Khamis, 4 Julai 2013

BAHAYA SEMBELIT!

Apakah yang berlaku kepada bahan-bahan makanan yang tidak dapat diserap di usus kecil?? Ia bergerak ke usus besar, atau kolon.

Kolon memekatkan dan menyimpan bahan buangan (najis) ; iaitu campuran air, bahan tidak di hadam dan tidak diserap serta bakteria.

Bagaimana kolon berfungsi?

Bahan-bahan menjadi pekat apabila air bergerak melintasi salur kolon. Sel dalam salur mengangkut ion sodium secara aktif daripada lumen. Apabila kepekatan ion menurun, kepekatan air meningkat, jadi air bergerak ke luar lumen melalui tekanan osmosis.

Sel yang sama merembeskan mukus yang melicinkan pergerakan najis, oleh itu secara mekanikal, ia tidak merosakkan dinding kolon. Bikarbonat juga dirembeskan  yang mana ia menjadi penampan bagi fermentasi berasid produk bakteria penghadaman yang mengkoloni kolon. Koloni bakteria biasa tidak berbahaya melainkan mereka memasuki dinding dan memasuki ruang abdomen.

Apabila makanan baru memasuki usus, rembesan gastrin dan arahan sistem saraf pusat meransang sebahagian besarnya bergerak naik dan melintang di kolon supaya mengikat bersama-sama. Dalam beberapa saat, isi lumen bergerak sejauh 3-4 daripada panjang kolon untuk memberi laluan kepada makanan yang baru tiba.

Apabila tiba di hujung, ia disimpan di rectum. Sistem saraf mengawal pembuangan dengan meransang atau merencat kontraksi otot sphincter di anus.

Kegagalan kolon

Kadar frekuensi normal pembuangan najis ialah daripada 3 kali sehari sehingga sekali seminggu.

Penuaan, tekanan emosi, diet rendah serat, kecederaan atau penyakit boleh membawa kepada kelewatan pembuangan iaitu dinamakan sembelit. Lebih lama ia delay, lebih banyak air diserap maka lebih lebih keras najis. Ketidakselesaan abdomen biasanya membawa kepada hilang selera, sakit kepala, kerap muntah dan depresi.

Najis yang keras boleh menyebabkan ia tersangkut di appendix, satu bahagian sempit menjulur daripada cecum. Appendix tidak mempunyai fungsi dalam penghadaman, tetapi ia mempunyai kepekatan sel darah putih menentang bakteria. Najis yang menghalang aliran darah normal dan rembesan mukus ke bahagian ini boleh menyebabkan appendicitis (keadaan seperti bola sepak menutup lubang golf) dan pembengkakan appendix. Jika tidak dibuang, appendik yang membengkak akan pecah. Bakteria, walaupun tidak berbahaya boleh memasuki abdomen lalu menyebabkan jangkitan yang boleh mengancam nyawa.

Kolon kita mudah terkena kanser yang mana ia berlaku di negara yang mewah dengan makanan seperti Malaysia. Antara tabiat yang boleh membawa kepada kanser kolon ialah:

- skip meal
- makan terlalu banyak dan terlalu cepat
- makan banyak gula, kolesterol, garam dan rendah serat

Serat terlalu sikit memanjangkan waktu transit najis melalui kolon. Apabila terlalu lama di kolon, bahan-bahan karsinogenik (penyebab kanser) berpotensi mengenai dinding kolon dan menyebabkan lebih banyak kerosakan sel.

Simptom kanser kolon termasuklah:
- perubahan dalam fungsi usus
- pendarahan rectal (dubur)
- najis berdarah

Suplemen cadangan untuk mengurangkan sembelit:

Herblax, Alfalfa Complex, Performance Drink, ESP, Lecithin

Ada masalah dengan sembelit? Perlukan bantuan?? Hubungi Suhaila 013-2369434/ emel butik.annajah@gmail.com/ fb Saya Mahu Sihat



Tiada ulasan:

Catat Ulasan