Enter Keyword

TAK MUSTAHIL BOLEH CANTIK

Assalamualaikum, salam sejahtera..

Wah tajuk entry hari ni boleh buat ramai tersenyum lebar kan? Terutamanya wanita macam saya. hehe.. Betul, Allah jadikan wanita cantik dan suka pada kecantikan. Tidak ada wanita yang tak cantik semuanya cantik-cantik belaka..Bukan nak puji diri sendiri, tapi kita seharusnya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan.

Saya tidaklah secantik Neelofa..(wink wink) tapi cukup cantik dan 'comel' di mata anak-anak saya..hahaha.. Bak kata Ammar lah anak sulung yang umur 4 tahun.. Budak-budak tak pandai menipu kan? :P

Okeylah, berhenti merepek. Sesiapa pun boleh jadi cantik. Nak kulit gebu? Cerah? Halus? Tegang? Siapa yang tak nak kan? Kalau tak tidaklah pula wanita2 zaman sekarang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk kecantikan. Botox lah, cucuk vitamin C lah, mandi bunga, susuk, belum lagi masuk yang sanggup berbomoh bagai. Itu semua tanda-tanda wanita yang obses dengan kecantikan.

Bagi wanita biasa macam saya, tak perlulah menghabiskan duit semata-mata untuk nampak cantik dimata orang lain. Amalkan pemakanan sihat, ambil suplemen, wuduk dan beberapa amalan biasa sudah memadai. Pengambilan suplemen untuk kecantikan jangan diabaikan.

Satu masalah yang membelenggu kebanyakan wanita seperti saya ialah jerawat dan jeragat (tanda2 penuaan sedang berlaku...huhu). Semakin hari, kita terdedah dengan berbagai-bagai ancaman kesihatan dari sekecil-kecil hingga ke sebesar-besarnya. Pencuci muka yang kita pakai, belum tentu selamat, bahan-bahan penjagaan diri yang lain sudah tentu penuh dengan bahan kimia.

Bab makan pula, berapa ramai di kalangan kita mengamalkan pemakanan sihat? Walaupun dia seorang pakar pemakanan belum tentu jaminan dia mengambil makanan seimbang setiap hari. Selalunya kita makan ikut selera dan dalam bahasa agak kasarnya ikut nafsu. Main belasah aje.. Ramadhan akan datang saya percaya nafsu makan kita semakin membuak-buak. (termasuklah saya juga). Sebab itu elakkan kerap pergi ke pasar Ramadhan, selalulah memasak sendiri di rumah dengan bahan-bahan segar yang boleh kita dapati sendiri.

Makanan yang kita makan juga belum tentu selamat sepenuhnya untuk tubuh. Masalah lain ialah 'ketoksikan' yang terhasil daripada makanan terhadap tubuh. Apabila toksin mula berkumpul, masalah seperti jerawat, bisul, kulit berkedut dan tak menegang, kulit kusam, tidak berseri dan sebagainya boleh berlaku.

Selain itu, kita mungkin mengambil 'kurang' zat-zat tertentu dalam diet atau mungkin juga terlebih zat-zat tertentu dalam tubuh. Ini juga boleh menyebabkan masalah kecantikan. Kita selalunya tidak mengambil kisah tentang zat-zat yang terkandung di dalam sesuatu makanan asalkan rasanya sedap dan boleh ditelan, sedangkan zat-zat yang tidak perlu mungkin telah terlebih masuk ke dalam tubuh.

Alam sekitar sekarang sudah tidak sebersih dulu lagi..Pencemaran ada di mana-mana even di dalam rumah kita sendiri.Kita terdedah kepada asap kenderaan, cahaya matahari yang merosakkan kulit, pendingin hawa yang mengeringkan kulit, dan sebagainyalah.

Sebab itu pengambilan suplemen sangat sangat di perlukan. Sebaik memasuki umur 20an, hormon dalam tubuh kita semakin menurun dan pada usia 40 hanya tinggal separuh. Selepas itu masalah fisiologi akan bermula. Siapa yang boleh jamin apabila menginjak usia 40 dia masih kekal cantik? TIADA. Betul semua orang akan tua, TETAPI kalau tua sebelum masanya? Bayangkan seseorang yang berumur 40 tahun tapi nampak macam umur 30 tahun? Mesti semua orang tanya apa rahsianya kan? Bayangkan pula seorang yang berumur 40 tahun tapi nampak macam umur 50 tahun..Anda fikirlah sendiri..

Cuba tanya rahsia artis-artis kita yang usianya lebih 45 tahun tapi masih cantik, segar dan sihat. Okeylah, cuba ketepikan teknologi cucuk-cucuk tu..siapa dalam kepala anda? Tentu ada yang terbayangkan Sarimah, mak Atilia (nama ape lupa plak), Ramlah Ram, dan ramai lagilah. Tentu mereka ada mengamalkan pengambilan makanan tambahan. Tun Mahathir dan Datuk Dr. Fadzilah Kamsah sendiri mengamalkan suplemen, sebab itu mereka kelihatan agak cergas dan lincah berbanding usia kan?

Vitamin apa yang perlu untuk cantik? YA, soalan yang saya sangat suka.

1. Vitamin C. Sebab ia membantu membina kolagen.

2. Vitamin B-compleks. Sebab ia sangat diperlukan untuk saraf dan mood yang ceria. Tahu tak muka kita ada sangat banyak saraf? Dengan pengambilan B kompleks, insyaAllah seri wajah akan naik.

3. Vitamin E. Sebab ia memang terbukti sangat bagus untuk kulit, memelihara kelembapan kulit, mengurangkan inflamasi juga baik untuk saraf.

4. Protein. Sebab tubuh kita akan menggantikan sel-sel tua dengan sel-sel muda. Jika kurang protein, proses penggantian sel tersebut akan terbantut. Tahukah sel kulit, rambut, kuku semuanya terhasil dari protein?

5. Air kosong. Jangan meremehkan kelebihan air putih. Dengan meminum sekurang-kurangnya 2 liter sehari, ia mampu menyingkirkan toksin dari tubuh kita dan menyerap nutrien dari makanan/vitamin yang kita makan.

Set Kecantikan Shaklee


Cukup lengkap dengan semua yang anda perlukan. Ingat, pengambilan vitamin semulajadi lebih mudah diserap oleh tubuh, dengan itu kecantikan yang anda idamkan kini mungkin bukan lagi mustahil. Saya juga sedang mengamalkan set D ini.. jom sama-sama dengan saya untuk melihat hasilnya di wajah anda :))

Testimonial pengguna 1


Perlukan khidmat konsultasi? Ada pertanyaan? Jangan malu-malu untuk hubungi saya Su (013-2369434) atau emelkan ke butik.annajah@gmail.com.

Jom cantik dengan cara sihat!!

**produk bukan bertujuan untuk merawat, mendiagnosis atau mencegah apa-apa penyakit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan