FUNGSI VITAMIN E

Assalamualaikum, salam sejahtera..

   Ramai antara kita tak perasan pun dengan kehadiran vitamin E dalam kehidupan dan kesihatan. Lebih malang kalau tak pernah dengar pun. Saya pun sebelum menyertai Shaklee cuma tau masa sekolah dulu ada belajar dalam subjek sains dan biologi. Tu pun tak berapa nak ambil kisah sangat tentang kepentingan vitamin E ni.

   Tapi, setelah menggali ilmu tentang nutrisi, vitamin, pemakanan dan sebagainya, saya mula faham dan tahu bahawa vitamin E tu sangat penting untuk kesihatan kita. Jom baca fakta tentang Vitamin E yang akan buat anda jatuh cinta..

1. Vitamin E lazim dijumpai di dalam sumber makanan seperti minyak sayur, marjerin, kekacang, bijian, kacang soya, avocado, kuning telur, minyak bunga matahari, sayuran hijau, dan gandum penuh.

2. Ia adalah antioksidan yang berfungsi menghalang radikal bebas dan mencegah kerosakan sel. Secara khususnya ia melindungi sel darah merah.

3. Membantu mengekalkan Vitamin C dan Vitamin A dalam tubuh.

4. Menyokong dalam pembentukan kulit yang sihat dan juga membantu dalam pembentukan sel.

5. Mengurangkan kesan parut dan mengurangkan kesan pembengkakan atau inflamasi.

6. Meningkatkan antibodi tubuh dan memberi faedah kepada individu yang mengidap selesema atau serangan virus.

7. Penting untuk kesihatan kardiovaskular dan kesihatan organ seks yang baik.

8. Memberi kelegaan akibat simptom PMS, simptom menopos, serta kesakitan sendi dan otot.

Vitamin E dan kulit
- Vitamin E meningkatkan sistem imun dengan membantu memusnahkan sel kulit yang rosak dan dengan itu membantu mencegah kanser kulit.

- Sebagai antioksidan, vitamin E melindungi kulit dari sinar UV dan radikal bebas yang dilepaskan dari pencemaran, tekanan dan asap rokok.

-Stratum comeum (lapisan kulit paling atas) terdiri daripada asid lemak, dan Vitamin E memainkan peranan penting dalam melindungi lapisan ini rosak akibat radikal bebas.

- Ia membantu mengurangkan inflamasi, melembut dan melicinkan kulit, membaiki tone kulit, mengurangkan kesan terbakar akibat terdedah di bawah cahaya matahari (sunburn) dan menyokong fungsi penghalang matahari untuk menyerap sinar UV.

- 90% masalah kulit akibat penuaan dipercayai adalah akibat daripada pendedahan yang lama terhadap matahari. Sinar UV akan merosakkan sel DNA dan meningkatkan risiko kanser kulit dan kerosakan sel serta tisu.

Vitamin E dan kesihatan lelaki
Vitamin bukan sahaja baik untuk wanita malah begitu juga dengan lelaki
1. Antioksidan yang melindungi daripada kerosakan sel, mencegah plak terbentuk dalam arteri yang boleh membawa kepada masalah jantung.

2. Radikal bebas boleh merosakkan kulit dan menjadi kanser. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin E boleh menyumbang kepada penurunan risiko mengidap kanser prostat.

3. Meningkatkan kesihatan imun bagi lelaki yang berusia lebih 65 tahun. Juga akan mengurangkan jangkitan pernafasan dan selesema.

4. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E mampu mengurangkan risiko mengidap Alzheimer (nyanyuk).

5. Secara ironinya, senaman meningkatkan penghasilan radikal bebas dalam tubuh. Vitamin E antioksidan yang sangat melindungi dan boleh mengurangkan kerosakan sel dan meningkatkan fungsi otot dan masa penyembuhan.

6. Diet tinggi vitamin E adalah cara terbaik untuk mengekalkan tahap kesihatan.

Dos yang disyorkan untuk vitamin E adalah 400-800 IU sehari, namun agak sukar dipenuhi kerana sumber makanan yg mengandungi vitamin E biasanya dimakan dalam kuantiti yang sedikit. Bayangkan anda terpaksa makan 3 paun daun salad untuk melengkapkan nilai harian bagi vitamin E! Sebab itu pakar nutrisi mencadangkan pengambilan suplemen vitamin E atau vitamin E yang telah diperkaya.

1 ulasan: