Enter Keyword

LANGKAH AWAL CEGAH RISIKO KANSER PAYUDARA

Assalamualaikum, salam sihat semua..

Kanser payudara adalah salah satu daripada punca utama kematian wanita di Malaysia. Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang  berdekatan seperti kelenjar dan lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.


Tanda dan gejala kanser payudara

  1. Pembentukan gumpulan di payudara atau ketiak
  2. Rasa sakit pada payudara atau mastodinia
  3. Keradangan seperti sakit, kemerahan, rasa panas, atau bengkak pada salur limfa
  4. Kulit menjadi tekstur kupasan oren "peau de' orange"
  5. Berlaku pertambahan saiz dan pertukaran bentuk pada payudara
  6. Kulit payudara kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung
  7. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah, bersisik atau mempunyai lelehan abnormal
  8. Apabila ia telah merebak, pesakit biasanya akan merasa sakit, demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan pleura
Selalunya, petanda dan gejala awal sering tidak kelihatan, justeru kaum wanita di galakkan memeriksa sendiri payudara dan menjalani ujian payudara setiap tahun.

Pencegahan awal
Risiko kanser payudara dapat dikurangkan dengan mengamalkan makanan berkhasiat seperti Omega-3 yang terdapat di dalam minyak ikan, sayuran hijau yang kaya dengan anti-oksidan, Vitamin E, dan mengamalkan teh hijau setiap hari.

Pengambilan alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Jadi, dengan meninggalkan tabiat buruk ini, risiko kanser dapat di kurangkan.

Senaman dapat mengurangkan risiko kanser dan juga dapat membentuk payudara dengan cantik. Senaman juga mampu menganjalkan saiz dan melancarkan perjalanan darah di sekitar payudara.

sumber:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan