Enter Keyword

KONTROVERSI: SOYA VS PEMAKANAN SUNNAH??

Assalamualaikum, salam sejahtera..

Seriously saya terkejut tengok apabila ada orang membandingkan soya dan pemakanan sunnah. Tak dinafikan lewat kebelakangan ni, ramai yang menyebarkan tentang keburukan soya, antaranya yang mengatakan pengambilan soya telah melencongkan kita dari pemakanan sunnah. Saya pun mula melewati beberapa blog untuk melihat sejauh mana pandangan buruk masyarakat Malaysia tentang soya.


Seperti yang saya duga, semua artikel tentang keburukan soya itu (baik dari blog dan facebook) adalah sama!! Saya mula terfikir agaknya siapakah orang yang mula-mula menulis artikel itu hingga berjaya mempengaruhi fikiran rakyat Malaysia supaya takutkan soya. Saya percaya sedikit sebanyak artikel seperti ini menutup periuk nasi peniaga soya kecil-kecilan juga!

Berbalik kepada topik di atas (entah idea siapa yang sanggup membandingkan sedemikian rupa), tak perlu lagi di bandingkan samada mana lebih baik, soya atau makanan sunnah? Tak perlulah kita mempersoalkan kebaikan pemakanan sunnah sebab ia memang dah terbukti berkhasiat. Tak payah kajian saintifik, dalam Al-Quran sendiri Allah menyatakan bahawa pemakanan seperti madu, susu, zaitun, buah tin, kurma memang terbukti bermanfaat untuk manusia. Ada sesiapa nak mempersoalkan tentang firman Allah ini??

Tentang soya pula, saya percaya peniaga soya sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran tak terfikir pun untuk menandingi kehebatan pemakanan sunnah itu tadi. Malah saya tak pernah dengar mana2 penjual soya mengatakan "jangan makan kurma bila dah minum soya". TAK PERNAH!

Firman Allah,
"Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana syaitan itu musuh kamu yang nyata" Al-Baqarah: 168

Firman Allah lagi,
"Makanlah (makanan) yang halal lagi baik dari rezeki yang dikurniakan Allah kepadamu dan takutlah kepada Allah, yang kamu telah beriman kepada-Nya" Al-Maidah:88

Firman Allah,
"Dia tumbuhkan untukmu dengan air itu tanam-tanaman, zaitun, pohon kurma, anggur dan bermacam-macam buah-buahan. Sesungguhnya pada demikian itu menjadi tanda bagi kaum yang memikirkannya" An-Nahl: 11

Firman Allah,
" Hai anak Adam, pakailah perhiasanmu ketika tiap-tiap sembahyang. Makan dan minumlah, tetapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang melampaui batas" Al-A'raaf: 31

"Katakanlah: siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang dikeluarkanNya untuk hambaNya; dan rezeki (makanan) yang baik-baik? Katakanlah: semuanya itu untuk orang-orang yang beriman waktu hidup di dunia dan khususnya untuk mereka pada hari kiamat. Demikianlah kami terangkan ayat-ayat itu untuk kaum yang mahu mengetahui" Al-A'raaf:32

Tak cukup lagi? Apa kata Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman apabila di tanya patut ke beli suplemen luar negara keluaran bukan orang Islam, yang mahal tapi bagus dari segi kajian dan hasilnya (dalam kes ini soya ESP la).
Menurut beliau, "makanan yang disebut dalam Al-Quran yang jadi amalan Nabi kerana ia dekat dengan Nabi. Tidak ada masalah mengambil suplemen dari sumber yang baik, halal dan ada kajian mendalam sebab sebenarnya Allah jadikan setiap sesuatu itu ada kebaikan dan kelebihannya."

Rasulullah S.A.W bersabda, "Apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab-Nya adalah halal, dan apa yang diharamkan Allah dalam kitabNya adalah haram, dan apa yang di diamkan (tidak diterangkan), maka barang itu termasuk yang di maafkan (di bolehkan)" Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi.

Dalam Al-Quran juga terdapat banyak ayat tentang biji-bijian, malah Rasulullah sangat suka memakan biji-bijian (bijirin). Bukankah soya juga termasuk dalam kategori bijian?? [saya ada terbaca hadis Nabi tentang bijian ni tapi time nak tulis tak jumpa plak kat mana].

Berbalik kepada cerita soya kita ni tadi..kita jangan cepat sangat percaya dengan apa saja maklumat lebih-lebih lagi yang disebar kat internet ni.. Kena ada sumber yang boleh dipercayai. Soya taklah seburuk yang di sangkakan. Kalau benar buruk saya menunggu2 juga statistik atau apa2 laporan yang dikeluarkan kementerian kesihatan jika benar ada effect buruk tentang soya nih.. Korang kalo jumpe bagitahu saya yer. (pastikan sumbernya tepat dan sahih baru saya percaya!)

Jadi kepada penggemar-penggemar soya, pilih soya yang memenuhi kriteria pemilihan soya yang baik. BACA SINI, soya akan beri kesan negatif jika tersalah pilih dan jika di ambil secara berlebihan. Bukan soya je, malah semua makanan pun kalau di ambil berlebihan akan menyebabkan peyakit. Jadi, apa-apa pun ikutlah Al-Quran dan sunnah, bukan je dalam pemilihan makanan tapi segenap aspek kehidupan!

Salam sayang... (^_^)v






Tiada ulasan:

Catat Ulasan