RAHSIA SOYA...
"Hai manusia, makanlah apa2 yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut langkah2 syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" Al-Baqarah:168
Assalamualaikum, salam sejahtera..
Ramai yang tahu bahawa kicap, tauhu, tempe, adalah berasal dari soya. Tetapi sejauh mana kita tahu khasiatnya?
Sejarah soya
Kacang soya adalah bahan makanan yg sering di ambil sejak dulu lagi. Ia ditemui atau berasal dari Manchuria (china) dan Jepun. Pada abad ke-18 orang Eropah mula mengenali kacang istimewa ini. Seabad kemudian, petani Amerika mula menanam bijirin ini yang khusus untuk dijadikan bahan makanan ternakan.
Seiring dengan perkembangan teknologi makanan, saintis menemui cara menikmati kacang soya ini dalam pelbagai bentu citarasa. dan sejak itu kacang soya dijadikan pelbagai produk makanan seperti minyak masak, makanan tambahan dan air yang di tinkan.
Mengapa soya digemari ramai?
1. Fitrah manusia, makanan berkhasiat selalu mendapat permintaan tinggi. kacang soya popular kerana disebabkan kandungan khasiat yg sukar di dapati pada sumber makanan lain.
2. Kandungan protein kacang soya dua kali ganda dari protein yg terdapat dalam daging lembu. Ini menjadikan kacang soya sebagai sumber protein yg sangat diperlukan khusunya bagi pengamal vegeterian
3. Kadar lemak kacang soya juga relatif lebih rendah jika dibandingkan dengan bhn makanan yg berasal dari sumber haiwan.
4. Kacang soya kaya dengan vitamin A dan B kompleks yg diperlukan tubuh.
Soya dan anak autisme
Kacang soya sering dijadikan makanan potensi bagi anak-anak autisme. Ini kerana kacang soya tidak mengandungi asid amino kasein(protein utama susu lembu). Kasein akan menjadi pemacu alergi bagi kanak-kanak autisme.
Kasein yg ada dalam susu lembu agak sukar dicerna sepenuhnya. Walaupun kasein yg anak anda ambil dapat dicerna, selalunya akan ada sedikit serpihan asid amino yg disebut peptida yg tinggal dan ia boleh memasuki pembuluh darah. Bila ia menembusi pembuluh darah ia akan mengalir ke blood brain barrier (saluran darah otak) dan masuk ke otak.
Peptida di otak akan berubah menjadi kaseomorpin yang dapat mengacau fungsi sistem saraf pusat. Ini mengakibatkan beberapa fungsi seperti persepsi (penerimaan), kognitif, emosi juga perilaku anak boleh terpengaruh.
Namun begitu tidak semua kanak-kanak bakal mengalami masalah ini. Hanya bagi sebilangan kanak-kanak autisme dikhuatiri akan muncul.
Selain susu kacang soya, tepung kacang soya baik untuk anak autisme yg umunya alergi terhadap gluten (protein gandum). Gluten juga sukar dicerna dan jika memasuki saluran darah otak, gluteomorpin dapat mengganggu sistem saraf pusat.
Tahukah anda???
Lesitin (komponen asid lemak)
-dapat mencegah penumpuan lemak berlebihan dalam tubuh. Dengan demikian, kolesterol jahat dalam tubuh dikenali sebagai LDL (low density lipoprotein) boleh dibuang dan dikurangkan.
-ia juga menyihatkan jantung kerana ia mencegah terjadinya aterosklerosis (penyumbatan pembuluh darah) serta menurunkan risiko terjadinya penyakit jantung koronari.
Isoflavon
-dapat menurunkan risiko terjadinya osteoporosis (pereputan tulang)
-juga disebut sebagai fitoestrogen yang mengandungi zat mirip hormon estrogen. Menjelang menopos, hormon estrogen pada wanita makin menipis, maka risiko osteoporosis makin meningkat.
-kacang soya dapat membantu meningkatkan kepadatan tulang dan mengurangkan proses penurunan kalsium pada wanita yang lanjut usia sehingga risiko osteoporosis dapat dikurangkan.
Saponin dan lignin
-Zat saponin (sejenis fitokimia) dan lignin (bahan polimer) dalam kacang soya dipercayai dapat bertindak sebagai antioksidan yang membersihkan radikal bebas sehingga membantu mempertahankan kulit daripada kerosakan jaringan proteinnya.
-bersama kandungan seratnya, antioksidan dapat mengurangkan risiko barah prostat dan usus besar untuk lelaki.
Sumber: Pa&Ma (Sept 2005)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan