Enter Keyword

Bahaya Bentan Atau Sakit Urat Lepas Bersalin Akibat Tersalah Makan

Waktu berpantang adalah waktu yang amat perit bagi wanita kerana bukan saja terpaksa menahan diri daripada membuat kerja-kerja rumah, bahkan juga terpaksa menahan diri daripada makan makanan yg sedap-sedap, apatah lagi ‘bersama’ suami.

Waktu berpantang ini sepatutnya menjadi waktu yang paling seronok bagi wanita kerana di layan seperti puteri raja, tapi akibat kecuaian yang sedikit kadang-kala boleh memakan diri.

Nak-nak pula kalau berani melanggar pantang dengan sengaja.Nak tunjuk badan tu kuat sangat kononnya. Memang cari penyakit namanya.


Apabila pantang dilanggar, bersedialah untuk terkena ‘bentan’.

Apa sebenarnya bentan?

Bentan bermaksud badan kita mengalami sakit semula tak kira waktu bila pun. Ada ibu mengalami  di awal atau akhir tempoh berpantang, ada juga yang terkena bentan selepas tamat tempoh berpantang 44 hari.

Kebanyakan wanita pernah terkena bentan. Ini kerana bentan boleh berlaku akibat tersalah makan benda yang  tidak sesuai dengan tubuhnya. Atau juga mungkin tersepak benda keras secara tidak sengaja.

Masa mama berpantang anak pertama dulu, bidan ada pesan, “Jalan elok-elok. Jaga ibu jari kaki jangan sampai tersepak benda keras”. Ada juga mama dengar kalau tersepak benda keras semasa dalam pantang, boleh sebabkan tumpah darah.

Tanda Dan Jenis Bentan

Antara tanda-tanda awal seorang ibu sudah bentan ialah, dia mula merasa badannya sakit-sakit dan berasa lemah. Kemudian diikuti rasa sejuk hingga ke tulang, boleh jadi menggigil dan demam. Rasa sakit-sakit itu bolehlah juga disamakan dengan sakit urat tapi keadaannya lebih teruk daripada itu.

Bentan berlaku sebab badan ibu masih lemah, belum sembuh sepenuhnya atau mungkin juga ibu tidak mendapat rawatan lepas bersalin yang sempurna.

Ada beberapa jenis bentan iaitu bentan urat, bentan peranakan, dan bentan urat besar.

Bentan peranakan ditandakan dengan rasa sakit pada peranakan akibat mengangkat objek berat, terjatuh atau terhempas. Bentan jenis inilah yang boleh menyebabkan rasa terlalu sakit pada ari-ari dan boleh jadi berlaku tumpah darah.

Bentan urat besar pula biasa berlaku jika ibu bersalin secara Ceaserean. Ia melibatkan urat di bahagian buluh rahim yang melalui pinggul. Ibu mungkin akan merasa sakit di bahagian pinggang dan atas belakang.

Bagaimana mengelak bentan?

    1.       Ibu-ibu mestilah banyak berehat, kurangkan buat kerja rumah dan mengangkat benda berat. Jangan banyak bergerak. Minta ibu, bidan atau suami tolong mandikan bayi.

    2.       Kebersihan ibu juga mestilah dijaga terutama dikawasan luka. Ikut nasihat doctor dan bidan bagaimana menjaga kebersihan dikawasan terlibat. Jangan tahan kencing.

    3.       Jagalah pemakanan dengan sebaiknya. Makan makanan seimbang dan berkhasiat, lengkap dengan semua keperluan nutrisi harian. Elakkan makan makanan dalam kategori ‘berbahaya’ contohnya kangkung, kacang panjang, terung, air batu, nangka, pulut, ikan yang gatal, nenas, telur dan sebagainya.

Apa yang boleh dilakukan jika bentan?

Bagi ibu-ibu yang telah habis berpantang, kita sangka kita masih selamat dari terkena sakit urat. Jadi, ramai ibu-ibu yang mula cuba-cuba nak makan makanan yang tak boleh dimakan semasa berpantang dulu. Tanpa mengetahui rupanya badan kita masih lemah dalamannya, walaupun luarannya nampak sihat dan kuat.

Tak semena-mena kita terkena juga bentan. Ini pernah dan kerapkali berlaku pada mama dan teman-teman mama sendiri.

Lagipun mama ni memang suka ‘try and error’. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh dan tak serasi dengan badan mama. Walaupun baby dah besar, rupanya masih boleh berlaku bentan lagi.
Mujur saja mama ada Shaklee. Alhamdulillah..

Ok, jika ibu pun ada mengalami sakit urat tak kiralah semasa berpantang atau selepas berpantang, boleh cuba buat perkara dibawah:
  •        Bertungku atau mandi wap herba
  •        Berurut
  •        Berehat secukupnya dan tidur
  •        Ambil Ostematrix, Omega Guard dan Alfalfa Complex Shaklee.
      Orang kata bentan ni akan beri efek masa tua nanti. Kalau salah makan, sekarang mungkin tak rasa. Tapi nanti bila dah makin berusia, badan mungkin boleh jadi lebih lemah, mudah sakit urat atau sakit-sakit badan hingga akhirnya terpaksa menanggung kesakitan tu seorang diri. Tentu tak mahu kan??


Kebaikan Set Postnatal Shaklee Premium

  1. Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran
  2. Membekal tenaga
  3. Mempercepatkan pengecutan rahim
  4. Melancarkan pengeluaran darah nifas
  5. Memanaskan badan
  6. Memulihkan urat dan saraf
  7. Membina semula sel yang rosak dengan cepat
  8. Menghilangkan stress dan tekanan
  9. Membantu tidur lebih lena
  10. Milk booster semulajadi
Set Bersalin Premium ini berharga RM582 (exclude postage). Ibu boleh dapatkan pada harga ahli jika terus mendaftar keahlian (RM65)

      Jaga pantang, jaga makan, bersenam seadanya, makan makanan berkhasiat dan amalkan suplemen, insyaAllah akan sihat sepanjang masa.

      Jika ada ibu-ibu yang nak dapatkan produk di atas, atau dapatkan dalam set bersalin Shaklee, hubungi Mama Su bila-bila masa pun. Khidmat nasihat sentiasa percuma ;)

     
ID Shaklee: 868994



33 ulasan:

  1. takut nya kalau kena bentan masa berpantang nie....moga dijauhkan la :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang takut...nak buat apa pun tak boleh

      Padam
  2. Sy dah 50 hari.tp sejak semalam sakit pd ari2...sbbnya sy tukar cadar n angkat tilam berat ni..smp skrg sy sakit nk bjalan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah..kalau boleh jgn angkat benda berat lagi. Baru sgt lg kan.

      Bawak berehat Puan Shafini. Jangan buat kerja kasar2 lagi. Semoga cepat sihat

      Padam
    2. Salam..sya pun dah 50 hari lebih lepas pantang..tp kne demam urat dah 2 hari..xtau kenapa. Smpai ngilu2 perut bhgn kiri bwh

      Padam
    3. Rengat pun boleh jadi..jangan lasak sangat, bawak berurut. Boleh ambil ostematrix untuk hilangkan sakit otot bahagian peranakan tu.

      Padam
  3. google punya google akhirnya dpt jg jawapan sakit ari2 sy selama ni .. rupanya sy kena bentan urat peranakan..Ya Allah sakit sgt..rasa mcm nk bersalin lg pun ada..sy pegi urut , bidan kata byk darah beku sbb tu sakit..bila pegi hospital scan semua doktor kata rahim bersih xde apa2 msalah .. mcm mna nk hilangkan bentan ni ..seksanya , satu apa pun x boleh buat .. tidur pun x dpt.. :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduhai kesiannya..ambil ostematrix dan alfalfa..Oste tu untuk kuatkan otot rahim, alfalfa untuk kecutkan rahim dan buang darah kotor.

      Padam
  4. Sy pn kne skit ari2.. Mcm rse nk brslin lg.. Esknye pgi ceragem.. Rngn bdn.. Lps ni nk ltk sbiji la ktil tu dkt umh.. Nurse check die ckp ktuln drh dh xde.. Bru rwtn prtme

    BalasPadam
  5. Info yang sangat berguna. Terima kasih banyak. Saya pun berpantang dengan Shaklee. Alhamdulillah. Sangat membantu. Terutama bila makan alfalfa dan vivix

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..berpantang dengan Vivix terbaik!

      Padam
  6. Saya pown saakit lg pdhal dh 90ari bersalin ank num dua...dh 5 ari deman,sakit badan,sejuk megigil n tapak kaki sakit mesti pakai stokin lg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan benda panas, mandi air panas, pakai baju sejuk semua. Tak tahan sangat boleh je telan panadol. Semoga cepat sihat

      Padam
  7. Assalammualaikum puan... saya baru sahaja bersalin normal... larni baru habis pantang... rasa lenguh...di pinggang,peha,tumit dan betis...ari2 rasa mencucuk sedikit... saya memang tdk dibenarkan oleh dok pantang secara ekstrem... jd boleh tak ambil shaklee je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je MrsIman.. set berpantang shaklee bekalkan nutrisi dan zat yang diperlukan oleh badan. Boleh wasap saya terus jika berminat mencuba 012-9645614

      Padam
  8. Assalammualaikum puan... saya baru sahaja bersalin normal... larni baru habis pantang... rasa lenguh...di pinggang,peha,tumit dan betis...ari2 rasa mencucuk sedikit... saya memang tdk dibenarkan oleh dok pantang secara ekstrem... jd boleh tak ambil shaklee je?

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. sakit perut masa pantang pdhal dah 3minggu.
    apa yg xkena ya.

    BalasPadam
  11. Sy nk tya... Sy brpantang dh 28 hr tp pg nie tiba2 sy rsa skit d bhgian kiri kt urat besar dan melarat sampai ke seluruh bhgian kiri smpai ke kaki.. Skit sgt2.. Duduk xkena baring pon xkena ttp skit jgk.. Bentan ke??

    BalasPadam
  12. Sy nk tya... Sy brpantang dh 28 hr tp pg nie tiba2 sy rsa skit d bhgian kiri kt urat besar dan melarat sampai ke seluruh bhgian kiri smpai ke kaki.. Skit sgt2.. Duduk xkena baring pon xkena ttp skit jgk.. Bentan ke??

    BalasPadam
  13. Sy br abis berpantang hari ke 45. Masa hari ke 43 pegi appt o&g dan Dr buat pap smear dan pasang iucd.
    Blk dr klinik, ptg tu mula skt blkg melarat ke pinggang dan perut sampai mlm.
    Telan panadol br ok.

    Hari ke 2 (hari ke 44) pun jadi lagi sebelah malam.

    Tu bentan ke?

    BalasPadam
  14. Umur saya dah 42 thn.anak semuanya lelaki 3 org.yg bungsu dah berumur 11thn.masalahnya skrg dari tapak kaki hingga ke lutut terlalu sakit hingga demam.

    BalasPadam
  15. assalamualaikum..saya bersalin czer,umur anak saya skg dh masuk 1tahun 3bulan ..masalah yg saya hadapi kaki kiri sahaja seperti ade gegaran,tumit kaki pun sakit nk pijak lantai..soalan saya, walau pun anak saya dah 1tahun saya boleh kne bentan jgk ke?

    BalasPadam
  16. assalamualaikum..saya bersalin czer,umur anak saya skg dh masuk 1tahun 3bulan ..masalah yg saya hadapi kaki kiri sahaja seperti ade gegaran,tumit kaki pun sakit nk pijak lantai..soalan saya, walau pun anak saya dah 1tahun saya boleh kne bentan jgk ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tumit atau kaki sakit cek dengan doktor ye..boleh juga ambil omega dengan ostematrix. boleh kena walaupun anak dah setahun. kena jaga makan elok2.. terutama kita yg jenis taktahan dgn makanan tertentu ni

      Padam
  17. Sya brpantang di rumah mentua.. Sekrg sedang brpantang hari ke 25.. Sya pelik mentua sya sering hidangkan sya lauk sayur yg blh buat sya bentan.. Serperti kangkung kubis air barli mee kari kuih muih,soto.. Tapi alhmdulilah allah lindungi sya.. Sya x bentan pun buat mase nie..
    #sayaibumudaanaksorang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh Alhamdulillah azie..mak mertua sudi jagakan kita ye.. bentan ni tengok atas orang juga. Ada yang tak tahan dengan sesuatu makanan, ada yg ok je. macam org kata pantang laksa, saya ok je hehehe. semoga sihat selalu ye =)

      Padam
  18. Sya brpantang di rumah mentua.. Sekrg sedang brpantang hari ke 25.. Sya pelik mentua sya sering hidangkan sya lauk sayur yg blh buat sya bentan.. Serperti kangkung kubis air barli mee kari kuih muih,soto.. Tapi alhmdulilah allah lindungi sya.. Sya x bentan pun buat mase nie..
    #sayaibumudaanaksorang

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum
    Saya ibu anak 4.2kali ceaser. Anak yg ke 4 ni sy ceaser .Skrg dh 60 hari lepas lahirkan anak .Darah dh xda ,tapi bila darah dhdh takda ,keluar lendir putih2 campur kuning pula .Mula2 ok dan beberapa hari mi saya rasa macam sakit pinggang belakangbelakang ,kurang lebih mcm kena senggugut,pastu mcm pening2 pn ade. Knp ye ? Sedihnye saya

    BalasPadam
  20. Assalam..nak tnya..smlam tetiba sya rasa kesejukan sngat dan rasa lemah sja..bila bngun pagi saya rasa badan mkin lemah terketar2..kepala rasa nk pecah n badan rasa sakit semua.. Payudara pun rasa sakit sngt.. Adakah ini juga simptom bentan?

    BalasPadam
  21. Sy dh 50 hari lepas bsalin..skrg sy msh lemah bdan.hari2 rasa demam..krongkong rsa tercekik.cek hspital smua result ok.kepala sy selalu pening dan rsa berat.sy slalu jgak sejuk mnggigil.dh mcm2 berubat buang duit tp hasil xda.makin sakit ada lah.apa lg sy pelu buat..buntu dah..skrg ni pon tlantat atas katil je

    BalasPadam