Enter Keyword

BAHAYA UBAT PENAHAN SAKIT

     
   Ubat-ubat penahan sakit atau analgesik sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Terdapat dua kategori ubat analgesik iaitu narkotik dan bukan narkotik. Analgesik bukan narkotik seringkali digunakan untuk merawat sakit kepala, sakit gigi, sakit-sakit otot adalah dari kumpulan NSAID (Non Steroidal Anti-Imflammatory Drugs) contohnya Ponstan, Diclofenac, Aspirin, Naproxen dan Ibuprofen.

Bagaimana ubat penahan sakit bukan narkotik bertindak?

    Ia (kecuali Acetaminophen) menghalang pengeluaran prostaglandin yang berfungsi menghantar isyarat ke otak. Prostaglandin adalah bahan kimia yang dikeluarkan oleh bahagian tubuh yang mengalami kecederaan, inflamasi atau pun jangkitan.

    Untuk sakit yang lebih teruk kombinasi kedua-dua analgesik bukan narkotik dan narkotik sering digunakan, namun analgesik narkotik hanya digunakan jika ubat lain tidak memberi kesan.

Bahaya Ubat Penahan Sakit

1. Acetaminophen (paracetamol)
   Jika diambil dalam dos tinggi akan atau jangka masa panjang akan menyebabkan kegagalan hepar (hati)

2. Aspirin
   Boleh menyebabkan ulser dan pendarahan gastrousus selain memberi kesan terhadap otak dan hati jika diambil dalam dos yang tinggi atau dos rendah dalam jangka panjang.

3. Opiat (contoh codeine, fentanyl, morfin -hanya diberi dalam kes sakit teruk)
   Kesan jangka pendek- susah memberi tumpuan, anak mata mengecil, sembelit dan gangguan pernafasan.
   Kesan jangka panjang- menyebabkan ketagihan / euforia (keadaan keriangan atau kegembiraan abnormal disebabkan oleh pengambilan dadah)

4. NSAID (selalu diambil untuk menahan penyakit kronik)
-Boleh menyebabkan ulser dan pendarahan pada saluran gastrousus jika digunakan berlebihan tanpa mengikut dos yang disyorkan.

- Dos tinggi atau jangka panjang boleh menyebabkan masalah serius fungsi buah pinggang contoh seperti sindrom nefrotik dan kegagalan buah pinggang akut.

Terapi ubat-ubatan menjadi pilihan dalm pencegahan, pengawalan dan perawatan pelbagai jenis penyakit. Meskipun begitu, terapi ini juga mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri. Amalan gaya hidup sihat adalah langkah terbaik untuk mencegah penyakit dari berlaku selain ,mengambil pemakanan seimbang dan sihat.

Last but not least, 
PREVENTION IS BETTER THAN CURE!!
      
Sumber: Pegawai Farmasi Pusat Racun Negara (majalah i-sihat edisi Julai 2012)
   
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan