Enter Keyword

Jadi Surirumah Impian Semua Wanita. Benarkah?

Sejak kes penderaan kanak-kanak di taska, pusat asuhan  dan pusat jagaan semakin berleluasa, ramai ibu mula terfikir untuk berhenti kerja dan jadi surirumah sepenuh masa. Keinginan mereka semakin kuat apabila ada pula kes bayi meninggal tersedak susu, lemas, jatuh dan sebagainya. Ibu mana yang tak risau kan?

Pagi kita hantar elok molek sihat ceria, tiba ke petang kita terima, anak dah sejuk kaku biru. Nauzubillahiminzalik. Sebagai hamba kita kena redha dengan takdir Allah ini.

Kini ramai ibu mula mencari side income yang memberi imbuhan lumayan agar cepat-cepat dapat berhenti kerja. Sebagai wanita dan ibu, MS faham naluri seorang ibu. Ingin sentiasa berdampingan dengan anak, melihat perkembangan mereka hari demi hari, melayan karenah comel yang kadangkala buat kita pening kepala. Itulah sebenarnya dunia wanita!

Ada pro dan kontra dalam hal ini. Negara juga memerlukan wanita dalam sektor tertentu contohnya bidang perubatan dan kesihatan. Kita memerlukan pakar wanita O&G. Kita juga sangat memerlukan jururawat wanita. Sanggup ke jururawat lelaki menukar pakaian atau mencuci berak kencing kita? Sanggup ke bidan lelaki menyambut kelahiran bayi kita? Dah tentu tidak! Memang amat mustahil tidak ada langsung wanita yang tidak ingin menjadi jururawat.

Keinginan menjadi surirumah adalah hak individu. Timbangkan baik buruknya, berbincang dan dapatkan izin suami.

Sebagai sedikit panduan, di bawah ni beberapa perkara yang anda harus pertimbangkan sebelum berhenti kerja dan terjun ke dalam bidang surirumah yang amat mencabar ini.

1. Selepas berhenti kerja, anda sudah tidak menerima gaji bulanan. Ini bermakna perbelanjaan bulanan juga perlu dijimatkan. Kalau sebelum ni anda dan suami berkongsi membayar segala bil, anda masih ada duit untuk diri sendiri. Bila dah berhenti kerja, anda tidak boleh berbelanja suka hati lagi. Unless anda memang ada side income yang lain. So, kalau anda jenis wanita yang suka berbelanja, tolong fikir masak-masak!

2. Anda perlu jadi wanita yang keras hati dan tebal telinga. Sediakan telinga yang tuli untuk dengar segala cacian dan perlian orang sekeliling. 'Belajar tinggi-tinggi jadi surirumah, baik belajar takat SPM je', 'Gaji dah besar kenapa berhenti, ruginya!', 'dapat apa kau duduk rumah, baik kerja', 'emm surirumah ni tak menyumbang pada ekonomi negara, menyusahkan lagi adalah!' dan banyak lagi ayat-ayat yang sewaktu dengannya.

3. Jangan merasa bosan! Dilema ibu yang dah biasa bekerja, tiba-tiba berhenti dan duduk diam di rumah, kena menghadap anak-anak dari pagi sampai ke malam. Anak bergaduh, menjerit, menyepahkan rumah, merajuk, menangis memang amat mencabar. Silap haribulan ibu boleh menangis sendirian dan mula terfikir nak kerja semula. Tambah lagi suami langsung tidak membantu dan hanya mengharap kita sendiri menguruskan rumah dan anak-anak. Tapi alah bisa tegal biasa.

Sebelum anda ambil keputusan untuk berhenti kerja, semak semula kedudukan ekonomi keluarga kerana ini yang paling penting. Adakah berbaloi anda berhenti kerja? Adakah dengan berhenti kerja perbelanjaan semakin meningkat atau semakin berkurang? Adakah anak-anak tidak terabai sekalipun kita berhenti kerja? Tahankah kita dengan kerenah anak-anak yang makin membesar? Tepuk dada tanya diri sendiri dan pasangan.

Namun, saya nasihatkan jika ada keinginan kuat, semuanya akan jadi mudah. Sentiasa mohon petunjuk dan bantuan dari Allah. Semoga niat yang baik akan mendapat redha Allah dan pahala di sisiNya, InsyaAllah.

Nak join team jana pendapatan 4-5 angka dari rumah? Hubungi:

Suhaila
SMS/ WhatsApp: 012-9645614
fb: Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan