penting yang dapat dihasilkan oleh tubuh manusia, mengandungi 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

2. Membantu kepejalan otot (otot amat penting untuk membakar lemak)

3. Terbukti secara klinikal dapat membantu anda kekal bertenaga selama berjam-jam.

4 Indeks Glisemik (GI) rendah iaitu 39 (GI tinggi 70 dan ke atas, GI sederhana 56-69,GI rendah 55 dan kebawah).

Indeks glisemik (GI) menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai GI yang tertinggi manakala karbohidrat dengan GI yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukosa ke dalam darah. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam penurunan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.
*ESP juga sesuai di ambil oleh pengidap kencing manis.


Cinch Shake Mix (Shaklee inch loss plan)
1. Satu hidangan membekalkan 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting serta 6 gram serat larut. (sesuai sebagai "meal replacement")

2. Baik di minum bersama-sama ESP kerana protein sangat penting untuk membina otot, meningkatkan kadar metabolisme dan membakar kalori.

3. Indeks Glisemik (GI) 22 juga sesuai untuk pengidap kencing manis.

4. Diperkaya dengan leusine: bahan penting untuk memelihara kepejalan otot semasa menurunkan berat badan, meningkatkan tenaga dan menyokong metabolisme serta memberi kepuasan.

5. Terdapat dalam 3 perisa (Caffe latte, coklat dan vanilla).

Karbohidrat dan penurunan berat badan
Apabila menyebut tentang karbohidrat pula, bukanlah bermakna pengambilan karbohidrat perlu dihentikan sama sekali apabila anda ingin menurunkan berat badan. Karbohidrat sangat penting untuk keseimbangan diet dan tubuh yang sihat. Karbohidrat membekalkan sumber bahan bakar untuk daya tahan organ seperti otak, sistem saraf pusat dan buah pinggang.

Pengambilan karbohidrat yang sangat rendah atau tiada langsung adalah tidak mengikut keperluan diet harian. Tubuh kita memerlukan semua protein, lemak, karbohidrat serta vitamin, garam dan mineral untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Jika pengambilan karbohidrat sangat rendah, ini akan menyebabkan tubuh kita kekurangan banyak khasiat lain yang biasanya juga terdapat dalam makanan tinggi karbo seperti buah dan sayur-sayuran. Ia juga akan menyebabkan tubuh kita tidak mendapat mineral, serat dan antioksidan yang bagus dalam makanan itu.

Diet rendah karbohidrat juga akan menyebabkan tubuh mengalami kesan jangka pendek dan panjang seperti pening, muntah, pitam, dehidrasi, masalah pernafasan, hilang selera; juga akan berpotensi menyebabkan kenaikan berat badan (jika mengambil makanan tinggi lemak), masalah usus, kesan yo-yo (berat turun naik), masalah buah pinggang dan masalah berkaitan osteoporosis.

*sumber:
http://www.betterhealth.vic.gov.au/bhcv2/bhcarticles.nsf/pages/Weight_loss_and_carbohydrates

Jadi, dengan pengambilan ESP dan Cinch Shakes atau apa-apa produk Shaklee yang berkaitan penurunan berat badan, kami sangat tidak menggalakkan anda untuk berpantang karbohidrat secara total. Makanlah sama ada nasi, buah, ubi kentang, atau apa sahaja makanan tinggi karbohidrat TETAPI ambillah dalam jumlah yang sederhana dan tidak berlebihan.

Ikuti apa kata mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan pengambilan ESP dan Cinch :)

"saya kerja shift. kalau keja pagi pukul 7am-2pm. memang takde waktu makan. nak makan kena curi2. kalau sibuk jangan harap lah. dulu, kalau pagi2 tak breakfast nasi lemak bila dah sampai pukul 11-12 memang perut berbunyi n lutut pun ketar. n balik kerja dah lapar melantak n tidur! petang baru bangun... memang letih kalau sibuk tu nak duduk, nak kencing pun tak sempat :) tu pasal badan n
aik!

kini senang. saya memang nekad nak berdiet..bukan untuk cantik saja tapi lebi
h kepada untuk kesihatan sebab saya rasa mengah, sakit lutut, letih2! maklumlah umur pun dah 30 kan. setiap pagi saya pastikan shake. dengan ESP atau cinch. minuman ni buat perut jadi kenyang dan tak terlalu berat. nak buat kerja pun lebih aktif.kalau 1 shift tak makan pun memang boleh bertahan. bila kita tak terlalu lapar so kita pun boleh kontrol makan. saya makan tengahari ja- tu pun 1/2 atau 1/4 ja. malam memang tak makan dah. bukan sebab tahan lapar tapi memang rasa kenyang sampai tak lalu dah nak makan.. so saya dah biasa mcam ni 3 bulan lebih. hasilnya sampai hari ni saya dah susut 14kg.

konsepnya senang je- kawal kalori. bila kita boleh kawal kalori harian dalam 1300-1500 saja sehari berat memang boleh turun dengan sendiri.tapi masalahnya nanti mesti lapar kan? jika perut sentiasa di isi dan kenyang masalah lapar settle! so terpulang pada kita la.. kalau kita kawal makan, pilih makanan yang sihat memang berat akan turun dengan sendiri.
selain tu saya ambil supplemen lain supaya dapat membekalkan saya dengan vitamin2 perlu sebab bila diet ni kita pn kekurangan zat. thats why sesetengah orang yang berdiet mudah selsema, pucat dsbgnya.

selain tu pernah dengar tak bila diet kurus pastu bila bila stop gemuk balik? ni dipanggil effect 'yoyo'. ni terjadi bila amalkan diet yang tak makan karbohidrat. memang cepat tururn tapi metabolisma jadi slow. seolah2 badan kita ni dah lupa cara nak metabolisma carb ni! bila kita start balik makan nasi- sistem badan kita dah jadi huru hara- dia tak reti dah.. metabolisma jadi slow dan carb ni dia akan simpan sebagai lemak! thats why kita kena makn juga carbohidrat ni sebab itu memang makanan asas kita. so boleh makan nasi- tapi kawal.. bukan nyer sampai 3 pinggan sehari 1/4 pun cukup. makan untuk keperluan je." -herny yusnizar-





Ini sebahagian sahaja..dan ramai lagi yang dah berjaya.. Anda pula bagaimana? Tak salah mencuba. ESP bukan sahaja dapat membantu menurunkan berat badan malah anda akan dapat bonus lagi. Bonusnya ialah kulit lembut dan cantik, wajah berseri-seri, awet muda dan yang penting harga sangat berpatutan!!

Dapatkan ESP atau Cinch Shakes anda sekarang juga!!! Hubungi:
Suhaila 013-2369434/ emel butik.annajah@gmail.com / facebook Saya Mahu Sihat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan