Enter Keyword

Gaun Princess Untuk Hari Perkahwinan

Hihi...macam tajuk novel kanak-kanak pun ada.

Kisahnya begini, semalam aku ke bandar, mereward diri la kononnya. Maklumla bonus Shaklee dapat semalam. Apa lagi..raya la aku!

Sebenarnya aku cari pakaian untuk di pakai semasa hari perkahwinan sepupu aku nanti, Ahad ni. Perut dah buncit macam ni, baju-baju lama yang ada dah tak muat. Aku target cuma nak beli sehelai blouse, sehelai skirt labuh, dan sehelai jubah.

Ok, dah jumpa blouse kaler biru. Kain cotton RM39 je pun. Pastu pergi kedai jubah yang menjadi kegemaran sebab memang harga dia murah kat situ. Aku paling suka jubah cotton. Lepas fitting beberapa helai jubah, agak sedih la jugak.. Maklum la saiz kecik cam aku ni..memang banyak. Tapi sangkut kat perut. Ihiks.. rugi kalau beli sebab bila perut dah makin besar nanti lagiiiilah tak boleh pakai. Baik tak payah.

Lepas tu pembantu kedai suggest aku ambil jubah cotton murah yg bunga-bunga tu. Ok la layan la..sebab dah lama kot aku duk testing-testing baju, ambiknye tak. RM40 je harga dia..Ngehngeh.. Elok-elok je asben aku nak bayar, tangan aku ni menggedik pulak terpegang susunan dress yang ada bunga-bunga dan lip-lap-lip-lap. Aku angkat jubah tu..Eh cantik pulak. Bawah dia pun kembang semangkuk ni. Kalau perut besar nanti rasanya ok.

Aku rasa pembantu kedai tu bengkek je kan. Padahal dia dah tunjuk pun dress tu kat aku mula-mula tadi. hihihi. Tapi sebab nampak macam meriah sangat, aku tolak mentah-mentah. Cheh! Dengan kegedikan yang amat ketara aku terus cuba menerai dress tersebut. Eh, cantiklah! Aku tanya pembantu kedai tu, ni jubah apa? Dia kata 'jubah princess'. Oooo...

Jakun sangat ke aku? Tak lah! Sebelum ni pernah dengar jubah princess. Kawan aku pun ada duk sebut-sebut. Sepupu yang nak kawin  tu rajin juga pakai dress ala-ala princess. Tapi sebab ke-eksen-an aku ni, malas nak tunjuk beria sangat kan. :P Haha.. Lagi pun pada aku 'princess' princess' ni macam tak matured sangat. Macam budak-budak! LOL.

Bila, dah beli tu entah bape kali aku try. Sebab dia labuh sikit, aku jahit dalam seinci. Ok, laa..cantik. Tapi gambar takde pulak.. baju tu pun tengah basuh. Lusa nak pakai. Harus la..nanti bau kedai pulak.

Ikut pemerhatian aku, dress princess ni cun la di pakai semasa hari perkahwinan. Maksud aku oleh pengantin la..pengepit pengantin pun nak pakai boleh jugak. takde masalah. Apa lagi dayang-dayang di belakangnya tu kan.

Eh, tapi betul tau.. selesa, tak ketat, tak menonjolkan bentuk tubuh badan. Stok ustazah memang cun pakai dress macam ni. Cuma bahagian atas tu perlu dilonggarkan sedikit, dan pakai tudung yang labuh menutupi dada. Tak silap macam Puteri Sarah Liyana pakai masa kahwin hari tu. Tapi aku google gambar tak jumpa pulak. ehek.





Gambar hasil cilok dari Yahoo! memang tak cun. Sorry!

Yang aku beli semalam kaler maroon. Ada liplap2 kat dada, dan ada lace kat lengan. (lace tu yang berapa cantik pulak) tapi ada aku kesah!

Untuk pengantin-pengantin, kalau masih belum ada idea apaaaa nak pakai masa nikah atau bersanding nanti, boleh difikir2kan idea ni ye.

Ni special Tips kecantikan untuk bakal pengantin. , <----- jemput baca.

Kalau nak vitamin untuk pengantin, nak cecantik dalam dan luar, boleh hubungi daku:

iR Suhaila (ID 868994)
SMS: 013-2369434
Whatsapp: 012-9645614
fb: Su AnNajah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan