Enter Keyword

RAMBUT GUGUR- KENALI PUNCA DAN PENYELESAIANNYA

Assalamualaikum, salam sejahtera..

Wanita lepas bersalin kerap mengeluh rambut gugur dengan banyak macam pesakit leukimia.. Saya pun salah seorang daripadanya.. Cuak betul bila sikat rambut berpuluh2 helai melekat pada sikat. Bila mandi basah rambut, bertebaranlah rambut2 di lantai..

Jom kenali apa sebenarnya punca keguguran rambut khususnya kepada wanita yang lepas melahirkan.

1. Ia mungkin fenomena yang normal selepas kelahiran bayi. Selepas bersalin, lebih kurang 30% rambut dikepala akan gugur. Apabila umur bayi mencecah 12 bulan, kadar keguguran rambut semakin berkurangan iaitu kepada hanya 15%.

2. Keguguran rambut juga boleh berlaku akibat hormon prolaktin meningkat di dalam tubuh wanita yang menyusukan bayinya.

3. Wanita yang kehilangan darah dengan banyak sewaktu bersalin dikatakan boleh mengalami masalah keguguran rambut ketika berpantang.

4. Mereka yang berambut panjang mudah mengalami keguguran rambut kerana rambut yang panjang lebih mudah putus ataupun gugur ketika dicuci ataupun ketika berada dalam keadaan basah.

5. Keturunan. Jika ada antara adik beradik anda mempunyai rambut nipis dan senang gugur, anda mungkin turut mengalami masalah sama.

6. Masalah kesihatan. Wanita atau lelaki yang mengalami keguguran rambut berkemungkinan mempunyai masalah tiroid, alopecia areata, jangkitan kulit kepala, penyakit kulit yang lain.

7. Medications. Seseorang yang dalam rawatan dan telah mengambil ubat untuk merawat penyakit seperti kanser, athtritis, tekanan emosi, masalah jantung dan tekanan darah tinggi.

Rawatan
1. Berjumpalah dengan pakar untuk membincangkan masalah keguguran rambut anda
2. Makan makanan seimbang
3. Potong rambut
4. Gunakan syampu yang sesuai dengan masalah anda

Vitamin Untuk Rambut

Rambut gugur juga boleh disebabkan kekurangan vitamin-vitamin tertentu dalam tubuh kita contohnya, protein yang penting untuk membina sel. vitamin B, vitamin D, Zat besi, zink dan selenium.

 ESP
-sumber protein yang sangat penting untuk pembentukan sel.
-sel rambut terdiri daripada protein, jika kekurangan protein, pembinaan struktur rambut terbantut.

Vitamin B Kompleks
-Vitamin B7 (biotin)  diperlukan untuk pembinaan sel seperti rambut

Zink
-Zink berperanan mengaktifkan enzim dengan bergabung dengan RNA dan DNA serta protein untuk pertumbuhan semula sel.

Vivix
-Dengan impak 4 mekanisma, ia berperanan mengaktifkan sel-sel rambut dan menggalakkan pertumbuhannya.

Collagen Powder
-Struktur rambut terdiri daripada protein kolagen. Kekurangan kolagen boleh menyebabkan struktur rambut rosak, dan cepat gugur.

Collagen Powder

Jika anda mengalami rambut gugur yang teruk, jangan panik  dan jangan terus menganggap itu adalah tanda penyakit kanser atau leukimia. Dapatkan rawatan sebelum rambut gugur menjadi lebih kronik. Bagi ibu-ibu pula, masalah rambut akan berakhir lebih kurang setahun selepas melahirkan. Jadi, jangan risau ;)

Psst: kami juga ada rangkaian syampu dan perawatan kulit kepala Prosante Hair Care..

Hubungi untuk konsultasi:
Suhaila 013-2369434
emel: butik.annajah@gmail.com
fb: Saya Mahu Sihat



Tiada ulasan:

Catat Ulasan