PETUA MERAWAT SENGGUGUT DENGAN BERKESAN

Assalamualaikum, salam ceria!!

Cakap pasal sengugut, kebanyakan wanita ada sejarah pahit dengannya kan? Baring salah, duduk salah, terlentang tak kena, tertonggeng pun tak menjadi juga..Kalau sengugut menyerang semasa dalam kelas atau kuliah, rasa nak tendang semua orang. Tarik nafas hembus nafas kuat-kuat, sengugut tetap tak mahu hilang. Saya paling tak suka kalau sengugut datang waktu kelas/kuliah. Memang hilang fokus dibuatnya. Sebab tu tiap kali sengugut datang, saya akan ponteng kelas.


Sengugut saya takdelah kronik sangat, tapi memang tahap mengerang kesakitan la jugak. Lepas tu macam-macam petua saya cuba termasuk minum air herba daun inai. Tetap juga gagal. Pernah ada seorang junior masa kat UM dulu tengok saya sengugut teruk, dia cakap " baik akak kawin cepat-cepat. Orang kata sengugut boleh hilang lepas kahwin" Macam tak percaya, saya gelakkan aje..Tapi dalam hati berdoa juga, kalau dengan berkahwin sengugut ni boleh hilang, maka cepatkan lah jodohku Ya Allah... ;P hehe..

Ajaibnya, lepas saja melahirkan anak pertama, sengugut saya 100% hilang! Alhamdulillah syukur.. Kini sengugut bukan lagi satu masalah yang mengganggu kehidupan saya. Tetapi tidak pada sesetengah orang yang lain. Ada juga wanita yang dah berkahwin dan melahirkan anak, tetap didatangi sengugut setiap kali datang bulan. Jom kita baca lebih lanjut tentang sengugut. Artikel ni say ambil dari website Portal Alam Hamil.

Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, dinding rahim akan mengeluarkan hormon yang di panggil prostaglandin yang menyebabkan oto rahim menjadi kejang. Ramai mereka yang mengalami sengugut keterlaluan di dapati merembeskan hormon prostaglandin berlebihan.

Sengugut kerap terjadi semasa usia remaja awal 20-an. Ia juga kerap berlaku pada mereka yang mengalami haid kali pertama.

Primary dysmenorrhoea ialah sengugut yang sering berlaku kepada wanita yang berusia 20-24 tahun. Ia selalunya hilang 1-2 tahun kemudian, selepas imbangan hormon menjadi normal. Secondary dysmenorrhoea pula ialah sengugut yang berlaku akibat masalah pada organ reproduksi.

Masalah Organ Reproduksi

-Endometriosis dimana sel yang serupa dengan yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh didalam otot rahim. Sakit disebabkan kedua masalah ini selalunya bermula 1-2 hari apabila pendarahan bermula dan berterusan selepas haid.

-Ketumbuhan pada ruang pelvis seperti ovarian cyst, masalah polip atau fibroids juga boleh  menyebabkan sengugut.

-Jangkitan kuman pada organ reproduksi boleh memberikan sakit sengugut terutama yang tersebar melalui hubungan seks.

-IUD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim menyebabkan otot rahim kejang terutama selepas 2-3 bulan pertama pemakainnya. Sekiranya sakit semakin teruk, anda disarankan untuk mengeluarkannya dan menukar kepada alat pencegahan yang lain.

-Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada sengugut. Wanita kadang-kadang wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid.

-Sengugut juga boleh belaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim.


Bagaimana mengurangkan sengugut?
Ada beberapa petua dan kaedah yang dapat mengurangkan sedikit kesakitan akibat sengugut.

1. Ambil 3 ulas bawang merah, potong halus-halus dan campurkan dengan air panas. Minum air tersebut sewaktu sakit mula menyerang.

2. Mengamalkan air perahan halia selama sebulan. Minum sebanyak 2 kali setiap hari. Jika sengugut menyerang, rendamkan kaki anda ke dalam air suam bercampur garam. Buat sehingga sakit beransur hilang.

3. Tuam perut dengan air panas.

4. Seingat saya, ada sekali sengugut saya tidak lah terlalu kuat. Oleh kerana kitar haid saya tetap setiap bulan, maka saya boleh mengagak bilakah waktu kedatangan haid saya. Beberapa hari sebelum kedatangan haid anda, elakkan minum air batu atau minuman berais, banyakkan minum air panas atau suam. Air panas atau suam membantu meregangkan salur darah, jadi perjalanan darah menjadi lebih lancar.

Atasi senggugut dengan Shaklee!

GLA Complex- berfungsi untuk mengimbangi tahap hormon dan membantu mengawal penghasilan prostaglandin

Vitamin B Complex- membantu mengurangkan stress akibat kesakitan dan melancarkan saraf

Ostematrix- sumber kalsium yang membantu mengatasi kekejangan otot perut/pelvis semasa haid, sakit belakang dan gementar

Setiap penyakit ada penawarnya, jangan jadikan sengugut sebagai penghalang untuk anda bekerja dan melakukan tugas-tugas harian. Saya sudah bebas sengugut, kini anda pula. Jom Sihat!!!

Hubungi saya untuk bantuan:
Suhaila 013-2369434
emel: butik.annajah@gmail.com
fb page: Saya Mahu Sihat


1 ulasan:

  1. Info yang menarik. Sekadar berkongsi, kajian telah menunjukkan bahawa kaum wanita yang mengambil Vitamin A, B6, C, D dan E kurang diserang penyakit senggugut. Selain itu, untuk mengelak berlaku senggugut yang teruk, elakkan pengambilan diet tinggi lemak tak tepu, coklat, teh dan kopi ketika datang haid.

    BalasPadam