Enter Keyword

FUNGSI VITAMIN C

Assalamualaikum, salam sejahtera.


Dah bina kolagen hari ini? Dah makan buah oren? Dah makan vitamin C semulajadi?? Jika belum jom baca dulu tentang vitamin C!!




Vitamin C amat diperlukan oleh badan. Antara fungsi utama vitamin C ialah:


1.Diperlukan dalam penghasilan Kolagen ( Collagen ) semulajadi badan , di mana kolagen ini amat penting sebagai struktur utama komponen dalam saluran darah , tendon, ligaments , tulang , gigi ,rambut dan kulit
2.Penting untuk penghasilan bahan neurotransmitter & hormone norepinephrine , di mana bahan – bahan ini amat kritikal didalam fungsi otak & saraf manusia .

3.Sebagai bahan ANTIOKSIDA didalam tubuh yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke , barah dsbgnya. Radikal bebas ini terhasil secara semulajadi didalam tubuh kerana proses-proses biokimia didalam badan dan juga disebabkan oleh faktor luaran seperti pencemaran ( air, udara , makanan) , stress, toxin , pancaran sinar ultra ungu ( UV light ) dari matahari dsbgnya

4.Membantu untuk mengaktifkan agen –agen antioksida yang lain didalam tubuh seperti Vitamin E , Glutathione dsbgnya

5.Untuk sintesis bahan yang dipanggil L-Carnitine yang bertanggungjawab memindahkan molekul lemak kedalam sel-sel yang lain untuk menjana tenaga tubuh dan pembinaan otot –otot badan.

6.Membantu dalam metabolisme kolesterol didalam badan untuk membentuk asid hempedu ( Bile Acids) oleh itu ia membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dan mencegah batu karang didalam pundi hempedu ( Gall Stone )

7.Sebagai coenzyme didalam tubuh badan yang membantu dalam proses biokimia menjadikan bahan proline dan lysine kepada Hydroxyproline dan Hydroxylysine sebagai struktur asas untuk pembinaan kolagen

Faedah lain Vitamin C
  1. Mengekalkan integrity tisu badan seperti kulit , lapisan mukosaoleh itu membuatkan kulit menjadi lebih licin, tegang , cerah & berseri , membantu menghilangkan kesan –kesan jeragat dan bintik hitam pada kulit disebabkan terdedah pada cahaya matahari.
  2. Membantu dalam proses penyembuhan luka pada kulit dan lapisan mukosa tubuh (mulut, paru-paru & system gastrousus )
  1. Menjaga keutuhan system saluran darah dan mencegah pegerasan saluran darah oleh itu membantu mencegah penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung koronari ,stroke (angin ahmar), kerosakan buah pinggang dsbgnya
  1. Membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah oleh itu mencegah penyakit seperti sakit jantung koronari , darah tinggi , stroke dsbg
  1. Membantu dalam mencegah penyakit barah ( kanser) dengan fungsinya sebagai bahan antioksida yang meneutralkan radikal bebas & mencegah kerosakan sel-sel tubuh yang boleh menyebabkan kanser.
  1. Membantu dalam proses detoksifikasi bahan –bahan pencemar didalam badan seperti bahan logam berat ( Plumbum,raksa & arsenic)
  1. Meningkat tenaga & mencegah rasa keletihan yang melampau disebabkan Stress , Pemakanan , Pencemaran persekitaran
  1. Mencegah penyakit SCURVI & membantu mengurangkan tahap penyakit(severity) demam ,batuk & seisema ( Upper Respiratory tract infection)

RDA
Vitamin C 120mg hingga 250mg sehari – pil
Dos sehingga 1000mg adalah selamat tetapi tidak dicadangkan untuk setiap hari


Kesan Sampingan

  1. Diarrhoea - hanya jika dos terlalu tinggi diambil melalui mulut ( oral)
  2. Suntikan – sakit & pedih pada tempat suntikan jika disuntik tidak dalam saluran darah
  3. Secara amnya Vitamin C yang diambil tidak memberikan kesan sampingan yang buruk walaupun pada dos yang tinggi, malahan terdapat banyak kajian yang dijalankan oleh para saintis yang menunjukkan vitamin C pada dos yang tinggi tidak merbahaya dan baik untuk kesihatan
Dipetik dr blog: Dr Norman Mohd Norawi (MBBS)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan