KENALI TANDA ANDA KEKURANGAN PROTEIN
Salam sejahtera semua!!
Jom cerita tentang protein lagi...
Jom cerita tentang protein lagi...
makanan kaya protein
Protein adalah faktor utama dalam pertumbuhan fizikal
seperti pengaturan dan pengekalan rambut, otot, tendon, kulit dan mata.
Kekurangan protein biasa terjadi terutamanya dikalangan vegetarian, pengamal
diet dan ahli bina badan. Jika anda rasa diet anda kurang protein, adalah
penting untuk anda tahu tanda amaran kekurangannya.
· Protein adalah penting untuk
mengekalkan kesihatan tubuh. Ia membantu system imun berfungsi secara
menyeluruh, mengekalkan kulit , rambut dan kuku yg sihat; menolong menghasilkan
enzim yang penting dalam tubuh. Seseorang yang kurang protein akan menderita simptom2
yang akan memberi kesan pelbagai fungsi dalam tubuh.
t Tanda dan Simptom biasa
s Tanda dan symptom yang paling biasa
akibat kekurangan protein melibatkan pengecutan tisu otot dan edema (retensi
bendalir/gemuk air) pada kaki dan buku lali. Kekurangan berat dan anemia juga
adalah satu daripadanya.
Tanda dan Simptom kesihatan yang serius
Symptom lain kekurangan protein boleh
membawa kepada pelbagai risiko kesihatan. Satu daripada symptom yang serius adalah
kerosakan system imun, menyebabkan mangsa mudah mendapat jangkitan. Kanak2 yang
dikesan mengalami kekurangan protein akan menunjukkan tanda2 pertumbuhan dan
perkembangan yang perlahan. Symptom lain adalah kegagalan jantung atau system
pernafasan yang lemah. Kurang protein, jika tidak dirawat boleh membawa maut.
Tanda penyakit yang berkaitan dengan kekurangan protein
· Oleh sebab kurang protein boleh menyerang
system imun, sesiapa yang kurang/tiada protein adalah lebih mudah dijangkiti
penyakit berjangkit seperti kwasyiorkor dan marasmus. Ini adalah penyakit yg biasa
terdapat di wilayah dimana protein susah didapati.
Kanak2 di bawah umur 4 tahun sering menjadi mangsa kwasyiorkor. Ini adalah disebabkan mereka mengambil tinggi karbohidrat dalam diet dan rendah/tiada langsung protein. Symptom kwasyiorkor termasuk tanda2 kekurangan protein yang biasa seperti pengecutan otot, perkembangan perlahan, dan juga pembesaran organ hati dan simpanan lemak berlebihan.
Kanak2 di bawah umur 4 tahun sering menjadi mangsa kwasyiorkor. Ini adalah disebabkan mereka mengambil tinggi karbohidrat dalam diet dan rendah/tiada langsung protein. Symptom kwasyiorkor termasuk tanda2 kekurangan protein yang biasa seperti pengecutan otot, perkembangan perlahan, dan juga pembesaran organ hati dan simpanan lemak berlebihan.
kwasyiokor
· Marasmus pula terjadi disebabkan
kebuluran dan memberi kesan pada semua peringkat umur, walaupun begitu ia biasa
terjadi pada kanak2 yang mengambil formula bayi yang telah dicairkan. Symptom
marasmus termasuk tanda biasa kekurangan protein, dan kehilangan simpanan lemak.
Recommended Dietery Allowance (RDA)
· RDA untuk protein termasuk pengambilan
minimum harian adalah 0.36gm per pound atau 0.8g per kg berat badan. Jika
pengambilan dua kali dari amaun tersebut, ia dikatakan berlebihan. Kanak2
membersar, wanita mengandung dan menyusukan, juga org berusia atau org yg
mengalami kecederaan, trauma, penyakit atau ketidakupayaan memerlukan protein
lebih tinggi daripada yang dicadangkan RDA.
Jom Periksa Diri Anda!!
1. Perhatikan
rambut dan kuku anda. Tanda kekurangan protein selalu mengambil masa yg lama
untuk dikenalpasti kerana tubuh menggunakan protein yg tersimpan jika protein
dlm diet harian tidak mencukupi. Rambut terbelah/ gugur dan kuku yg rapuh
adalah salah satu tandanya.
Adakah salah satu daripada tanda-tanda berikut ada pada anda?
Hubungi saya, untuk konsultasi percuma 013-2369434 @ emel ke butik.annajah@gmail.com
brittle nail akibat kekurangan protein
2. Beri
perhatian pada paras tenaga, seperti keletihan melampau, terlalu banyak tidur dan sering
berasa malas, penat dan letih adalah tanda yang anda mungkin memerlukan sesuatu
untuk meningkatkan level protein dalam tubuh anda.
3. Tanya
diri anda samada sering mengalami sembelit atau tidak. Banyak perkara boleh menybabkan berlakunya sembelit dan
salah satunya adalah kekurangan protein.
4. Perhatikan
pertumbuhan otot anda, semakin membesar atau tidak. Jika tubuh tidak mendapat
bekalan protein yang cukup, ia tidak mampu membina dan mengekalkan tisu otot
secara sempurna. Tambahan, protein disimpan di dalam otot dan akan digunakan
oleh tubuh dalam kes2 tertentu. Jika otot anda kelihatan lebih menggeleber (flabby)
daripada biasa, anda mungkin perlu lebih banyak protein dalam diet harian.
5. Periksa
kadar jantung anda secara tetap, segera dapatkan rawatan jika ia jatuh ke bawah 60
denyutan per minit. Tekanan darah rendah adalah satu daripada tanda kekurangan
protein dan ia adalah penting kerana ia mungkin boleh memberi kesan terhadap
kesihatan jantung anda.
6. Berhati2
dan jangan benarkan kekurangan protein menjadi kebiasaan, kerana kesannya boleh jadi lebih drastic. Dalam kes yang lebih ekstrim, pertumbuhan mungkin terencat,
selalunya dalam kanak2 dan boleh menyebabkan retensi bendalir secara drastic,
kegagalan mental dan masalah kulit.
Secara ringkas, kekurangan protein boleh menyebabkan:
- Anemia- (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
- Kidney disease -(penyakit buah pinggang)
- Liver -(penyakit hati)
- High Cholesterol -(kolesterol tinggi)
- Low blood pressure -(tekanan darah rendah)
- Low blood sugar -(kandungan gula darah rendah)
- Nerve instability- (Fungsi saraf tak stabil)
- Peptic ulcer -(Ulser perut + usus)
- Poor wound healing -(Luka ambat sembuh)
- Poor blood circulation- (Pengaliran darah yang tidak lancar)
- Poor vision- (Penglihatan kurang baik)
- Irritability- (Badan menggeletar)
- Fatigue -(Letih lesu)
- Weakness- (Lemah)
- Water retention -(Tinggi kandungan air dalam tisu badan/gemuk air)
- Prolonged period of time mental retardation- (Terancat akal)
- Lack of resistance to infection -(Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)
Hubungi saya, untuk konsultasi percuma 013-2369434 @ emel ke butik.annajah@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan