Enter Keyword

Kenapa Isteri Boleh Buat Banyak Kerja Rumah Dalam Satu Masa Tapi Suami Tak Boleh?

Agaknya ramai isteri tertanya-tanya, kenapa ya suami tak boleh buat kerja rumah banyak-banyak dalam satu masa? Tak macam kita.

Kita boleh kemas rumah, sapu sampah, masak sambil jaga anak, tapi suami tak boleh. Bila tinggalkan suami dirumah dengan anak-anak, tunggang-langgang semuanya.

Apa yang diceritakan dalam video ni memang sebijik sama dengan apa yang kebanyakan isteri lalui.

Cuba suruh suami kita tengok video ni, mesti dia pun senyum simpul sebab memang dialah lelaki itu. Haha!



Dua Planet Berbeza

Mungkin ada antara kita yang pernah membaca buku Men Are From Mars, Woman Are From Venus.

Sejujurnya saya tak pernah membaca buku ini. Tapi saya tahu, ia ingin memberitahu kita bahawa lelaki dan wanita mempunyai dua karakter yang berbeza.

Sebagai contohnya, lelaki lebih ego daripada wanita. Dan lelaki susah nak dengar nasihat daripada seorang wanita walaupun nasihat itu baik untuk dirinya sebab bagi dia wanita ni cuba nak kawal dan ubah diri dia.



Firman Allah,

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"
-QS  Al-Hujurat:13

Sememangnya Allah ciptakan kita dan suami kita tak sama. Sebab kita masing-masing ada tanggungjawab dan peranan yang berbeza.

Lelaki dengan tugas dia sebagai lelaki, mencari nafkah, membimbing keluarga juga ada tanggungjawab dalam masyarakat.

Wanita pula, walaupun dia bekerja, tempatnya masih di rumah. Dia ada tanggungjawab menjaga harta suami, mendidik anak-anak dan menjaga dirinya sendiri, serta keluarga.

Tapi ini bukan bermakna si suami boleh lepas tangan dalam bab kerja rumah. Nabi kesayangan kita pun bila dirumah dia melakukan banyak kerja dengan sendiri..

Sememangnya wanita itu istimewa...

Fitrah wanita, mereka terlalu mengambil berat soal kebersihan, kekemasan manakala lelaki agak santai. Wanita sukakan ketenangan dan perasaan aman.

Lelaki sukakan cabaran dan mereka perlukan ruang lebih luas untuk kehidupan kelelakian mereka. Sebab itu lelaki bijak di luar rumah dan menganggap kerja rumah bukan kerja mereka.

Manakala bagi wanita, ruang tanggungjawab mereka sempit dan kecil, jadi tugas mereka sebagai pengurus rumah-tangga memang tip top!


Jadi, fahamlah kita kenapa isteri mampu dan boleh buat banyak kerja rumah dalam masa yang sama berbanding suami. Siap boleh berbisnes lagi kan?

Apapun, dalam hidup berumah-tangga, sikap tolak ansur amat diperlukan lebih-lebih lagi bila kedua-dua suami isteri bekerja. Tolong-menolong dan saling bekerjasama insyaAllah akan buat rumah tangga lebih harmoni dan aman damai.

Barulah anak-anak pun tenang, tenteram serta lebih bijaksana. InsyaAllah.

Salam sayang, anda kaya, bahagia dan berjaya!

Mama Su
012-9645614

Tiada ulasan:

Catat Ulasan