Enter Keyword

Soya, ESP Shaklee Dan Alahan

Banyak kali juga MS terbaca seseorang mengadu soya dan ESP Shaklee boleh menyebabkan alahan atau alergik.
Kulit timbul bintik-bintik, gatal-gatal, tak selesa, malah boleh membentuk ruam atau eczema.

Ramai yang selepas mengambil ESP, serta-merta menyalahkannya sebagai punca badan mendapat alahan. Sebenarnya betul ke itu semua salah ESP? Apa sebenarnya punca yang menyebabkan tubuh badan boleh dapat alahan?

Alahan ialah tindakbalas hipersensitif atau terlebih sensitif oleh sel imunisasi badan kepada sesuatu bahan atau alergen. Ia menyebabkan respons berbeza, bergantung kepada organ badan mana berlakunya alahan itu.

Alergen yang menyebabkan alahan boleh berpunca daripada pelbagai sumber. Alergen akan memasuki badan pesakit dan meransang sistem imunisasi, menjadikannya terlalu aktif. Keadaan ini menimbulkan simptom alahan.

Satu sumber alahan ialah pemakanan. Contohnya soya, kekacang, makanan laut, ayam, telur, gandum, susu dan ini juga berbeza antara individu.

Satu point yang perlu anda tahu ialah; alahan ialah sesuatu yang pesakit tidak pernah tahu kecuali sesudah terdedah kepada alergen dan pesakit mengalami alahan terhadapnya.

Faktor utama penyebab alahan ialah keturunan!

Jika seseorang mempunyai alahan, kemungkinan besar generasi berikutnya mengalami alahan tetapi tidak semua simptom adalah sama.

Jadi, dalam kes soya dan ESP di atas, adalah tidak patut sama sekali menyalahkan makanan yang kita ambil.

Ibaratnya kita menyalahkan duit penyebab orang kaya menjadi sombong, padahal duit hanya benda mati, dan tak semua orang kaya sombong.

Apabila kita mengambil sesuatu makanan, terdapat simptom alahan, itu bermakna badan kita memang alah kepada benda tersebut. Maka jauhilah ia. Tidak perlu menyalahkan sesiapa sebab orang lain yang makan elok saja.

Apapun, cek diri sendiri dulu.

*Tiba-tiba teringat ada seorang kawan MS yang katanya alah kepada susu lembu, tapi bila minum MealShake elok saja tanpa sebarang alahan.

Kalau nak beli ESP, dapatkan konsultasi dulu dengan MS ye ;)

Suhaila (868994)
SMS: 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
Fb: Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan