Jumaat, 2 Mei 2014

Mealshake Shaklee Bahaya Untuk Kanak-Kanak!

Awas ibu bapa sekalian yang ada memberi anak-anak makan Mealshake jenama Shaklee!

Jenama lain saya tak tahu, tapi jenama Shaklee saya amat pasti!


Hari-hari saya terbaca yang Mealshake ni memang tak sesuai sangat untuk kanak-kanak. Ada je testimoni tak puas hati ibu bapa mengenai Mealshake.

Antara yang selalu saya dengar dan baca ialah (take note ye supaya anda alert di masa akan datang kot ada yang offer korang Mealshake jenama Shaklee):

1. Selera anak bertambah
Ini sangat bahaya. Apabila anak kuat makan, maka habislah kopak poket ibu bapa membeli makanan kegemaran mereka setiap hari. Ayah cepat botak, mak sampai tak cukup tangan nak masak selalu.

2. Anak makan semua!
Ini pun bahaya. Sebelum ni anak tak suka sayur, nasi, buah, biskut tiba-tiba semua dia mintak. Tapi mujur lagi tak kedengaran kes anak mintak nak makan batu.

3. Anak dah tak pergi hospital
Bahaya betul ni! Sebelum ni tiap-tiap minggu atau bulan mesti bawak anak pergi hospital. Ada je sebab nak jumpa doktor untuk masalah lelah, sesak nafas, demam, selsema, batuk, gatal, cirit-birit, sembelit, terkena jangkitan, kudis lambat baik dan macam-macam lagi lah.

Lepas bagi Mealshake, anak dah jarang jumpa doktor. Macam mana ni?? Ini bahaya untuk kesihatan mereka.

4. Anak masuk tandas tiap-tiap hari sambil senyum-senyum
Dulu takde penyakit macam ni...dulu anak suka nangis. Masuk tandas pun jarang. Lepas makan Mealshake hari-hari nak masuk tandas, hari-hari mak atau ayah kena basuh poopoo. Sekarang anak riang ceria takde nangis dan dia masuk tandas ikut suka hati dia je.. Tak boleh dibiar lama-lama macam ni.. bahaya!

5. Anak dah comel
Bahaya kalau jadi comel.. nanti hari-hari kene gomol dan cium dengan orang. Dulu anak berkudis, parut merata, orang pandang pun takut nak dekat takut berjangkit dekat anak dia. Sekarang ni terpaksa pulak bawa anak sendiri jauh daripada orang sebab ada je yang nak cubit pipi gebu dan comel tu. Ini sangat bahaya..boleh mendatangkan ketakselesaan pada anak yang comel.

Cukuplah saya dedahkan 5 bahaya ni dulu. Kang banyak sangat ada yang menangis pula sebab dah terbeli 6 tin Mealshake dapat percuma 1.

Tapi kalau nak makan juga produk bahaya ni, hubungi je saya, saya tahu kat mana nak cari.

iR Suhaila (ID 868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614
fb: Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan