Enter Keyword

Hai..Assalamualaikum...

Ramai ibu hamil mengalami kenaikan aras gula dalam darah semasa mengandung. Hasil 'interview' MS dengan beberapa orang, biasanya kencing manis semasa hamil berlaku apabila seorang wanita memasuki usia 30an dan ke atas. Maknanya, bukan orang muda-muda ni tak akan kena, tapi jika usia kita memasuki 30 an ni kebarangkalian mengalami diabetes gestasi semakin meningkat.

MS pernah tulis info berkaitan bahaya kencing manis semasa mengandung ni. Maklumlah bila diri sendiri yang kena, tak senang duduk jugak la kan. Lagipun MS melalui beberapa prosedur yang WAJIB diikuti.

Ujian BSP

Darah pada jari akan di ambil (4 kali sehari, sehari dalam seminggu atau 2 minggu).


Macam dalam gambar ni. Jika keempat-empat sesi tu normal (bacaan kurang daripada 6), maka gula dalam darah kita normal. Doktor akan suruh kita jalani ujian yg sama setiap 2 minggu. Manakala jika tak normal pada mana2 sesi, kita kena jalani ujian ni setiap minggu. Haa memang fedap dan letih. Mana tak 4 kali pergi klinik. Jam 8, 12, 5 dan 9 malam.

Pernah MS punya bacaan merah (tak normal) pada 1 sesi selama 2 minggu. Doktor rujuk MS ke dietician. Mujur saja kat klinik tu ada dietician. Macam kat Penang dulu MS kena pergi Hospital. Apa yang dietician tu bagitau ni lah yang MS nak kongsi dengan korang semua.

Makanan yang boleh di makan BANYAK:

1. Air kosong - sebab dia 0 gula, dan 0 kalori.

2. Sayur-sayuran - sebab dia 0 gula.

3. Rempah ratus.

Jadi, pepandailah masukkan sayuran separuh pinggan dalam hidangan masing-masing ye. Air kosong seelok-eloknya segelas setiap jam. Air kosong mampu 'mencair'kan gula dalam darah.

Makan sedikit:

Awas dengan makanan berkarbohidrat tinggi dan bergula tinggi seperti berikut

1. Nasi
2. Buah - buahan
3. Mi, kue teow, makanan berasaskan tepung
4. Roti
5. Gula tersembunyi seperti dalam kicap, sos
6. Minuman dan makanan manis

Makanan berasaskan tepung boleh menyebabkan kandungan gula naik tinggi, kemudian jatuh mendadak. Jadi, gula dalam darah kita tidak stabil.

Dietician juga menggalakkan kita menetapkan waktu makan yang sama setiap hari supaya kadar gula dalam darah stabil.

Apakah risiko jika gula tidak di kawal sepanjang 9 bulan tempoh kehamilan?

Doktor ada bagitahu MS, gula tinggi dalam darah bukan saja boleh sebabkan bayi besar, tapi juga masalah berikut:

1. Kecacatan pada otak
2. Keguguran
3. Masalah peparu
4. Bayi sukar bernafas
5. Bayi maut dalam kandungan
6. Hipoglisemia
7. Jaundice
8. Air ketuban berlebihan
9. Kemungkinan bayi mengidap kencing manis semasa dewasa
10. Komplikasi semasa bersalin

Masalah di atas boleh berlaku dalam mana-mana trimester sepanjang kehamilan. Haa takut tak?? So memang ibu2 kena kawal pemakanan semasa hamil ni. Jangan main belasah je macam masa kita muda-muda dulu tau.

Lagi teruk, jika kadar gula kekal tinggi, itu bermakna insulin yang dihasilkan dalam badan tidak mencukupi untuk menukarkan gula/karbohidrat menjadi tenaga. Maka, terpaksa pulak kene cucuk insulin sendiri.. Minta dijauhkanlah...


Kakak ipar MS yang jururawat bagitahu, kalau kena cucuk insulin, sama ada kat peha atau kat perut. Tapi biasanya dekat perut sebab kat situ banyak lemak. Huuu ngeri kan.

Oklah ibu-ibu, selamat menjaga pemakanan sepanjang kehamilan ini. Nak set mengandung atau set mengawal gula boleh hubungi MS ye ;)

iR Suhaila (868994)
SMS: 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb: Su AnNajah
Fb page: Saya Mahu Sihat
Ramai wanita tak tahu, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun sebelum menopaus (purata umur 51 tahun), seseorang wanita tu sebenarnya sudah memasuk fasa kehidupan yang di panggil perimenopaus.

Perimenopaus ialah waktu di mana seorang wanita mengalami perubahan ketara dalam kehidupannya dalam aspek fizikal, emosi dan psikologi. Perubahan dramatik ini umpama akil baligh kedua buat wanita.


Perimenopaus lazimnya bermula pada usia 40 tahun. Antara perubahan biologi yang berlaku ialah:

1. Hormon estrogen mula menunjukkan pola yang tidak teratur.
Tubuh, minda dan emosi mudah terganggu dan jadi porak peranda. Ini kerana estrogen memainkan peranan lebih 400 fungsi berbeza dalam tubuh.

2. Gejala perimenopaus:

  • pengurangan sifat kewanitaan
  • kitar lebih pendek atau lebih panjang
  • wujud lemak pada bahagian perut dan badan
  • gangguan 'mood'
  • kemurungan
  • daya ingatan, tumpuan, kecantikan serta hubungan intim mula terjejas
  • metabolisme lemak menjadi perlahan
  • payudara menggeleber
  • naik berat badan
Gejala inilah yang paling ditakuti oleh semua wanita!

Pada tahun 2006, sekumpulan penyelidik di Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat mendapati bahawa risiko episod kemurungan kali pertama dalam hayat lazimnya meningkat ketika perimenopaus.

Perubahan kulit yang berlaku semasa perimenopaus:

- kulit kering dan tidak anjal berlaku pada seluruh bahagian tubuh termasuk bahagian sulit
- kekeringan, kerengsaan dan jangkitan pada alat sulit menjejaskan kewanitaan dan keyakinan diri

Apa kaitannya dengan soya??

Soya mengandungi fitonutrien (nutrien tumbuh-tumbuhan) iaitu genistein yang berpotensi besar untuk membantu masalah ini.

Genistein ialah kompleks phytoestrogen-antioksida sumber asli yang dapat berfungsi seperti hormon estrogen wanita melalui cara yang selamat, selektif dan semulajadi.

Sebenarnya bukan soya sahaja yang mengandungi phytoestrogen. Banyak lagi tumbuhan lain juga mengandungi komponen istimewa ini.

Kajian juga menunjukkan genistein berkesan dalam kawalan metabolisme sel lemak. Jadi, pengambilan soya amat membantu dalam mengurangkan berat badan lalu mencegah rintangan insulin yang kerap berlaku pada wanita usia perimenopaus.

Kajian tentang soya telah banyak di jalankan dan ia terbukti amat membantu dalam kesihatan wanita. 

Dapatkan soya semulajadi yang bebas GMO seperti ESP Shaklee!


ESP Shaklee sangat istimewa kerana selain bersumberkan soya organik yang bebas GMO, proses penghasilannya juga semulajadi. Ia di basuh dengan air untuk mengekalkan isoflavon seperti genistein dan dan daidzein yang kritikal demi membekalkan kita dengan seluruh kebaikan soya.

(Kebanyakan soya di pasaran di basuh menggunakan alkohol- ini menghilangkan isoflavon yang bermanfaat malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan semasa pemprosesan)

Memang banyak sangat manfaat protein soya tulen ESP ni. Ia membantu:

1. Mengimbangi hormon

2. Mencantikkan kulit

3. Memberi tona pada otot dan kulit

4. Meningkatkan keserian wajah

5. Memberi tenaga

6. Mengawal tekanan darah tinggi

7. Menurunkan kolesterol

8. Memperbaiki simptom menopaus

9. menghilangkan masalah gastrik

10. Membantu mengekalkan berat badan ideal

ESP Shaklee sentiasa menjadi pilihan semua terutama para wanita!


Mulailah mengambil protein ESP Shaklee dalam diet harian sejak dari awal untuk kesan awet muda, melambatkan penuaan, melambatkan menopaus dan mengurangkan gejala perimenopaus yang tidak diingini.

Tempahan beserta konsultasi eksklusif percuma, hubungi:

Puan Suhaila
WhatsApp: 012-9645614
butik.annajah@gmail.com
ID: 868994
Al-kisah, di sebuah klinik Kerajaan, berlakulah perbualan seorang pesakit dengan doktor.

Doktor: Makcik, kenapa kencing manis tinggi sangat ni? Makcik tak makan ubat ke?

Makcik: Makcik berhenti sekejap makan ubat. Hari tu makcik ada beli ubat herba, dalam tu ada semua. Insulin semua adalah. Makcik nak cuba juga mana tahu boleh baik kencing manis ni.

Doktor: Tinggi sangat ni makcik. Saya tak pernah tengok lagi kencing manis tinggi macam ni. Herba apa makcik makan?

Makcik: Makcik pun tak tahu. Orang tu kata, kalau makan herba ni jangan makan ubat doctor.

Doktor: Dah berapa hari makcik makan herba tu?

Makcik: Dah dekat 10 hari jugak la.

Doktor: Tu la..lain kali makcik jangan dengar cakap diorang ni. Dalam herba mana ada insulin makcik.

Makcik: Makcik tak tahu. Makcik ingat nak cubalah mana tahu kan.

Perbualan diatas adalah kisah benar yang berlaku semasa MS ke klinik untuk tujuan pemeriksaan bulanan tempoh hari. MS pasang telinga sungguh-sungguh sebab nak juga tahu produk apa makcik tu makan. Mujur saja makcik tu tak sebut Shaklee. Hahaha.. Suspen ahkak tau.

Hmm...berdasarkan perbualan tersebut, ada beberapa perkara MS nak highlitekan. Sama ada penjual atau pembeli, KENA baca ni:

1.       1. Sebagai penjual produk kesihatan, tak kira sebagus mana produk tu, jangan kita nak memandai lebih daripada doctor. Kita tak betul-betul pasti kondisi sebenar pembeli tu. Pastu memandai-mandai kita nak suggest dia supaya berhenti makan ubat doctor. Kang kalau jadi apa-apa kat pesakit tu, ada kita nak bertanggungjawab? Takde kot.

2.       2.Sebagai peniaga juga, jangan overclaim. Overclaim bermaksud produk kita mampu menyembuhkan penyakit gitu gini. Kalau nak kena tahan dengan KKM buat la.. Sebagai peniaga produk kesihatan, kita sebenarnya tertakluk kepada akta dan undang-undang di bawah Kementerian Kesihatan. Walaupun produk kita bagus, dan memang terbukti dapat mengurangkan dan menyembuh penyakit, kita tetap TAK BOLEH claim produk kita berkesan macam ubat. Alhamdulillah dalam grup Shaklee kami memang ada pegawai dari KKM yang sentiasa mengingatkan garis panduan yang kami kena ikut.

3.      3. Sebagai pembeli pula, kita harus ambil tahu dengan teliti sebelum membeli sesuatu produk. Macam dalam kes diatas, mana ada herba yang ada insulin. Insulin tu hormone! Tapi saya tak salahkan makcik tu. Sebagai orang yang terdesak, sesiapapun pasti akan cepat terpengaruh. Dan makcik tu dah tentu tak dapat maklumat yang cukup berkenaan produk berkenaan dan keadaan yang sesuai dengan dia.

4.       4.Lagi satu, walau sekronik mana penyakit kita, ikutlah nasihat doctor. Doktor kata makan ubat tu, makan je. Kalau nak ambil suplemen lain, ikut panduan daripada doctor atau peniaga  yang berilmu. Peniaga yang berilmu tak akan cadangkan benda pelik-pelik yang boleh mendatangkan keburukan kepada kita. Dia akan beri jadual makan yang tak ‘clash’ dengan jadual pengambilan ubat doctor. Bila diyakini penyakit sudah 100% sembuh, mintalah pula nasihat doctor sama ada nak teruskan pengambilan ubat atau cukup dengan suplemen saja.

Badan kita tanggungjawab kita.

Mesej ini ikhlas daripada saya untuk semua (^_^)v


~Al akli salim fil jismi salim~

Suhaila
012-9645614

Produk Herba Tipu!

by on Jun 18, 2014
Al-kisah, di sebuah klinik Kerajaan, berlakulah perbualan seorang pesakit dengan doktor. Doktor: Makcik, kenapa kencing manis tinggi sa...
Amaran: Jangan salahkan vitamin kalau anda gagal bangun awal pagi untuk pergi kerja! :P

Dalam banyak-banyak vitamin Shaklee, ada beberapa vitamin yang kalau di 'combine'kan akan membawa 'mudharat' kepada hubungan anda suami isteri.

Kalau korang nak tahu, kombinasi vitamin ni, memang sangat di sukai ramai. Termasuklah oleh pasangan suami isteri. Hah pelik tak?


Hubungan intim suami isteri boleh menjadi dingin atas beberapa sebab:-

1. Masalah kesihatan dan fizikal suami atau isteri. Contoh pasangan tak sihat atau sering penat lepas seharian bekerja.

Faktor tubuh badan juga kadangkala main peranan. Contohnya tubuh yang bersaiz terlalu besar atau terlalu kurus.

2. Kurangnya sentuhan, belaian terhadap isteri

3. Suami hanya mementingkan kepuasan sendiri dimana golongan suami dikatakan lebih mementingkan hubungan persetubuhan berbanding belaian.

4. Suami tidak menunggu isteri klimaks. Sebaliknya hubungan tamat setelah berlaku 'penetration'.

5. Tekanan emosi. Contohnya masalah rumah tangga, masalah kewangan, masalah di tempat kerja dan sebagainya.

6. Faktor usia - semakin berusia, hormon yang meransang keinginan seksual semakin berkurangan. Bagi wanita menopos, kekurangan hormon estrogen menyebabkan kekeringan faraj dan rasa tidak selesa semasa persetubuhan.

7. Faktor psikologi - otak dan minda turut memainkan peranan

8. Penyakit kelamin

9. Pengambilan ubat-ubatan contoh seperti ubat kemoterapi dan darah tinggi

10. Kekurangan nutrisi

Jadi, apa bahaya vitamin Shaklee untuk hubungan suami isteri?

Sebenarnya, semua vitamin Shaklee tidak berbahaya malah langsung tidak mendatangkan kesan sampingan kepada hubungan anda suami isteri. Malah ia semakin menghangatkan hubungan intim anda berdua!

Dua kombinasi cukup hebat yang mampu mengembalikan nostalgia malam pertama anda ialah...


Bagaimana Vitamin E Complex dan Alfalfa Complex dapat membantu hubungan intim suami isteri?

Vitamin E Complex

1. Meningkatkan daya dan keinginan seksual (libido) lelaki dan wanita

2. Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga semasa hubungan berlangsung

3. Membekalkan oksigen yang lebih semasa hubungan seks.

4. Mempertingkat kiraan sperma bagi lelaki

5. Memberi rasa 'basah' pada faraj wanita. Mengurangkan masalah kekeringan faraj.

6. Menambah 'pelincir' semasa hubungan berlangsung

7. Anti-oksidan kuat yang mengurangkan kerosakan sel akibat radikal bebas. Dengan itu ia membantu memelihara kesihatan prostat dan mencegar kanser prostat

8. Meninggikan risiko wanita untuk hamil 

9.  Selenium dalam vitamin E - Meningkatkan kualiti air mani, mobiliti dan morfologi sperma 

10. Memberi rasa 'seronok' semasa hubungan seks.

Alfalfa Complex

1. Mineral dan iodin dalam alfalfa membantu meningkatkan nafsu seks, dan libido

2. Phytoestrogens membantu 'mengetatkan' faraj - fungsi seperti kacip fatimah

3. Mengurangkan masalah keputihan yang mengganggu hubungan seks

4. Memberi lebih 'cengkaman' dalam faraj



Ada testimoni tak???

Dah tentu laaa....






WOW!!! Dah tak sabar nak beli!! Berapa harganya??

Kedua kombinasi hebat ini menawarkan harga yang cukup berbaloi!

Vita E Complex (120tab) - RM149 (tempoh 4 bulan penggunaan)

Alfalfa Complex S (330 tab) - RM53.75 
Alfalfa Complex L (700 tab) - RM97.50

Dimana boleh dapatkannya??? 

Hubungi saya untuk order, anda juga akan dapat konsultasi eksklusif percuma!:

iR Suhaila (ID 868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614

*produk ini tidak bertujuan untuk mencegah, mendiagnos atau merawat sebarang penyakit
Dulu kemain femes glutathione ni. Sikit-sikit gluta. Nak cantik je gluta. Korang tahu ke apa sebenarnya glutathione ni??

Tak tahu meh sini MS nak cerita sikit.

Info ni MS ambil daripada Majalah iSihat edisi September 2013. Haa lama dah ni.. Baru sekarang teringin nak tulis.

Mengikut Dr. Irene Lee (Prof. Madya dan Perunding Dermatologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UCSI KL),

"Pengguna sepatutnya mengetahui apa sebenarnya glutathione. Jangan sesekali mengambil sesuatu produk tanpa mengetahui kesan sampingan yang mungkin dihadapi. Glutathione bukan satu bahan terlarang dalam produk kecantikan. Glutathione adalah bahan semulajadi yang dihasilkan oleh organ hati dan ia juga ditemui dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan daging."

Fungsi glutathione dalam badan antaranya pembinaan dan pembaikan tisu, membuat bahan kimia dan protein yang diperlukan dalam badan, dan sistem imun.

Glutathione biasa di ambil secara oral untuk memperbaiki masalah:

  • katarak dan glaukoma
  • mencegah penuaan
  • ketagihan alkohol
  • asma
  • kanser
  • sakit jantung
  • hepatitis
  • hilang ingatan
  • Alzheimer
  • osteoarthtritis
  • Parkinson
Ramai wanita menggunakan glutathione untuk meringankan nada kulit kerana gluta mempunyai sifat-sifat sebagai bahan antioksidan yang membantu dalam pertumbuhan semula sel dan menghalang radikal bebas.

Kesan sampingan gluta: kejang perut, loya dan muntah

*Untuk kesan pencerahan, seseorang memerlukan dos yang tinggi untuk proses pencerahan itu.

Mengikut kajian, gluta merupakan bahan antioksida yang mencegah penuaan. Apabila kulit wajah sentiasa terdedah dengan radikal bebas, bahan gluta ini akan menyejukkan radikal bebas tersebut dan mengitar semula bahan antioksidan yang lain.

*******************************************************

Cara terbaik mengambil glutathione:

1. Ambil makanan yang kaya sulfur seperti bawang putih, bawang dan sayuran cruciferous (brokoli, kale, kubis, kubis bunga, sengkuang, dll)

2. Cuba protein whey (protein susu lembu)

3. Bersukan-mampu meningkatkan tahap gluta

4. Mengambil  asid folik, vitamin B6 dan B 12- membantu tubuh menghasilkan gluta

5. Selenium -bahan penting yang membantu kitar semula badan untuk hasilkan lebih banyak glutathione.

6. Antioksidan seperti Vitamin C dan Vitamin E - dua vitamin ini bekerja bersama-sama untuk kitar semula glutathione.


Kesimpulannya, untuk proses sintesis glutathione semulajadi dalam badan dapat dihasilkan secara sempurna, amalkan pemakanan seimbang, amalkan gaya hidup sihat dan mencukupkan keperluan vitamin penting dan asas seperti di atas!

Shaklee ada nutrisi untuk kitar semula glutathione tersebut!

Maklumat lanjut, konsultasi, panduan pemakanan, hubungi:

iR Suhaila (ID 868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614

Apa itu Glutathione?

by on Mei 27, 2014
Dulu kemain femes glutathione ni. Sikit-sikit gluta. Nak cantik je gluta. Korang tahu ke apa sebenarnya glutathione ni?? Tak tahu meh sini...
Oleh kerana rokok telah di fatwakan haram  oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, maka ramailah kaki perokok ingin berhenti merokok.

Selain haram, rokok adalah punca banyak masalah kesihatan. Merokok umpama membunuh diri dengan cara yang paling 'halal' dan 'tak bersalah'. Ye la.. kalau pegi terjun bangunan nampak sangat takde imannya. Mati slow-slow dengan merokok sape nak kisah. Ye tak??

Dah la hidup asyik kena kutuk aje. Selfish la, bunuh orang sekeliling la, penyebab isteri sukar hamil la, pencemar alam sekitar la, penyebab orang sekeliling mati cepat la, memenuhkan hospital dengan sakit dia tu, bau mulut yang busuk dan sebagainya.. Kesian..kesian..kesian.



Tapi kan, saya tabik la perokok ni. Walaupun orang kata rokok tu haram, orang marah-marah tapi dorang selamba je kan. Memang hati kental lah perokok ni. Hati kental ke hati dah mati wallahua'lam la kan. Tapi ada kemungkinan juga hati dorang ni dah mati. Sebab:

1. Roh dipenuhi dengan benda-benda haram

2. Organ hati memang dah tak berfungsi nak menapis segala dadah yang masuk bertahun-tahun tu. So secara tak langsung kemungkinan perasaan dorang pun dah mati.

Bagi perokok yang dah insaf, nak kembali ke pangkal jalan, ini ada beberapa petua saya nak bagi yang kalau korang istiqomah memang boleh berhenti merokok dalam masa sangat singkat.

1. Jangan beli rokok

Kalau pergi kedai nak beli rokok, buat-buat la terbeli gula-gula mentos. Pastu dah sampai rumah buat-buat la cakap "alamak..nak beli rokok tadi, lupa pulak. Esok jelah"

Dan hari esok pun ulangi teknik yang sama. Dan esoknya, dan esoknya lagi. Sampai korang fedap nak pergi kedai.

2. Sibukkan diri dengan perkara lain

Contohnya jika terasa nak merokok, cepat-cepat bangun, pergi dapur, buka peti ais, ambil air kosong atau apa-apa makanan. Makanlah lambat-lambat dan jangan fikir pasal rokok langsung!

3. Berzikir

Merokok dah la haram, tak mendatangkan hasil. Daripada terkumat-kamit hisap rokok, baik terkumat kamit zikir. Yang paling simple Istighfar. Tiap kali keinginan merokok datang, cepat-cepat Istighfar. Buat 100 kali. Sebut 'Astaghfirullahaladzim..allazi lailaha illa huawwal hayyul qayyum waatuubu ilaih'. Buat berlagu-lagu sikit macam dalam Astro Oasis tu.

Istighfar ni kita memohon keampunan Allah. Syaitan duk hasut-hasut kita "merokoklah..merokoklah". So kita istighfar supaya tak terikut2 dengan hasutan syaitan tu. Syaitan tu memangla..dia suka sangat kita ni jadi geng dia masuk neraka.

4. Kuatkan hati dan semangat

You can do it! Eceh.. Sebenarnya mindset je. Betul tak? Kalau kita fikir 'aku boleh hidup sihat bebas rokok' maka boleh la. Kalau asyik fikir 'ishh tak boleh la takde rokok' maka tak boleh la.

Yang ni kena banyak tonton rancangan Reset Minda Prof. Muhaya tu.

5. Solat dan doa

Selalulah pergi masjid untuk solat jemaah. Lepas tu lengah-lengahkan waktu balik. Kat masjid takde orang merokok kan? Lepas solat tu doa la sungguh-sungguh supaya Allah kuatkan hati kita untuk berhenti merokok.

6. Fikirkan kesannya pada anak cucu cicit dan zuriat keturunan kita

Bahan kimia dan dadah yang masuk dalam badan, akan jadi sebahagian daripada sel kita. Benda-benda tu pun bercampur dalam darah. Bayangkan bila kita ada anak, kita mewariskan gen 'haram' kepada zuriat keturunan kita. No wonder sekarang banyak masalah sosial, zina, rogol etc kan? Terfikir tak puncanya dari bahan haram yang kita bagi pada isteri dan anak-anak kita? Nauzubillahi min zalik.

Kita kerja dah elok dah, halal semua tapi sebab rokok nak sekotak itu berjaya merosakkan seluruh keturunan kita. Serius saya pulak yang ngeri. Kalau sayangkan keturunan, pleaseeee berhenti merokok.

Tahu tak sejarah asal rokok ni?


Orang kita ni main belasah je kan.. ikuuuttt je semua benda yang datang dari luar. Orang tu puja roh kau! Jin kan suka asap. Asap kan makanan jin. Kalau korang rajin study, baca buku, kemungkinan lagi banyak lagi fakta tentang rokok yang korang akan jumpa.


Ini petikan dari buku. Wallahu a'lam.

7. Makan Vivix Shaklee

Dah raaaammmaiiii sangat yang 'terpaksa' berhenti merokok lepas makan Vivix ni. Sebenarnya tujuan asal dorang makan Vivix bukan sebab nak berhenti merokok. Tapi nak turunkan kencing manis, nak tenaga, nak kawal darah tinggi, nak sihatkan jantung, nak awet muda. Alih-alih bila dah minum Vivix tu rokok rasa pahit. Memang tak boleh masuk mulut dah.



Kiranya kalau korang ambil Vivix ni, memang korang akan berhenti merokok dengan pantas! Daripada bakar duit beli rokok, baik beli Vivix. Banyak manfaat boleh korang dapat.

Kenapa Orang Merokok? (Baca: ketagih merokok)

Sebab seseorang itu merokok terpulang pada individu. Tetapi, apabila seseorang itu mula merokok, dia mula menjadi ketagih. Apabila dah ketagih, ia jadi satu tabiat dan kemestian yang tak boleh ditinggalkan! Ini kerana tembakau yang ada dalam rokok mengandungi dadah yang powerful iaitu nikotin.

Apa itu Nikotin?

Rokok memang direka cipta supaya pengamalnya dapat merasai kesan nikotin. Nikotin cuma mengambil masa 10 saat untuk sampai ke otak selepas disedut. Nikotin menyebabkan ketagihan sama seperti dadah jenis heroin dan kokain.

Nikotin adalah dadah peransang yang mampu meningkatkan kadar denyutan jantung, memberi kesan kepada otak dan sebahagian tubuh. Perokok jadi 'high' kerana nikotin mencetuskan pembebasan dopamine dalam otak- chemical yang buat seseorang rasa 'syok' macam di syurga. Sebab tu juga, seorang perokok selalu bagi jawapan ''aku merokok sebab nak hilangkan stress''.

Simptom ketagihan pada rokok (dinamakan withdrawal symptoms):
  • rasa lapar
  • cepat marah /panas baran (irritability)
  • cemas (anxiety)
  • hilang tumpuan dan fokus
  • tidak cukup rehat dan tidur terganggu
Menarik tentang rokok!

Telah separuh yang maut akibat penyakit berkaitan rokok! Satu pencapaian yang hebat bagi pengeluar rokok! Maka, untuk mencapai target yang lebih tinggi, rokok tidak putus dihasilkan dan dijual. Pengeluar ada target nak gantikan mereka yang maut tadi dengan perokok baru. Jika korang seorang perokok, tahniah! korang adalah pengganti yang mereka cari-cari.

Pengeluar rokok memang sasarkan perokok dari kalangan pelajar dan orang muda. Sebab itu rokok direka cantik, menarik, glamer dan fashionable. Maklumlah orang-orang muda kan suka bergaya dan 'image conscious'

Sekarang,di UK (dan hampir kebanyakan negara) telah mengharamkan pengiklanan rokok. So pengeluar akan reka taktik baru pula supaya rokok terus diminati. 

Bagaimana Vivix Boleh Berhentikan Ketagihan Merokok?

Dengan impak 4 mekanisme, Vivix membantu mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular (DNA)

1. Vivix membantu mengurangkan kesan ketagihan kepada nikotin

Mereka akan rasa malas nak merokok ataupun ada yang berhenti serta-merta.

2. Kandungan antioksidan yang sangat tinggi

Merokok menyebabkan pembebasan radikal bebas dalam badan yang boleh menyebabkan kanser. Antioksidan membantu melawan radikal bebas tersebut

3. Vivix membantu membaik pulih sel dan organ yang rosak akibat timbunan bahan kimia dan toksin berbahaya daripada rokok

4. Vivix menggalakkan pembentukan mitokondria yang menjana tenaga tahap sel.

Sel-sel perokok yang mati dan lemah kembali di aktifkan

5. Vivix dengan ramuan berkuasa, 10kali lebih kuat dari resveratrol akan melambat penbentukan protein AGE. (penimbunan protein AGE merosakkan keutuhan sel, memendekkan jangka hayat sel dan mempercepatkan penuaan.)

Itu baru lima, hakikatnya kena rasa dan cuba sendiri dulu..kemudian alamilah perbezaan pada tahap kesihatan masing-masing.

Lelaki dalam video ni, yang mula merokok daripada umur 14 tahun. Dia mencuba pelbagai cara untuk berhenti dan akhirnya apa dia buat sampai terberhenti merokok?




Kalau korang sayangkan diri sendiri, sayangkan isteri, anak, keluarga SERIUSlah untuk berhenti merokok!!



Dapatkan  Vivix berserta panduan dan cara makan Vivix eksklusif dengan saya:

iR Suhaila (ID 868994)
SMS/WhatsApp: 012-9645614




Pasti ada yang tertanya-tanya, kalau Shaklee ni betul bagus, ada ke artis yang makan?

MS tak tau la apasal orang Malaysia ni suka sangat ikut artis ek.

Artis pakai tudung macam ni, dia pun nak pakai macam ni.
Artis pakai baju macam tu, dia pun nak pakai macam tu jugak.
Artis makan produk nun, dia pun nak makan produk nun biar jelita macam artis tu. (padahal tak tau artis tu memang dah sedia cantik, ko bagi la dia makan belacan pun!)

Sebab tu la produk-produk yang pakai artis jadi duta ni laku giler! katanya.. Rupanya indah khabar dari rupa. Eh teetttt!!!!!

Bila dah melihat lambakan foto artis sebagai duta produk, maka ramai lah yang tanya,

"Shaklee tak guna artis ke jadi duta macam produk tuuutttt??"

Haha meh sini hamba nak jawab.

1. Sales Shaklee dah mencanak-canaik naik sejak 5 tahun kebelakangan ni TANPA DUTA ARTIS. Ko bayangkan kalo Shaklee letak artis jadi duta. Mau terbalik branch Shaklee seluruh Malaysia kena serbu tiap-tiap hari.

2. Produk bagus tak memerlukan jurucakap. Ia bercakap sendiri. Atau dalam bahasa orang kampung saya product talk itself. Maksudnya, bila seseorang tu pakai produk Shaklee, kesannya terpancor ke merata tempat. Kemudian orang pun bertanya, 'ko makan apa jadi cantik macam ni?". Dan dari situ lah ia terus berkembang, berkembang dan berkembang hingga ke hari ini.

3. Produk Shaklee datang dengan kajian, ujian klinikal dan laporan saintifik yang menjadi rujukan banyak saintis. Rasanya itu dah cukup membuktikan bahawa produk Shaklee sangat bagus!

Ok, lah..senang citer kalau orang yang tak yakin dengan diri sendiri dia akan menggunakan pengaruh luar untuk mendapat apa yang dia nak. Dapat tangkap tak maksud saya?

Kalau seseorang penjual tu tak yakin dengan produk dia, dia akan gunakan pengaruh orang-orang yang diminati supaya apa yang dia jual pun diminati. Ada faham?

Cukup dulu 3 point tersebut. Lain-lain sendiri boleh fikir la naaa....

Ok, berbalik kepada topik yang mula -mula tadi, sebenarnya ada ke artis Malaysia yang makan Shaklee?

Hellooo..ingat artis Malaysia ni tak bijak sangat ke sampai tak boleh nak beza antara kaca dan permata?? Ewahh. Sebenarnya ramaaaaiii sangat artis makan Shaklee tau. Product high class, artis yang makan pun tentu la high class. Tak mudah dibeli-beli dan dipergunakan. Diorang tau nak pilih apa yang bagus apa yang tak.

Antara artis-artis yang kami dapat 'tangkap' menggunakan produk Shaklee ialah:

Ayu Raudhah- makan Vivix
Ashraf Muslim - makan vitamin Shaklee
Yasmin Hani - makan set berpantang
Leuniey Natasha (isteri Apek Khairul Fahmi) - makan set berpantang
Rita Rudaini - beri Mealshake kat anak, then sendiri makan Vivix, Omega dan Vitalea

Artis yang lain ada lagi yang makan tapi diorang tak tunjuk sangat kot. Tak pun mungkin depa ni jenis artis suam-suam kuku, so orang pun tak perasan.. wakakaka..

So, kalau korang nak 'tangkap' apa yang artis ni makan, sila la follow Instagram dorang sebab biasanya dorang suka letak gambar kat Instagram.





Haa jangan tak tau, bukan retis Malaysia je makan Shaklee...retis luar negara pun ramai peminat Shaklee.. Salah sorangnya Oprah Winfrey! Malas lah saya nak cerita. Nak tau pasal artis luar negara macam Oprah tu, boleh bukak Youtube ye!

Ok, kalau berminat nak beli produk Shaklee yang memang best tanpa duta artis tu, boleh hubungi saya:

iR Suhaila (ID 868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614

Artis Malaysia dan Shaklee

by on Mei 23, 2014
Pasti ada yang tertanya-tanya, kalau Shaklee ni betul bagus, ada ke artis yang makan? MS tak tau la apasal orang Malaysia ni suka sangat i...
Selalunya, ibu-ibu yang lepas melahirkan, mempunyai jumlah lemak terkumpul (selama 9 bulan) yang agak banyak. Ada ibu yang cepat aje slimnya, tapi ada ibu yang susah nak kurus malah bagai di pam-pam pula walaupun masih menyusu badan!

Haa macam-mana nak buat kalau termasuk dalam kategori susah nak turun berat ni ye??

Tahukah anda, sebenarnya ibu menyusulah yang paling senang untuk mencapai berat badan asal. Sebab setiap sesi penyusuan akan membakar sehingga 500kalori! Walaupun dia menyusukan bayi sambil berbaring!

Namun begitu, ramai juga yang mempunyai masalah menurunkan berat badan. Ini bergantung kepada tubuh masing-masing juga. Ye lah..ada orang metabolisme tinggi, ada orang jisim otot tinggi, ada orang metabolisme rendah, ada orang jenis memang payah nak kurus buatlah macam-mana pun. Ada orang makan banyak tapi kurus kering juga.

Baiklah, untuk menjayakan misi menurunkan berat badan ibu menyusu, saya sangat rekomenkan anda mengambil Set Kurus Shaklee!

Kenapa Set Kurus Shaklee??? Sebab:-

1. Ia bersumberkan bahan yang 100% semulajadi dan halal.

2. Ia selamat untuk ibu dan bayi malah menambah nilai dalam susu ibu

3. Mudah digunakan

4. Membekal nutrisi penting dan berkhasiat untuk ibu dan bayi

5. Langsung tidak mengganggu penyusuan malah membantu kelancaran proses penyusuan

Apa yang ada dalam Set Kurus Shaklee Untuk Ibu Menyusu??

Paling basic yang WAJIB dan BAJET untuk anda ambil ialah Lecithin dan Alfalfa Complex.

Lecithin

  • Berfungsi memecahkan lemak daripada makanan yang kita ambil
  • Membersihkan salur darah daripada lemak dan kolesterol jahat
  • Membantu metabolisme lemak, kolesterol dan trigliserida dengan berkesan
  • Mempercepatkan pembakaran lemak
  • Bagus untuk otak ibu dan bayi kerana ia mengandungi kolin
  • Mengurangkan bengkak susu/duktus tersumbat bagi ibu menyusu
Alfalfa Complex
  • Agen detoksifikasi, pencuci usus dan salur darah
  • Bertindak mengangkut toksin dan lemak yang telah dipecahkan oleh lecithin keluar dari tubuh
  • Pelawas
  • Menggalakkan pengeluaran susu ibu
Untuk hasil yang lebih pantas, saya mencadangkan anda mengambil ESP Shaklee dan Omega Guard.

ESP
  • Membantu memberi rasa kenyang lebih lama, dan mengurangkan keinginan ibu untuk makan
  • Indeks Glisemik rendah, memecahkan gula perlahan-lahan dan membebaskan glukos dalam sistem
  • Paras gula yang rendah penting untuk menurunkan berat badan
  • Menggalakkan pengeluaran susu
  • Mencantikkan sel kulit, memulihkan sel rosak selepas bersalin
Omega Guard
  • Menyingkirkan lemak yang mendap dalam salur darah dan organ
  • Membakar kalori
  • Mengeluarkan hormon leptin yang memberi isyarat supaya BERHENTI MAKAN
  • Kaya dengan asid lemak seperti DHA dan EPA yang bagus untuk memori ibu dan bayi

Kalau tak mahu ambil Lecithin, cuma nak Omega Guard sahaja boleh ke??

Boleh..anda boleh pilih mana-mana kombinasi sesuai dengan bajet anda :)


Saya namakan ia Set Kurus Untuk Ibu Menyusu a.k.a Set Kombo! Sihat dapat, kurus dapat, cantik pun dapat!

Omega Guard Shaklee mengandungi Omega-3

Oklah...saya dah tak sabar nak kurus menawan ni! Berapa harganya??

Lecithin (120 tab) - RM53
Alfalfa S (300tab) - RM53
ESP (850g) - RM150
Omega Guard (90tab) - RM136

Ramai yang dah berjaya kurus dengan Set Kurus Shaklee ni..tak kira ibu menyusu atau tak. Saya ada banyak testimoni. Boleh klik koleksi Testimoni ni ye.

Atau...anda boleh tengok bagaimana Puan Salwa yang gemuk lepas beranak dua ni menurunkan berat badan hingga 20kg! Apa dia buat??



Best kan?? Nak kurus macam Puan Salwa?

Dapatkan panduan eksklusif daripada saya!

Hubungi:

iR Suhaila (ID 868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614
Hai semua..!

Selamat datang ke blog kesihatan Mama Su!

Set Bersalin Shaklee sememangnya Set yang menjadi pilihan ramai bakal ibu zaman sekarang. Sebab ia satu-satunya Set Bersalin/Berpantang Yang Paling Selamat Untuk Ibu dan Bayi.

Zaman sekarang ni, menjadi satu keperluan ibu-ibu berpantang MESTI ada nutrisi berkhasiat dan vitamin untuk menemani proses berpantang. Sebab doktor-doktor pun ada cakap, ibu yang lepas melahirkan ni mengalami kekurangan vitamin yang banyak sebab dah disalur kepada bayi semasa dalam kandungan dan sewaktu menyusu.

Selain berpantang cara tradisional, pemakanan berkhasiat juga amat dititikberatkan.

Set Bersalin Asas:

Harga Set Bersalin Asas: RM268.75

Add On (boleh di tambah mana-mana mengikut pilihan anda):

Harga ESP: RM150

Harga Alfalfa (S) -RM53.75/ Alfalfa (L)-RM97.50


Harga Ostematrix: RM61

Set Bersalin Bajet:

Harga Set Bersalin/Berpantang Bajet: RM292.50 (ESP + Vita Lea + Alfalfa S)

Kelebihan Set Bersalin Shaklee:

1. Vitamin 100% semulajadi, bukan sintetik seperti kebanyakan suplemen di pasaran

2. Mudah dan senang di makan

3. Boleh terus di gunakan sebaik saja selepas melahirkan

4. Sesuai untuk ibu yang bersalin normal atau pun pembedahan

5. Selamat untuk ibu dan bayi 

6. Mempercepatkan proses pemulihan ibu dari dalam

7. Membekal nutrisi seimbang

8. Dijamin Halal

9. Panduan makan dan konsultasi disediakan secara PERCUMA!

10. Tiada pembaziran! Boleh dikongsi bersama suami tersayang juga!

Dapatkan Set Bersalin Mengikut Bajet anda dengan membuat sendiri belian secara online;

Klik >>>>>> 


atau anda boleh juga menghubungi saya:


~Puan Suhaila~
012-9645614
Hihi...macam tajuk novel kanak-kanak pun ada.

Kisahnya begini, semalam aku ke bandar, mereward diri la kononnya. Maklumla bonus Shaklee dapat semalam. Apa lagi..raya la aku!

Sebenarnya aku cari pakaian untuk di pakai semasa hari perkahwinan sepupu aku nanti, Ahad ni. Perut dah buncit macam ni, baju-baju lama yang ada dah tak muat. Aku target cuma nak beli sehelai blouse, sehelai skirt labuh, dan sehelai jubah.

Ok, dah jumpa blouse kaler biru. Kain cotton RM39 je pun. Pastu pergi kedai jubah yang menjadi kegemaran sebab memang harga dia murah kat situ. Aku paling suka jubah cotton. Lepas fitting beberapa helai jubah, agak sedih la jugak.. Maklum la saiz kecik cam aku ni..memang banyak. Tapi sangkut kat perut. Ihiks.. rugi kalau beli sebab bila perut dah makin besar nanti lagiiiilah tak boleh pakai. Baik tak payah.

Lepas tu pembantu kedai suggest aku ambil jubah cotton murah yg bunga-bunga tu. Ok la layan la..sebab dah lama kot aku duk testing-testing baju, ambiknye tak. RM40 je harga dia..Ngehngeh.. Elok-elok je asben aku nak bayar, tangan aku ni menggedik pulak terpegang susunan dress yang ada bunga-bunga dan lip-lap-lip-lap. Aku angkat jubah tu..Eh cantik pulak. Bawah dia pun kembang semangkuk ni. Kalau perut besar nanti rasanya ok.

Aku rasa pembantu kedai tu bengkek je kan. Padahal dia dah tunjuk pun dress tu kat aku mula-mula tadi. hihihi. Tapi sebab nampak macam meriah sangat, aku tolak mentah-mentah. Cheh! Dengan kegedikan yang amat ketara aku terus cuba menerai dress tersebut. Eh, cantiklah! Aku tanya pembantu kedai tu, ni jubah apa? Dia kata 'jubah princess'. Oooo...

Jakun sangat ke aku? Tak lah! Sebelum ni pernah dengar jubah princess. Kawan aku pun ada duk sebut-sebut. Sepupu yang nak kawin  tu rajin juga pakai dress ala-ala princess. Tapi sebab ke-eksen-an aku ni, malas nak tunjuk beria sangat kan. :P Haha.. Lagi pun pada aku 'princess' princess' ni macam tak matured sangat. Macam budak-budak! LOL.

Bila, dah beli tu entah bape kali aku try. Sebab dia labuh sikit, aku jahit dalam seinci. Ok, laa..cantik. Tapi gambar takde pulak.. baju tu pun tengah basuh. Lusa nak pakai. Harus la..nanti bau kedai pulak.

Ikut pemerhatian aku, dress princess ni cun la di pakai semasa hari perkahwinan. Maksud aku oleh pengantin la..pengepit pengantin pun nak pakai boleh jugak. takde masalah. Apa lagi dayang-dayang di belakangnya tu kan.

Eh, tapi betul tau.. selesa, tak ketat, tak menonjolkan bentuk tubuh badan. Stok ustazah memang cun pakai dress macam ni. Cuma bahagian atas tu perlu dilonggarkan sedikit, dan pakai tudung yang labuh menutupi dada. Tak silap macam Puteri Sarah Liyana pakai masa kahwin hari tu. Tapi aku google gambar tak jumpa pulak. ehek.





Gambar hasil cilok dari Yahoo! memang tak cun. Sorry!

Yang aku beli semalam kaler maroon. Ada liplap2 kat dada, dan ada lace kat lengan. (lace tu yang berapa cantik pulak) tapi ada aku kesah!

Untuk pengantin-pengantin, kalau masih belum ada idea apaaaa nak pakai masa nikah atau bersanding nanti, boleh difikir2kan idea ni ye.

Ni special Tips kecantikan untuk bakal pengantin. , <----- jemput baca.

Kalau nak vitamin untuk pengantin, nak cecantik dalam dan luar, boleh hubungi daku:

iR Suhaila (ID 868994)
SMS: 013-2369434
Whatsapp: 012-9645614
fb: Su AnNajah


Hai semua! Semoga sihat sejahtera hendaknya, InsyaAllah.

Ramai yang mengalami masalah haid tak teratur dan haid tak keluar tetapi tidak hamil.

Anda perlu pastikan dulu sama ada anda betul-betul tidak hamil dengan melakukan ujian air kencing sendiri (Urine Pregnancy Test).


Sebenarnya, ada banyak sebab kenapa haid boleh jadi lewat malah langsung tidak keluar. Antara punca-puncanya ialah:

1. Tekanan

Tekanan (fizikal atau mental) boleh mempengaruhi pengeluaran hormon dan kitar haid kita. Bila berada dalam keadaan tertekan, badan akan mengeluarkan hormon stress yang akan mengganggu hormon kesuburan dan menjejaskan kitar haid kita.

2. Masalah kesihatan

Contohnya demam, selsema, serangan virus, pembedahan atau penyakit yang memerlukan rawatan intensif kadangkala boleh mengganggu kitar haid kita.

3. Ubatan

Sama ada ubat hospital, jamu atau ubatan/rawatan tradisional.

4. Hormon prolaktin berlebihan

Hormon prolaktin berlebihan menghalang pengeluaran telur, menyebabkan haid lewat berbulan-bulan.

5. Menyusu badan

Penyusuan susu ibu secara eksklusif boleh menjadi faktor kenapa haid anda lewat berbulan-bulan.

6. Masalah tiroid

Penyakit tiroid ditandai dengan rasa panas, berdebar2 dan kurus mendadak. Segera berjumpa doktor jika anda mengalami masalah tiroid dan haid anda lewat.

7. Gemuk

Lemak berlebihan boleh mengganggu keseimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Estrogen berlebihan pula menyebabkan haid lewat. Cuba kurangkan berat badan sehingga 10% bermula sekarang!

8. Terlalu kurus

Tidak cukup lemak juga boleh jadi masalah. Makanlah lebih banyak untuk naikkan sedikit berat badan.

9. Tersilap kira

Haid yang normal adalah dalam anggaran 21-35 hari. Lebih 40% wanita gagal mengingat tarikh haid menyebabkan mereka merasa haid menjadi lewat.

10. Menopos

Haid yang semakin sedikit dan semakin jarang setiap bulan adalah tanda awal menopos bagi wanita berusia 40 tahun ke atas. Jalani pemeriksaan doktor dan lakukan pap smear untuk mengesan jika terdapat masalah pada pangkal rahim.

11. Alat pencegah hamil

Contohnya seperti implanon atau depo-provera boleh menyebabkan haid lewat. Alat pencegah hamil memang menghalang ovulasi dan kedatangan haid. Jadi tak perlu risau!

*kredit

Haid lewat, tidak teratur malah langsung tidak keluar memang merunsingkan. Baru-baru ini, dua orang sahabat saya mengadu masalah yang sama.

Adik N mempunyai bayi berusia 1 tahun, haid terakhir pada bulan Februari. Dia mengadu kitar haidnya selalu tidak teratur selain masalah jerawat yang mengganggunya.

Sahabat saya yang seorang lagi , nama M mempunyai masalah berat badan, dan haid yang tidak keluar. Mengikut ceritanya, telur tak keluar di ovari, itu yang menyebabkan beliau susah datang haid. Setiap bulan beliau akan makan ubat yang doktor bekalkan, baru haid keluar.

Apa yang saya cadangkan??

Untuk adik N saya cadangkan GLA dan Alfalfa Complex untuk merawat masalah jerawat akibat hormon dan masalah haidnya.

Untuk sahabat saya M saya cadangkan GLA, Alfalfa dan Lecithin untuk masalah berat badan dan jerawat.

Alhamdulillah, tidak lama selepas itu, kedua-duanya memberi feedback yang memuaskan.



*Nama-nama pelanggan saya terpaksa dikaburkan untuk menjaga eksklusiviti mereka.

Bagaimana Shaklee membantu??


GLA Complex Shaklee daripada ekstrak minyak bunga borage yang mengandungi 2 kali ganda Gamma linolenik acid (GLA), 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti, 3 kali lebih berkesan daripada EPO (evening primrose oil) yang di jual di pasaran. Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA di mana ianya sumber terbaik Omega-6. Digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E yang meningkatkan kestabilannya. Bioavailabilitinya terbukti secara klinikal mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

Ia membantu:
-mengawal selia hormon estrogen dan testosteron
-memperbaiki simptom PMS seperti sengugut, mood swing, dan sakit payudara
-membentuk prostaglandin yang membantu mengawal selia hormon lelaki dan wanita
-memperbaiki simptom perubahan hormon semasa menopous dan andropous

Harga: RM91.25 (60tab)


Alfalfa Complex dari tumbuhan alfalfa (medicago sativa), dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan yang sememangnya kaya nutrisi, vitamin, mineral dan zat galian. Ia juga kaya protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.

Alfalfa membantu:
-menurunkan keasidan tubuh
-menyahtoksin dengan mencuci hati, darah, usus
-menghapuskan lemak dan memecahkan kolesterol yang menghalang peredaran darah
-mengawal selia hormon
-memperbaiki kesihatan organ peranakan

Harga: Alfalfa (S) -RM53.75
             Alfalfa (L) -RM97.50






Masalah haid tak teratur akan menyukarkan kita merancang kehamilan. Baik yang sudah atau masih belum memiliki cahaya mata. Kitar haid adalah aset wanita yang paling berharga. Jaga ia baik-baik kerana disitu punca seorang umat bakal di lahirkan!

Pembelian melalui MS layak mendapat konsultasi eksklusif berterusan PERCUMA! Hubungi:

iR Suhaila (868994)
SMS: 013-2369434
Whatsapp: 012-9645614
fb: Su AnNajah