Enter Keyword

Cara Turunkan Berat Badan Untuk Isteri Yang Tak Tahan Diperli Suami

Hati mana yang tak sedih, bila suami yang di sayang sering mengejek dan memperli bentuk badan kita yang semakin tembam ni. Katanya dah tak cantik macam sebelum beranak dulu.

Lebih menyakitkan hati bila si suami membandingkan kita dengan wanita lain. Bayangkan semasa berjalan di shopping complex, suami menyiku dan berbisik,

"cuba awak slim macam perempuan tu, kan cantik"

Bila mata asyik memandang pakaian yang hanya sesuai untuk mereka yang bersaiz S,

"tak payah tengok beria sangat, memang tak muat dengan awak"

Agaknya kalau tak kerana dia suami kita, mau aja kita mintak putus tang tang tu jugak!

Ini realiti dan kisah ini benar-benar wujud. Dah jadi lumrah, wanita lepas berkahwin dan melahirkan anak, bentuk badannya agak berisi dan sukar menurunkan berat badan.


Hanya segelintir sahaja yang mampu menurunkan berat badan ke saiz asal manakala segelintir lagi memang dalam kategori underweight.

Masalah mula timbul apabila suami hanya memandang paras rupa dan bentuk badan yang semakin berubah itu, walaupun layanan dan tanggungjawab lain masih sama. Agaknya mungkin kerana perubahan diri isteri di bahagian itu sangat ketara?

Di pihak suami kemungkinan dia ingin isterinya kelihatan kurus langsing seperti sebelum mempunyai anak dahulu. Mungkin bukan niat dia untuk menyakitkan hati isteri, cuma mahu isterinya mengambil lebih inisiatif  untuk menurunkan berat badan.

Dan bagi si isteri pula, walaupun perkataan suami amat menyinggung, mulakanlah langkah perlahan-lahan untuk turunkan berat badan. Sekurang-kurangnya dengan melihat usaha anda, suami akan mendorong dan memberi galakan sepenuhnya malah turut sama menyertai misi anda.

Apa nak buat?
Mulalah concern tentang makanan seharian. Cek balik keluar masuk kalori. Cek balik kita ni suka makan banyak ke? Suka makan manis2? Suka makan lemak2?

Kalau makan banyak lemak, memang kita tahu ia penyebab kegemukan. Tapi tahu tak makanan manis juga boleh buat jadi gemuk? Sebab gula yang tidak ditukar kepada tenaga akan bertukar jadi lemak dan disimpan di bawah kulit!!

Cukupkan pengambilan air kosong 6-8 gelas sehari. Air kosong meninggikan metabolisme, 0 kalori malah membantu kita untuk rasa lebih kenyang. Jadi kuranglah keinginan kita untuk makan.

Banyakkan buat aktiviti fizikal supaya banyak kalori di bakar. Bersenam, bersukan, kemas rumah, berkebun, main kejar-kejar dengan anak memang akan buat banyak kalori di bakar.

Makanan tambahan juga amat membantu. Sebab kita tak tahu apa yang kurang pada badan kita, maka badan kita tak berfungsi dengan baik, seterusnya kita susah sangat nak turunkan berat badan.

Contohnya vitamin B kompleks bantu tubuh menukar lemak, karbohidrat, dan protein kepada tenaga. Protein pula bantu kita untuk rasa kenyang disamping mengekalkan tenaga.

Apa yang penting, kita wajib disiplin untuk mendapatkan berat badan ideal seterusnya kekal sihat bertenaga untuk melakukan aktiviti harian.

Perlukan bantuan? Hubungi:
Suhaila (868994)
SMS/ WhatsApp: 012-9645614
Fb: Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan