Enter Keyword

APA ITU PMS DAN BAGAIMANA MENGHADAPINYA

PMS: Fakta yang mesti diketahui!

1. Seminggu atau dua minggu sebelum kedatangan haid, sesetengah orang akan rasa kembung, sakit kepala, mood swins dan beberapa perubahan emosi dan fizikal. Ini dikenali sebagai PMS dan sehingga 85% wanita mengalaminya dengan darjah yg berbeza.

2. Lapar- Sesetengah wanita akan mengidam makanan yg masin atau manis. Ada yang hilang selera, malah mengalami sembelit.

3. Jerawat- Perubahan hormon menyebabkan kelenjar di bawah kulit menghasilkan sebum. Sebum ini akan menutup pori kulit, mengembang dan pecah. Ini tanda haid akan tiba.

4. Sakit- PMS akan mencetuskan rasa sakit seperti di belakang badan, pinggang, sakit kepala, payudara dan sendi.

5. Mood swings- wanita sering mengalami perasaan yang tak dijangka. Tak selesa, marah, sedih, depresi, cemas dan sesetengah wanita ada masalah dengan memori.

6. PMS memberi kesan kepada masalah lain seperti:
-asma dan allergi
-depresi dan anxiety
-migrain

7. Penyebab PMS? Doktor percaya PMS terjadi disebabkan perubahan aras hormon estrogen dan progesteron. Perubahan dalam kimia otak atau kekurangan dalam sesetengah vitamin dan mineral boleh menyebabkan PMS.

8. Rawatan PMS: Senaman
Senaman boleh membangkitkan mood dan melawan keletihan.. Tetapi senaman haruslah dilakukan secara berterusan, bukan semasa PMS sahaja.


9. Diet tinggi vitamin B complex
Makanan kaya vitamin B complex membantu meringankan PMS.

10. Karbohidrat komplex
Memakan lebih banyak serat boleh mengurangkan rasa kelaparan, mengekalkan aras gula darah dan memperbaiki mood swings.

11. Makanan yang perlu dielakkan:
-garam - boleh menyebabkan kembung
-kafein- boleh sebabkan keradangan
-gula - memburukkan rasa lapar

12. Legakan tekanan akibat PMS
-yoga
-tafakur
-tidur

13. Suplemen yang membantu:
-Asid folik (Vitamin B complex)
-Magnesium
-Kalsium
-Vitamin E
-GLA (gamma linolenik acid)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan