Jaga Mata Untuk Elak Saraf Mata Rosak Dan Mata Jadi Buta

Ngeri ada, takut pun ada. Ye lah, berpuluh-puluh tahun hidup, boleh melihat walaupun ada masa kabur, tiba-tiba doktor bagitahu kemungkinan buta! Terus terbayang wajah anak isteri, mak ayah, kawan-kawan, rumah comel dan segala keindahan di sekeliling kita. Ngeri! Memang ngeri!


Baru-baru ni MS terbaca pula artikel dalam Harian Metro. Statistik menunjukkan seorang buta setiap lima minit! Semakin ramai orang rabun dan mempunyai masalah penglihatan. Ini harga yang harus kita bayar hidup di zaman laptop, smartphone, televisyen HD dan pencemaran alam sekitar yang kian tenat.

Masalah rabun kelihatan melanda hampir setiap individu. Tak banyak sikit mesti ada rabun. Kita khuatir kalau-kalau rabun kita ini sebenarnya permulaan kepada masalah lebih besar seperti tumor atau kanser. Nauzubillahi min zalik.

Seperti kisah abang ipar MS yang pernah MS ceritakan. Rupanya bukan sorang dua, ibu kepada jiran MS pun mengalami masalah katarak, begitu juga ibu sahabat MS. Alhamdulillah, selain mendapat rawatan doktor, mereka berikhtiar juga dengan produk Shaklee, Carotomax. Cumanya suplemen seperti ini haruslah diambil secara konsisten. Barulah ia memberi kesan seperti diharapkan selain menjaga pemakanan yang lain.

Nasihat MS, banyakkan makan sayur dan buah yang mengandungi antioksidan dan vitamin A. Jaga pandangan (elakkan memandang sesuatu yang haram), banyakkan melihat Al-Quran dan alam semulajadi yang menghijau.

Konsultasi dan pembelian Carotomax Shaklee boleh hubungi MS:
Suhaila (868994)
SMS: 013-2369434
Wassap: 012-9645614
Fb: Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan