Enter Keyword

Assalamualaikum, semua pembaca blog Mama Su yang budiman.

MS pasti, korang yang datang blog ni pernah menggunakan produk Shaklee kan? Ataupun sedara-mara atau kawan-kawan korang? Ataupun adik-beradik korang?? Tak jugak? Errr memang korang berniat nak jadi ahli setelah melihat iklan tak henti-henti 24 di Facebook?? Sampai korang tertanya-tanya,

''Eh, apa semua orang jual Shaklee ni? best sangat ke?''

Memang, semakin hari semakin ramai yang berminat nak jadi ahli Shaklee. Alhamdulillah.. Sama ada orang tu jadi ahli untuk nak dapat harga ahli, dan makan sendiri atau memang betul-betul nak buat bisnes dengan Shaklee lepas tengok kawan-kawan update dapat bonus setiap tengah bulan!

Memang ramai pelanggan setia MS jadi ahli lepas berpuas hati dengan produk yang mereka makan. Memang terasa perbezaannya. MS nak katakan memang rugilah kalau peminat produk Shaklee, tapi masih membeli dengan harga runcit! Tapi itu pilihan masing-masing kan? Terpulanglah..

Apa faedah jadi ahli Shaklee?

1. Dapat jimat duit 25%-30% jika membeli produk Shaklee menggunakan ID sendiri pada harga ahli

Sekarang Shaklee dah kuatkuasakan penyelarasan harga, dimana semua pengedar Shaklee WAJIB menjual menggunakan harga runcit. Tetapi, bila korang dah jadi ahli, dah sah-sah korang beli dengan harga ahli, kan? Dah tak risau nak kena keluar duit banyak.

2. Bonus dikreditkan ke dalam akaun anda pada setiap tengah bulan

Sape tak syok, beli barang tapi dapat duit. Kira macam Shaklee pulang balik duit kita. Lagi banyak kita beli pada bulan tu, lagi banyak bonus kita dapat. Sejujurnya, dalam MLM yang pernah saya join sebelum ni, usahkan 1 sen, 1 habuk pun tak pernah dapat. (kesian!)

3. Boleh memulakan perniagaan anda sendiri di bawah bimbingan team kami

Bagi korang yang betul-betul nak bisnes, nak buat side income, nak tambah pendapatan dari rumah, nak bantu suami, nak ringankan beban keluarga, nak tampung yuran belajar, nak bayar hutang etc, adalah sangat di alu-alukan menjadi sebahagian daripada team kami!

Grup kami adalah dibawah bimbingan Master-Master ternama yang menyumbang sekitar 60% daripada keuntungan syarikat Shaklee di Malaysia! Pokok pangkalnya diri kita sendiri kan? Mahu atau tidak?

Bagaimana Cara Nak Daftar Jadi Ahli?

Sebenarnya tak susah pun nak jadi ahli, anda cuma membayar yuran keahlian sebanyak RM65 + RM10 kos pos. Yuran keahlian ini adalah untuk seumur hidup.

Nak jadi ahli secara percuma?

Anda boleh membuat pembelian sebarang produk Shaklee sebanyak 200point ke atas (dalam lingkungan harga RM650).

Melalui pembelian ini, anda akan jimat RM65 (yuran pendaftaran), dapat pulangan semula RM30+, dan dapat produk. Penjimatan hampir RM100!

Saya mengucapkan selamat datang kepada semua ahli-ahli baru yang mendaftar di bawah naungan Team Jutawan dan iReach!

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, hubungi saya seperti nombor di bawah:

iR Suhaila (ID 868994)
SMS/Call: 013-2369434
Whatsapp: 012-9645614
fb: Su AnNajah


Tips ini berdasarkan apa yang saya baca, dengar dan perhatikan. Juga bersumberkan tv seperti rancangan Prof. Muhaya, Prof . Dr. Fadhilah Hj. Mohd Kamsah dan buku-buku.

Semoga bermanfaat untuk semua. InsyaAllah

1. Anak yang kurang penghargaan di rumah, akan cuba cari penghargaan di luar.

Dia akan mula mencari teman yang boleh menggembirakan dia dan berasa 'dihargai' apabila bersama temannya itu. Ini punca ramai remaja bercinta semasa sekolah.

2. Anak degil kerana kita degil dengan Allah

Semak balik hubungan kita dengan Allah, kalau renggang, bermakna semakin renggang hubungan kita dengan manusia. Apabila rapat hubungan kita dengan Allah, Allah akan merapatkan dan memudahkan hubungan kita sesama manusia terutama anak-anak dan suami.


3. Tidak dan kurang berdoa

Doa senjata orang mukmin. Ramai ibu bapa mengabaikan mukjizat doa. Berdoalah secara spesifik dan sungguh-sungguh terutamanya pada waktu mustajab berdoa. Sebut nama anak.

4. Masa anak tidur, bacakan surah di ubun-ubun

Baca Surah Al-Insyirah, Al-Ikhlas, surah Toha dan Surah Lukman. Selawat.

Sebelum kita tidur, hantar gelombang positif kepada anak kita. Pejam mata dan bayangkan apa yang kita nak bagitau anak kita. Ucapkan kata-kata yang lembut dan baik yang anak suka mendengarnya.

5. Dari kecil, anak mencontohi dan menyerap perangai kita

Seboleh-boleh elakkan berkata perkataan yang kesat dan kasar kepada anak. Elakkan juga tingkahlaku kasar di hadapan anak.

6. Jangan melabel anak

Label seperti 'pemalas', 'lembek', 'pengotor', 'bodoh', 'penakut' dan apa saja label negatif kepada anak akan menjadi sistem kepercayaan yang tertanam dalam minda anak kita. Sukar untuk mengikis kepercayaan ini dan apabila dewasa anak akan menjadi seperti yang kita selalu labelkan tersebut.

7. Anak suka bergaduh dari kecil

Kurangkan pendedahan  kepada televisyen terutama cerita berunsur ganas keterlaluan. Jangan biarkan anak menonton tv sehingga tertidur kerana visual ganas itu tadi akan masuk ke alam separa sedar anak kita.

Beri nasihat kenapa tak boleh bergaduh dan sebagainya. Ceritakan juga ancaman Allah dalam Al-Quran kepada orang yang tidak menyayangi orang lain. Banyakkan cerita kisah-kisah Nabi dan tauladan.

8. Anak suka mencuri

Semak balik punca rezeki yang kita beri anak kita makan. Adakah terdapat unsur - unsur syubhah dan haram walau sedikitpun. Apabila kita mengambil harta orang dengan cara yang salah dan orang tidak rela, beri makan anak kita, begitulah perangai anak kita nanti. Nauzubillah.

9. Biasakan anak ke surau, masjid untuk bersolat jemaah dan bergaul dengan masyarakat tanpa mengira peringkat umur supaya dia disayangi masyarakat.

10. Banyakkan guna perkataan bermaksud 'ajakan', bukan 'suruhan'. Kebanyakan manusia tidak suka disuruh-suruh/diperintah tetapi lebih suka di ajak bersama.

11. Jangan malu untuk puji anak walau dia buat sekecil-kecil kebaikan. Manusia memang suka di puji terutama anak-anak kerana dengan itu dia berasa dirinya diberi perhatian. Ini akan meningkatkan self-esteem diri anak.

12. Berkawan dengan kawan anak

Ajak kawan-kawan anak kita datang kerumah sekali sekala, jamu makan dan bersembang supaya kita dapat mengenali mereka.

13. Anak berperangai kasar

Kasar tidak terjadi secara semulajadi, ia terbentuk daripada suasana persekitaran sejak kecil. Jika ibu bapanya berperangai kasar, begitulah anaknya. Ubah diri sendiri dahulu.

Cukup lah setakat ini dahulu, InsyaAllah saya akan tambah lagi. Apapun, semuanya berbalik kepada diri kita sendiri. Mendidik anak bermula daripada diri sendiri. Jadi manusia yang baik, dapat jodoh yang baik, amalkan amalan yang baik semasa mengandung, makan makanan yang halal dan baik.

Seperti kata Prof. Muhaya, dunia dalaman menentukan dunia luaran kita. Kalau dalaman kita baik, insyaAllah luaran pun baik juga.
Hai semua! MS doakan semua sihat-sihat aje ye.

Entry yang lepas, MS ada bagi Cara Dan Petua Turunkan Kolesterol Dalam Darah. MS pun ada cerita bagaimana kolesterol boleh jadi tinggi dalam darah.

Sape yang dah baca, MS ada share antara makanan yang bagus di makan untuk menurunkan dan mengawal kolesterol dalam darah.

So, kali ni MS nak cerita lebih lanjut, apa dan bagaimana produk Shaklee dapat membantu mengatasi masalah kolesterol tinggi anda tu tadi.

Ok, jomlah tengok apa yang terbaik sekali dalam membantu masalah kolesterol anda tu.

1. Lecithin


Seperti yang saya tulis dalam entry terdahulu, lecithin soya sangat membantu dalam penurunan paras kolesterol jahat LDL. Lecithin sebenarnya wujud dalam badan kita, tetapi apabila paras kolesterol terlalu tinggi, ia tidak mampu menjalankan fungsinya dengan berkesan.

Lecithin Shaklee bersumberkan soya tulen Non-GMO mengandungi choline dan inositol yang penting untuk metabolisme lemak:
-memecahkan lemak dan kolesterol
-'pembersih' salur darah
-mengemulsi dan memetabolisme lemak, kolesterol dan trigliserida
-menghalang pembentukan plak dalam salur darah dan arterosklerosis

Harga: RM52.50 (120 tab)



2. Omega Guard
Omega Guard Shaklee ialah minyak ikan terbaik di dunia yang kaya dengan 7 jenis asid lemak seperti Omega-3, EPA, DHA, ALA dan sebagainya.

Omega Guard membantu:
-menentang thrombosis
-menurunkan tekanan darah tinggi
-mencairkan darah
-melicinkan salur darah
-mengurangkan sakit kepala dan leher akibat tekanan darah tinggi
-mengekalkan tahap kolesterol dan trigliserida normal
-mengurangkan risiko strok dan sakit jantung

Harga: RM136 (90tab)


3. Garlic Complex

Bawang putih terkenal sejak zaman berzaman sebagai antibiotik semulajadi dan menyihatkan jantung. Garlic Complex bersumberkan bawang putih premium, bebas racun perosak dan ditanam secara organik.

Garlic Complex membantu:
-mengawal tekanan darah tinggi
-menyahtoksik raksa, plumbum, kadmium dan logam toksik yang menaikkan tekanan darah
-menurunkan kolesterol LDL dan trigliserida
-meningkatkan HDL
-melindungi jantung
-menghalang strok dan penyakit koronari
-menstabilkan glukos

Harga: RM47.50 (60tab)


4. Alfalfa Complex

Alfalfa Complex Shaklee dari tumbuhan alfalfa (medicago sativa), di tanam secara organik dan diproses di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat.

Alfalfa Complex membantu:
-mencuci hati, darah dan usus daripada toksin
-menghapuskan lemak
-mengurangkan kolesterol
-mencegah penyakit jantung , strok dan darah tinggi
-serat saponin dalam alfalfa bertindak seperti span menyerap kolesterol

Harga:Alfalfa (S) - RM53.75
          Alfalfa (L) - RM97.50



Kolesterol dan lemak berlebihan dalam salur darah adalah punca utama kepada penyakit jantung dan strok di Malaysia! Jaga pemakanan, amalkan gaya hidup sihat. Dapatkan bantuan segera sebelum terlambat.

Pembelian melalui saya layak mendapat konsultasi eksklusif PERCUMA! Hubungi:

iR Suhaila (ID 868994)
SMS: 013-2369434
Whatsapp: 012-9645614
fb: Su AnNajah

Alkisah terkeluar idea nak tulis tajuk ni...

Tadi masa menskrol facebook, MS baca post Ustaz Ebit Lew. Dan secara tak sengaja terbaca komen seseorang. Lebih kurang gini la komennya,

"...hari ini orang berlumba-lumba nak kumpul harta dan pangkat, mereka lupa itu semuanya ujian Allah dan bukan kejayaan sebenar dalam hidup"

Ada salah ke komen di atas? Tak, memang takde salahnya. Memang, harta, pangkat, kekayaan, kejayaan dunia tiada nilainya disisi Allah sedikitpun, Jika dan hanya jika kita lupakan Allah.

MS cuma tidak begitu setuju, dengan ayat 'berlumba-lumba mengumpul harta' tu. Malangnya dulu MS berfikiran begitu juga. Minda miskin. Kenapa orang Islam tak boleh kaya? Berdosa ke? Cuba jawab.

Seingat dan setahu MS, melalui pembacaan pelbagai buku dan sebiji Kitab Tafsir usang di rumah ni, tiada satu ayat pun dalam Al-Quran yang mengharamkan orang Islam jadi kaya. Setuju tak?

Pohon ampun dan maaf kalau MS tersalah. Mohon diperbetulkan. MS ni bukan sesiapa, bukan ahli tafsir jauh sekali menghafaz Al-Quran.

Cuba fikirkan, kalau menjadi kaya itu ujian, menjadi miskin itu apa? ketentuan? atau pilihan? Dalam Al-Quran pun tiada perkataan miskin. (yang ada hanya perkataan kecukupan [53:48]). Ya, Allah tidak menjadikan hambanya miskin. Allah hanya memberikan kecukupan. Apa yang kita ada pula sudah cukup untuk kita. Tapi lagi sekali salah ke jadi kaya? Salah ke ada niat untuk jadi kaya?

"Cukuplah dengan apa yang ada" ayat yang sangat selalu di ucapkan untuk menyelamatkan diri sendiri dan sebagai alasan supaya tak perlu bekerja lebih kuat lagi.

Kalau benar kaya itu ujian, miskin juga ujian kan? Berapa ramai orang miskin yang merungut hidupnya miskin? Berapa ramai orang miskin yang 'terpaksa' mencuri sebab berasa tidak cukup? Berapa ramai orang miskin mengeluh harga barang naik dan sebagainya?

Merungut dapat pahala? Mencuri dapat pahala? Mengeluh dapat pahala? Itulah ujiannya.. Allah nak tengok sekuat dan sejauh mana kita berusaha untuk keluar dari kemiskinan.

Apa baiknya menjadi kaya? Orang kaya selalu lupa diri, suka membazir, suka berpoya-poya, suka berlagak dan menunjuk-nunjuk. Kan? Begitu semua orang fikir.

MasyaAllah... akhirnya saya jumpa ramai orang kaya yang langsung tiada ciri-ciri di atas. Syukurlah Allah tak tempatkan saya begitu lama dalam kemiskinan minda ni.

Kenapa orang Islam mesti kaya?

1. Untuk menguasai ekonomi

Kita bising Yahudi menguasai ekonomi orang Islam. Orang-orang kaya Yahudi membiayai ekonomi mereka sendiri.  Jika ekonomi sesuatu kaum itu kukuh, kaum itulah yang akan menguasai dunia.

Zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat hidup sederhana bukan sebab mereka miskin, tapi sebab harta mereka digunakan sepenuhnya untuk memperjuangkan Islam.

2. Bersedekah

Siapa yang membiayai Pusat Tahfiz yang semakin banyak di Malaysia? Siapa agaknya yang banyak menyalur bantuan ke Gaza, Syria, Palestin dan seumpamanya? Agaknya kalau kita yang hulur RM10 ni boleh ke nak hantar bantuan banyak-banyak ke sana? (tu pun kalau hulur)

Siapa yang membiaya asrama anak yatim? Siapa yang menubuhkan dana dan yayasan pelajaran kalau dia bukan seorang yang kaya? Saya yang menyumbang kepada pembinaan masjid?

Alhamdulillah.. di Malaysia ramai orang kaya Islam yang menghulur bantuan malah ada yang mewaqafkan diri sendiri untuk agama. Kita pula cuma nampak 'orang kaya yang sombong'. Duduklah kita dalam zon selesa, pergi kerja, balik kerja, makan, tidur.

3. Menguasai ilmu

Orang Yahudi hebat sebab mereka menguasai ilmu. Sebelum Yahudi, orang Islam sendiri sudah cukup hebat. Ingat saja tokoh-tokoh Islam yang jadi ahli botani, ahli kimia, ahli falaq, ahli perubatan dan sebagainya. Mereka menguasai ilmu dan menguasai Al-Quran.

Betul, ilmu terdapat di mana-mana di sekeliling kita. Agaknya kalau duduk diam di rumah tanpa pergi mencari ilmu, mampukah kita menguasainya?

Arwah Ahmad Ammar, yang meninggal dunia di Turki semasa berusia 20 tahun dalam keadaan sedang menuntut ilmu. Betapa tingginya darjat Allah beri kepada orang yang sungguh-sungguh menuntut ilmu. Saya percaya, kalau kita miskin mana mungkin kita mampu nak hantar anak kita pergi menimba ilmu sedalam itu.
(boleh baca buku Ahmad Ammar untuk tahu lebih lanjut mengenai beliau)

Tiada salahnya menjadi orang kaya. Kaya atau miskin, kita mesti sentiasa ingat, bahawa tanpa Allah kita bukan sesiapa.

Allah beri kita kudrat dan akal untuk kita guna semaksimum mungkin supaya dapat memakmurkan bumi. Akhirnya kita pilih untuk jadi biasa-biasa.

Jom ramai-ramai kita niat untuk jadi kaya. Saya jutawan dermawan!

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan". [al-Qasas:77]
Hai, selamat pagi.

Sebut kolesterol ni, ada orang tak ambil kisah sangat kan, melainkan orang tu memang telah dikesan mempunyai paras kolesterol yang tinggi dalam darah dia. Mak saya kata 'estro'. Huhu..pun boleh..

Kolesterol ni sebenarnya ialah bahan berlemak yang memang wujud secara semulajadi dalam badan manusia dan haiwan. Sumber utama kolesterol dalam darah datangnya daripada pemakanan dan pengeluaran oleh organ hati.

Sumber kolesterol daripada haiwan - daging, ayam ikan, tenusu. Selepas kita makan, kolesterol ni diserap dalam darah dan diselaputi oleh protein dan dikenali pula sebagai chyclomicron.

Melalui hati pula, selepas kita makan, hati akan mengeluarkan chyclomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasil dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang di panggil lipoprotein.

Lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) -kolesterol jahat
Lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) - kolesterol baik.

Kolesterol jahat yang berlebihan di dalam darah inilah yang boleh menyebabkan masalah seperti tekanan darah tinggi dan serangan jantung!

LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, membentuk bahan keras dan tebal yang di panggil plak. Lama-kelamaan, dinding arteri semakin tebal dan sempit. Ini di panggil atherosclerosis.


Atherosclerosis- menghalang darah beroksigen sampai ke otot jantung (jika melibatkan arteri koronari). Dada akan sakit, saluran tersumbat dengan ketulan darah dan serangan jantung boleh berlaku.

HDLmenghalang proses artherosclerosis dengan menarik kolesterol dari dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati untuk dibuang melalui hempedu.
*kredit

Haa gitulah sejarahnya bagaimana kolesterol boleh dikesan tinggi dalam darah. Yang di kesan itu ialah kolesterol jahat LDL yang sangat berlebihan. Sebab tu bila seseorang dikesan 'kolesterol tinggi' doktor akan sarankan dia menjaga pemakanan, kurangkan makan benda berminyak dan berkolesterol tinggi.

Jom kita tengok antara petua dan cara yang sering digunakan untuk turunkan kadar kolesterol jahat LDL ni tadi:-

1. Minum soya

Dalam tumbuhan soya, ada komponen yang di panggil lecithin. Lecithin memang terbukti dapat menurunkan kadar kolesterol jahat LDL. Selain itu ia juga kaya serat yang juga turut membantu menyerap lemak berlebihan.

2. Ikan atau minyak ikan Omega-3

Asid lemak tak tepu Omega-3 berupaya menurunkan tahap lemak trigliserida sehingga 65%, menurunkan paras LDL sekaligus menurunkan kadar kolesterol jahat dalam darah. Ambillah 3-4 hidangan ikan seminggu atau mengambil suplemen minyak ikan kaya Omega-3.

3. Bawang putih

Bawang putih baunya busuk dan tidak begitu digemari oleh kebanyakan orang. Namun begitu khasiat bwang putih telah dicatatkan mampu menurunkan kolesterol jahat dan menyihatkan jantung sejak beribu tahun yang lalu. Masukkan bawang putih dalam masakan dan makanlah bawang putih tersebut. Jangan hanya dijadikan hiasan. Bawang putih juga boleh dibuat jeruk untuk rasa yang lebih enak.

4. Buah-buahan kering

Contohnya seperti kismis, prun, aprikot, kurma, tin, dan zaitun. Ia kaya serat, dan kaya flavonoid yang mana mampu menurunkan kolesterol jahat. Flavonoid dan bioflavonoid boleh juga dijumpai dalam buah-buahan sitrus seperti limau juga dalam sayur-sayuran.

5. Bijirin oat

Amalkan segelas bijirin oat setiap pagi. Ia mampu menurunkan risiko serangan jantung dan menyihatkan organ jantung kita!


Nak cuba cara moden dan pantas tapi semulajadi?? Cubalah Shaklee. Tunggu next entry okeh!

iR Su (ID 868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614
fb: Su AnNajah

Bacalah kisah ngeri ini!

Rina, baru sahaja disahkan hamil dan kini kandungannya memasuki usia 20 minggu. Rina tidak mengalami masalah cuma sejak hamil ini dia jarang membuang atau dalam kata lainnya, sembelit. Tetapi tidaklah terlalu kronik hingga terpaksa bertapa di dalam tandas.

Pada suatu hari, Rina terasa seperti hendak membuang air besar. Itu pun setelah beberapa hari dia tidak melakukannya. Setelah agak lama berada di dalam tandas, Rina keluar semula. Walaupun terasa hendak membuang, tetapi najis tidak juga mahu keluar. Rina mula risau kerana dia pernah mengalami sembelit kronik satu masa dulu hingga memaksa dia bertapa hampir dua jam dalam tandas!

Setelah meminum segelas air kosong, perasaan hendak membuang datang semula. Kali ni Rina betul-betul pasti.

Seperti di jangka, kali ini Rina memang mengalami sembelit! Berpeluh-peluh dia menunggu saat 'mengeluarkan' hingga kakinya jadi krem. Setelah beberapa puluh minit.....ahhh! Akhirnya ia keluar juga. Rina berasa sangat lega.

Namun... beberapa saat kemudian Rina terpandang titisan darah jatuh di dalam mangkuk tandas. Rina mula panik. Cepat-cepat beliau membasuh dan keluar dari tandas. Terasa pedih dan perit di bahagian tersebut. Rina meneruskan kerja-kerja rumahnya.

Rina mula teringat kisah senior sekolahnya dahulu yang meninggal dunia akibat kanser usus. Rina berasa cuak.

Seketika kemudian, apabila bangun dari duduk, pandangan Rina mula kabur. Terasa seperti hendak pitam. Cepat-cepat Rina duduk di depan kipas supaya dirinya tenang kembali.

***************************
Ngeri! Bertapa sampai jadi jerangkung!

Kisah di atas terjadi kepada hampir kebanyakan orang termasuk juga wanita yang sedang hamil! Malah wanita hamil mengalaminya lebih kerap lagi.

Bagaimana sembelit berdarah boleh berlaku? Antara sebab-sebabnya ialah:-

1. Buasir

Luka dari pembuluh darah yang menjadi kusyen di bahagian anus (lubang dubur). Selalu berlaku semasa sembelit. Darah berwarna merah segar dan tidak bercampur dengan najis. Terdapat benjolan dan berasa gatal dan sakit di kawasan itu.

2. Divertikulum

Poket kecil yang terdapat di merata-rata usus besar. Darah segar dan kadangkala berketul-ketul seperti darah haid.

Walaupun ramai orang menganggap perkara ini adalah biasa, ia boleh menyebabkan penyakit lebih kronik seperti kanser usus dan kanser perut!

Kanser usus-tanda awal ialah berak berdarah yang tidak mendatangkan sebarang kesakitan. Darah akan bercampur dengan najis.

Polip- ketumbuhan daging yang terdapat disepanjang usus. Pendarahan bergantung kepada lokasi polip. Semakin dekat dengan dubur, semakin merah segar darah yang mengalir. Sesetengah polip berpotensi menjadi kanser.

Radang usus (proctitis)- disebabkan oleh jangkitan kuman. Najis lembut atau cirit diselaputi darah.

Kuantiti darah juga berperanan menentukan tahap penyakit seseorang. Pendarahan rektum sederhana dikategorikan apabila banyak darah keluar setiap kali membuang air besar. Lagi banyak darah bermakna lagi serius.

Pendarahan yang serius boleh menyebabkan pesakit lesu, pening atau pitam.

Pitam juga boleh terjadi apabila pesakit mengalami tekanan darah rendah akibat duduk terlalu lama di tandas.

Tips pemakanan untuk mengurangkan sembelit:

1. Makan makanan seimbang
2. Kurangkan makanan pedas
3. Ambil banyak sayur sayuran dan buah buahan termasuk ulaman kampung
4. Minum banyak air kosong
5. Ambil karbohidrat yang tidak melalui pemprosesan seperti beras perang dan roti mil penuh.
6. Senaman setiap hari.

*kredit

Jika mengalami situasi yang sama seperti di atas, atau lebih buruk lagi, jangan tunggu lama-lama. Dapatkan rawatan segera dengan doktor!

Boleh juga dapatkan suplemen berikut untuk membantu masalah meringankan masalah anda!

Ostematrix :
Suplemen kalsium yang dilengkapi magnesium dan vitamin D. Kalsium membantu pengecutan otot dibahagian salur penghadaman hingga ke rektum. Juga membantu melawaskan pembuangan najis.

Lecithin:
Bertindak sebagai pelembut najis, melembapkan usus dan meleraikan toksin usus. 

Performance Drink:
Mencegah dehidrasi. Sembelit terjadi akibat kehilangan bendalir daripada tubuh akibat dehidrasi.

ESP:
Protein tambahan daripada soya yang berfungsi untuk membekalkan tenaga, bertindak mengawal lebihan air dalam badan, dan bagus untuk masalah penghadaman.

Hubungi Mama Su untuk bantuan dan konsultasi:

iR Su (ID 868994)
SMS 013-2369434
Wasap 012-9645614
fb: Su AnNajah
Hai, Assalamualaikum.

Istimewa untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan tidak lama lagi. Pasti sedang survey-survey set bersalin dan set berpantang yang paling best dengan harga berpatutan. Betul?

Hari ni MS nak pesan, bukan harga je yang ibu-ibu patut pertimbangkan tapi kesan sebenar apabila mengambil set berpantang tersebut. Kena pastikan set itu benar-benar SELAMAT untuk ibu dan bayi.

Maklumla.. sesetengah set bersalin ni kebanyakan terdiri daripada herba-herba yang bersifat 'panas'. Memang betul, ibu-ibu bersalin kena makan benda yang 'panas', tapi tahu tak bayi yang baru lahir tidak sesuai dengan herba apatah lagi yang bersifat 'panas' berlebihan.

Antara kesan sampingan kepada bayi ialah:

1. Cirit-birit
2. Ruam panas
3. Kegatalan dan ketakselesaan
4. Jaundis

Pemakanan jamu berlebihan boleh mengganggu proses pemecahan bilirubin oleh organ hati malah boleh mengakibatkan jaundis berpanjangan.

http://portal.alamhamil.com/index.php?option=com_content&view=article&id=183%3Ajaundis-neonatal&Itemid=63
Untuk mengelak masalah jangka-panjang seperti itu, maka disini MS tawarkan set bersalin yang paling selamat untuk ibu-ibu sekalian.

Ibu-ibu yang lepas bersalin akan mengalami banyak kekurangan vitamin dalam badan sebab kebanyakan nutrisi diserap oleh bayi melalui placenta dan melalui susu ibu semasa tempoh penyusuan.

Selain tu, makanan ibu semasa berpantang yang sangatlah 'berpantang' sememangnya tidak membekalkan nutrisi yang cukup untuk ibu dan bayi. Ada yang jenis strict sangat dengan menu pantang sampai nak makan sup sayur pun tak boleh, katanya banyak air!

Patut la wajah ibu pucat lesi, jiwa tekanan, luka lambat baik, darah lambat habis, rahim lambat naik dan macam-macam lagi yang sendiri rasa sendiri tau la kan?


Ini set yang paling basic yang ibu-ibu mesti dapatkan.

Vitalea- multivitamin dan multimineral yg membantu menambah tenaga, menambah sel darah merah, melancarkan darah dan membekal segala vitamin penting.

Vita C Plus- membantu melancarkan peredaran darah, mencegah anemia, menguatkan sistem imun ibu dan bayi, menambah seri wajah selepas bersalin

B complex - lengkap 8 jenis vitamin B yang membantu mengatasi stress, membekalkan tenaga, menenangkan

Zink Complex - membantu pemulihan segera luka luar dan dalaman, mengurangkan rambut gugur, mengaktifkan enzim dalam badan

Ibu-ibu juga boleh dapatkan vitamin tambahan seperti:

ESP- membekal tenaga, mempercepatkan pemulihan luka dan memperbaiki sel rosak (dalaman dan luaran)

Alfalfa- membantu mengecutkan rahim, meransang pengeluaran susu ibu (elok di ambil selepas 14 hari bersalin)

Ostematrix- membekalkan kalsium tambahan, menguatkan semula otot peranakan dan membantu pemulihan urat saraf

Setiap satu vitamin ini mempunyai fungsi yang berbeza-beza dan amat menjadi satu keperluan kepada tubuh kita.

Ini testimoni seorang ibu yang sangat berpuas hati dengan set berpantang Shaklee. Sampai bibik pun tegur dia nampak cergas je.



Ibu boleh membuat belian sendiri mana-mana produk dalam Set Berpantang Premium ini secara online;

Klik >>>>>>>

Atau hubungi saya:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994


Assalamualaikum semua!

Khususnya student kolej/universiti yang tersinggah ke blog MS dan membaca entry ini.

Anda semua sedang mencari peluang untuk buat biz part time kan? Yang tidak mengganggu waktu kuliah, tiada modal dan tak perlu menyimpan stok. Betul tak?

Kalau betul, tiada sebab untuk anda menolak peluang bisnes yang paling mudah dan menguntungkan ini!

Teringat pulak MS pada buku tulisan Robert Kiyosaki dan Donald Trump yang MS baca. Katanya,

"graduan hari ni keluar daripada pusat pendidikan dengan membawa hutang dan harapan untuk hidup kaya, bergaji besar tapi tiada sebarang ilmu kewangan di dada. Ini yang menyebabkan ramai graduan terperangkap dalam dilema nak-nak lagi bila mohon kerja tak dapat-dapat" - lebih kurang macam ni la.. MS dah translate ikut bahasa yang korang faham.

Kenapa cuma ilmu kewangan sedangkan anda boleh bawa pengalaman bisnes dan simpanan wang berkepuk dalam akaun!!

Oklah..oklah.. MS tak mau bagi harapan palsu. Tapi, cuba korang pertimbangkan idea di bawah ini.

1. Tidak mengganggu waktu kuliah

Bisnes ni boleh dilakukan bila-bila masa yg korang free. Even waktu senggang antara kelas tu boleh buat.
Cuma update status dan reply pertanyaan customer.

2. Tak perlu modal dan simpan stok

Dia macam ala-ala biz dropship. Kita ambil order, ambil wang daripada customer dan proceed order ke Shaklee melalui website. Shaklee uruskan penghantaran ke customer.

Kalau malas nak deal dengan Shaklee, upline (kalau korang register dengan saya, maka sayalah upline) yang akan uruskan.

3. Tak perlu keluar ke mana-mana

Kalau korang duk hostel, hostel la..kalo duk rumah sewa, rumah sewa la. Kelas bimbingan offline berjalan 24 jam. Asal korang ada line internet, smartfon atau laptop semua boleh jalan.

Ramai sebenarnya student yang buat biz Shaklee ni. Sebab biz ni memang mudah! Even di bawah saya pun ada student Master yang duduk hostel buat biz ni.

Tak rugi kalau cuba.. Bayangkan tetiap bulan dapat duit saku RM100? RM200? RM500? RM1000?? Esok dah grad tak yah runsing lambat dapat kerja pun, biz Shaklee ada menampung belanja kita.

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Ahkak cuma bagi idea dan cadangan. Terpulanglah pada korang masing-masing. Fast action, fast result!

Kalau berminat, jangan segan silu hubungi ahkak ye:

iR Suhaila (ID 868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614
fb: Su AnNajah
Dah lama MS tak pos resepi.

Petang ni MS nak share resepi yang paling mudah di muka bumi khususnya untuk mereka yang memang tak reti langsung memasak tapi tergedik-gedik nak masak gulai kari untuk asben tersayang.

Ambil pen dan kertas..silakan salin

Bahan-bahan:

Ikan 3-4 ketul (apa-apa ikan pun boleh-tenggiri, tongkol, ikan merah etc)
Rempah tumis 4 sekawan/sepeket (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
Serbuk kari ikan (3-4 sudu)- bancuh sikit dengan air
Serbuk cili (kalau tak mo pedas tak perlu bubuh)
Santan
Daun kari
Bendi (4-6 biji)
Tomato - 1 biji (potong2)
Cili hijau (4-6 ulas)
Air asam jawa
Garam

Bahan tumbuk sampai lumat:
Halia 1/2 inci
Bawang putih 2-3 ulas
Bawang merah 1-2 ulas

Cara Membuatnya:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk

2. Tumis rempah tumis, bahan tumbuk dan daun kari setangkai hingga garing

3. Masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili. Gaul sampai garing / pecah minyak.

4. Masukkan air asam jawa

5. Masukkan ikan

6. Masukkan santan. Kacau sentiasa supaya santan tak pecah lemak. Kepekatan kuah tu ikut citarasa masing-masing. Kacau hingga menggelegak

7. Masukkan bendi, tomato, cili, garam

8. Apabila rasa dah sedap, bendi dah agak-agak lembut, tutup api dan bolehlah dihidang

Senang giler kan?? Ini hasilnya...


Gambar pun dalam periuk lagi..

Ok, adik-adik..selamat mencuba!!!

P/S: kalau asben kata sedap bagitau MS ye. kalau dia kata tak sedap memang salah adik la! hakhak..
Awas ibu bapa sekalian yang ada memberi anak-anak makan Mealshake jenama Shaklee!

Jenama lain saya tak tahu, tapi jenama Shaklee saya amat pasti!


Hari-hari saya terbaca yang Mealshake ni memang tak sesuai sangat untuk kanak-kanak. Ada je testimoni tak puas hati ibu bapa mengenai Mealshake.

Antara yang selalu saya dengar dan baca ialah (take note ye supaya anda alert di masa akan datang kot ada yang offer korang Mealshake jenama Shaklee):

1. Selera anak bertambah
Ini sangat bahaya. Apabila anak kuat makan, maka habislah kopak poket ibu bapa membeli makanan kegemaran mereka setiap hari. Ayah cepat botak, mak sampai tak cukup tangan nak masak selalu.

2. Anak makan semua!
Ini pun bahaya. Sebelum ni anak tak suka sayur, nasi, buah, biskut tiba-tiba semua dia mintak. Tapi mujur lagi tak kedengaran kes anak mintak nak makan batu.

3. Anak dah tak pergi hospital
Bahaya betul ni! Sebelum ni tiap-tiap minggu atau bulan mesti bawak anak pergi hospital. Ada je sebab nak jumpa doktor untuk masalah lelah, sesak nafas, demam, selsema, batuk, gatal, cirit-birit, sembelit, terkena jangkitan, kudis lambat baik dan macam-macam lagi lah.

Lepas bagi Mealshake, anak dah jarang jumpa doktor. Macam mana ni?? Ini bahaya untuk kesihatan mereka.

4. Anak masuk tandas tiap-tiap hari sambil senyum-senyum
Dulu takde penyakit macam ni...dulu anak suka nangis. Masuk tandas pun jarang. Lepas makan Mealshake hari-hari nak masuk tandas, hari-hari mak atau ayah kena basuh poopoo. Sekarang anak riang ceria takde nangis dan dia masuk tandas ikut suka hati dia je.. Tak boleh dibiar lama-lama macam ni.. bahaya!

5. Anak dah comel
Bahaya kalau jadi comel.. nanti hari-hari kene gomol dan cium dengan orang. Dulu anak berkudis, parut merata, orang pandang pun takut nak dekat takut berjangkit dekat anak dia. Sekarang ni terpaksa pulak bawa anak sendiri jauh daripada orang sebab ada je yang nak cubit pipi gebu dan comel tu. Ini sangat bahaya..boleh mendatangkan ketakselesaan pada anak yang comel.

Cukuplah saya dedahkan 5 bahaya ni dulu. Kang banyak sangat ada yang menangis pula sebab dah terbeli 6 tin Mealshake dapat percuma 1.

Tapi kalau nak makan juga produk bahaya ni, hubungi je saya, saya tahu kat mana nak cari.

iR Suhaila (ID 868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614
fb: Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com
Tak sedikit yang mengadu begini dengan kawan-kawan Shaklee dan Mama Su juga.

Ada yang sedih, frust, dan menyumpah-nyumpah tobat tak mau makan Shaklee dah! Ye la..mana tak marah..sebelum ni kulit licin bak telur di kupas tiba-tiba lepas makan Shaklee jerawat naik. Bukan kecik-kecik. Ibu jerawat pun ada! Muka jadi hodoh menggerutu sampai ramai yang tanya "weii ko makan ape muka ko jadi teruk macam ni??"

Mau tak hangin kan???

Inilah akibat kalau membeli dengan orang yang salah. Korang akan dapat:

Nasihat yang salah

Produk yang salah

Jadual makan yang salah

Panduan yang salah

Apa nak di kata??

Habis, kalau dah kena macam tu memang dah tak boleh baik ke??

Boleh...jangan risau. MS boleh tolong. Tapi korang memanglah kena banyak-banyak bersabar menghadapi situasi ini.

Antara sebab jerawat keluar selepas makan Shaklee ialah:

1. Kurang pengambilan air kosong. Air yang cukup perlu untuk 'flush out' toksin-toksin yang dah bertahun duk ada dalam badan tu.

2. Krisis penyembuhan

3. Hormon - terutamanya selepas mengambil produk yang ada kaitan dengan hormon

4. Pemakanan

5. Produk yang salah. Contohnya kulit berminyak yang ambil vitamin E

Kalau betul produknya dengan masalah yang korang hadapi, insyaAllah semua masalah boleh selesai. Termasuk masalah jerawat lepas makan Shaklee ni tadi.

Haa tengok macam diorang ni..



Dengan panduan yang betul, wajah korang tak lagi akan hodoh berjerawat lagi..insyaAllah. Hubungi Mama Su untuk bantuan!

iR Su (ID 868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614
fb: Su AnNajah