20 Perkara Ibu Perlu Amalkan Supaya Anak Jadi Genius
Anak cerdik dan cergas adalah impian semua ibu bapa. Cerdik dalam kelas sahaja tidak ada guna dan nilai melainkan anak cerdik itu juga anak yang baik, mulia, tinggi adab, sopan, memahami, menyenangkan hati orang disekeliling dan suka membantu serta membuat kebajikan. Inilah sebenarnya anak yang genius. Dia mampu menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran dan situasi dan dirinya mudah disayangi.
Anak genius terbentuk daripada rumah iaitu atas asuhan ibu bapa yang bijak dan penuh keprihatinan. Perhatikan perkara berikut yang boleh dijadikan panduan untuk melahirkan insan genius sejak dari kecil.
1. Anak kecil suka meniru tingkahlaku. Tunjukkan tingkahlaku yang baik, hati-hati dengan perkataan yang digunakan.
2. Beri masa untuk dia menikmati peringkat/ tahap hidupnya. Jangan tergesa-gesa untuk membentuk dirinya.
3. Hadapi cabaran dengan tenang dan terkawal kerana anak sebenarnya memerhatikan kita dan menyerap apa yang dia lihat.
4. Terima dia seadaanya. Jangan cuba cari kesalahan dan merendahkan kebolehannya. Fokus pada kekuatan yang dia ada.
5. Biar anak lakukan sendiri perkara baru. Beri perhatian dan sokongan supaya mereka tidak mudah putus asa dan tidak takut gagal.
6. Kurangkan menegur tabiat buruknya. Cuma awasi tabiat buruk dan puji tabiat baiknya.
7. Stabilkan emosi dan jiwa
8. Elakkan berleter kerana anak kecil lebih banyak bertindak daripada bercakap. Mereka akan memilih untuk tidak mendengar.
9. Layan mereka seperti kita melayan orang dewasa supaya mereka tahu mereka wujud.
10. Berlatih mendengar apa yang ingin mereka sampaikan secara aktif. Bantu mereka cari perkataan yang sesuai.
11. Berikan mereka kasih sayang tanpa syarat untuk mengelak mereka berasa terpaksa menagih kasih sayang. Kasih sayang sentiasa jadi milik mereka sejak mereka dilahirkan.
12. Bercakap jujur dengan anak, elakkan menipu supaya anak bersikap jujur.
13. Elakkan menjerit, memukul, bersikap kasar dan keras terhadap anak. Jangan memendam sakit hati atau bercakap sesuatu kurang elok mengenai anak ketika sedang marah.
14. Tepati janji yang telah kita buat. Jika janji dicapati kelak kata-kata kita akan jadi tak bermakna.
15. Jangan bertolak ansur pada perkara yang membabitkan nilai dan kepercayaan.
16. Jangan menidakkan rasa takut kerana pada mereka rasa takut memang wujud. Anak kecil belum pasti pada banyak benda di sekeliling mereka.
17. Jangan mencela atau merendahkan anak dihadapan orang atau ketika dia ada bersama. Hormati maruah anak.
18. Ajar anak berfikiran sihat setiap masa. Bantu dia meluah perasaan dengan cara positif dan tidak memendam perasaan atau mengguna kata-kata kesat.
19. Didik mereka menyanjungi dan menghargai kehidupan contohnya melihat semut berjalan amat menarik perhatian mereka.
20. Ingatkan diri sendiri bahawa anak itu masih kanak-kanak. Anak berusia dua tahun mesti diperlakukan seperti anak berusia dua tahun. Paksaan melakukan sesuatu yang dia tidak bersedia boleh menjurus kepada masalah tingkah laku.
Nah dengan mengamalkan panduan ini, ibu bukan sahaja melahirkan anak yang bijak, tapi teguh jiwanya, kental hatinya, perkasa kasih sayangnya, dan insyaAllah akan menjadi insan genius yang disukai masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan