Enter Keyword

12 BAHAN KOSMETIK BERBAHAYA YANG PERLU DIELAKKAN

Sesetengah bahan-bahan dalam produk kecantikan bukanlah 'cantik' sangat. Kajian menunjukkan lebih 1 dalam 8 daripada 82000 bahan2 yang digunakan dalam produk harian dan kimia industri adalah karsinogenik (penyebab kanser) serta mengandungi bahan seperti pestisid hingga kepada toksin yang boleh mengganggu hormon. (U.S researcher)

Berikut disenaraikan 12 bahan-bahan kimia yang toksik dan karsinogenik yang MESTI dielakkan yang biasa terdapat dalam produk harian termasuk kosmetik, penjagaan kulit dan produk kecantikan.

1. PEG (Polyethylene glycol)
Digunakan dalam perapi (conditioner), pelembap (moisturizer), deodorants etc. Ia mengandungi aras dioksin yang bahaya yang biasanya dijumpai dalam by-product proses pengilangan ethoxylation. Dioksin ada kaitan secara terus dengan kanser.

bahan kosmetik berbahaya yang tidak disedari


2. Sodium Laurel Sulfate (SLS) dan Sodium Laureth Sulfate (SLES)
90% digunakan dalam produk berbuih seperti sabun, syampu, pencuci tangan dsb, yang mana akan menyebabkan kerosakan hati, ruam, depresi, cirit-birit, kerosakan mata. Bahan ini juga dijumpai dalam 'degreaser' enjin juga pencuci lantai garaj.

3. Triclosan
Agen antibakteria sintetik. ia mengubah regulasi hormon dan menjadikan bakteria rintang kepada antibiotik. Ia didaftarkan sebagai PESTISID di bawah EPA dan diklasifikasikan sebagai chlorophenol bermakna boleh menyebabkan kanser.

4. DMDM Hydantoin & Urea (Imidazolidinyl)
Nama dagangan Glydant- sejenis pengawet (formaldehyde releaser preservative) yang boleh menyebabkan sakit sendi, kanser, depresi, sakit dada, allergi, chronic fatigue, pening, jangkitan telinga dan reaksi kulit.

5. Phtalates
Digunakan dalam pembuatan plastik dan boleh mengganggu fungsi normal hormon. Kadang ditulis sebagai DBP, DEP. Juga ada kaitan dengan kerosakan hati dan buah pinggang.

6. FD&C Colour dan pigment
Pewarna sintetik tar batu arang sangta dikaitkan dengan pengidap ADHD pada kanak-kanak (hiperaktif). mengandungi logam berat yang boleh berkumpul dalam kulit lalu menyebabkan iritasi. Banyak kajian menunjukkan pewarna ini agen kanser.

7. DEA (diethanolamine), MEA (monoethanolamine) dan TEA (triethanolamine)
Pembuih (dalam cucian tangan dsb) boleh menyebabkan iritasi kulit dan dermatitis. Sangat mudah diserap ke dalam kulit melalui aliran darah lalu mengalir masuk ke organ penting dan otak.

8. Benzoil peroxide
Dalam banyak kajian ia di panggil "free radical-generating skin tumor promoting agent". 2 /3 kajian menunjukkan kaitan antara BP dan kanser kulit. Ia bertoksik jika dihidu, dan penyebab iritasi mata, kulit dan pernafasan.

9. Dioksin (dioxin)
Sebahagian daripada agen antibakteria seperti triclosan, PEGs, emulsifier, dan SLS. Boleh menyebabkan kanser, melemahkan sistem imun, menyebabkan birth defect dan depresi.

10. Parabens (methyl, buthyl, ethyl, propyl)
Pengawet, sering tidak dilabelkan. Kajian menemui ada kepekatan parabens dalam tumor payudara. Ia digunakan dalam deodorant, krim dan lotion. Boleh menyebabkan gangguan besar dalam fungsi hormon.


11. Bahan kimia penghalang sinar matahari
Oxybenzone, avobenzone, octinoxate, octisalate, octocrylene, homosalate dan PABA- kesemuanya menghasilkan radikal bebas yang boleh merosakkan DNA dan menyebabkan kanser.

12. Propylene glycol (PG) dan Butylene glycol (BG)
Plastik petroleum. EPA melarang ia digunakan pada kulit kerana akan menyebabkan keabnormalan otak, hati dan buah pinggang. Ia sangat bertoksik dan memerlukan glove, pakaian serta gogle dalam proses pembakarannya.

Jangan tak percaya yang semua benda2 berbahaya ini ada dalam rumah kita dan kita gunakannya setiap hari! Tak caya pegi cek tengok.. Saya dah buang sebahagian barang2 tersebut terutama barangan bayi, dan kini dalam proses menggunakan produk yang lebih selamat dan natural seperti Shaklee.

No wonder sekarang banyak masalah kesihatan seperti kanser dan masalah kesuburan kan?

Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan