Jumaat, 13 Mac 2015

30 Idea Bersedekah Yang Boleh Menggandakan Rezeki

Bersedekah adalah satu perkara yang amat dituntut dan digalakkan dalam Islam malah mana-mana agama pun.

Bersedekah adalah tanda kita bersyukur dengan rezeki yang kita ada dan dalam masa yang sama kita menyerap sifat Al- Wahhab dengan menyebarkan pula rezeki yang kita terima kepada makhluk lain.

Lagi best, apabila kita bersedekah, kita bukan saja mencuci harta, malah dapat mencuci kolam jiwa kita juga. Sebab itu orang yang rajin bersedekah, dia akan rasa senang hati, bahagia dan berasa nak bersedekah terus menerus.

Bonusnya pula ialah, Allah gandakan lagi rezeki dan nikmatNya kepada kita dalam bentuk yang kadang kita sendiri tak terduga.

Apa pula pendapat Puan Lyna ni mengenai sedekah? Adakah dengan sedekah kita boleh jadi kaya?



Kadang-kadang kita rasa buntu kat mana lagi boleh kita bersedekah? Adakah perlu sedekah dengan wang ringgit sahaja? Kalau tak banyak duit macam mana pula?

Mungkin 30 idea ni boleh digunakan dan anda boleh tambah lagi ikut kreativiti masing-masing.

1. Senyum kepada setiap ahli keluarga dalam rumah kita. Ada orang memang payah nak senyum, Muka asyik kelat je. Macam mana nak pupuk kasih sayang kan? Rezeki pun makin menjauh.

2. Menulis kata-kata yang baik atau memberi nasihat. Gunakan mana-mana medium sosial yang ada baik facebook, whatsapp, twitter, instagram, blog, emel dan sebagainya.

3. Ringankan tulang membantu kerja-kerja di rumah.

4. Tolong sapu daun dan ranting di jalanan.

5. Tolong cuci tandas masjid

6. Memasak dan beri pada jiran

7. Sediakan selipar untuk dipakai di tandas surau atau masjid

6. Sedekahkan buku ke perpustakaan

7. Beri makan haiwan seperti kucing, burung, ikan

8. Sediakan kain telekung/ sejadah/ kain pelikat/ kain batik untuk dipakai di surau atau masjid

9. Bagi tips / makanan kepada tukang potong rumput, tukang cuci longkang, tukang cuci tandas, tukang isi minyak di pam minyak, tukang cuci di mall atau restoran, dan sebagainya.

10. Hidangkan makanan kepada rakan-rakan sepermainan anak kita

11. Memberi diskaun dalam urusan muamalah

12. Sedekah untuk ibu bapa atau belikan barang keperluan harian mereka

13. Memberi wang kepada mereka yang memerlukan


14. Mengajarkan ilmu yang kita tahu kepada orang lain

15. Mencium anak-anak

16. Mengusap anak yatim

17. Solat Dhuha

18. Berzikir termasuk tasbih, tahmid, tahlil dan takbir

19. Memasak dan menjemput tetamu makan

20. Memberi wang kepada anak-anak kecil

21. Membelikan barang keperluan di rumah sendiri

22. Sedekah Subuh dan Sedekah Dhuha (yang dilakukan dalam kedua-dua waktu berikut)

23. Memberi hadiah kepada ahli keluarga dan rakan-rakan

24. Memulakan memberi salam bila berjumpa orang lain

25. Berwajah manis dengan jiran tetangga

26. Menginfakkan harta yang ada kepada golongan fakir miskin dan anak yatim

27. Menyumbangkan kipas atau pendingin hawa di surau, masjid, sekolah, balairaya atau di mana-mana tempat yang memerlukan

28. Berdoa untuk ibu bapa, ahli keluarga, sahabat dan kenalan

29. Memberi pertolongan pada orang yang meminta tolong

30. Membina untuk pembinaan masjid, sekolah, rumah, perhentian bas dan sebagainya

Bersedekahlah dengan apa yang kita ada. Ikhlaskan hati dan Allah menilai setiap perbuatan sedekah kita.

Memberi di saat kita sendiri kesulitan adalah lebih baik. Yakinlah dengan janji Allah, dan insyaAllah Dia akan ganti double!

Jom berlumba-lumba berbuat kebajikan dan kreatiflah dalam bersedekah!

Salam sayang, anda kaya, bahagia dan berjaya!

Mama Su
012-9645614

Tiada ulasan:

Catat Ulasan