10 Makanan Yang Bantu Kawal Dan Turunkan Darah Tinggi Dengan Berkesan

Assalamualaikum wbt.

Sebut darah tinggi ni memang seriau jadinya. Masa raya haji hari tu, seorang kakak saya terpaksa di masukkan ke hospital kerana serangan darah tinggi. Ingatkan sikit-sikit, rupanya teruk juga.

Masa kami pergi melawat dia di hospital, dia memang terbaring je tak boleh bergerak banyak. Sebelah badan dia dah kebas dan doktor kata kakak dah kena minor strok.

Lama juga dia berkampung di hospital. Dah balik pun dia kena berehat banyak. Jalan pun kena pakai tongkat.

Puncanya? Masa raya tu dia banyak makan daging, lepas tu penat dan kurang rehat. Kakak saya ni seorang guru tapi dia dengan anak-anak berniaga sama buka kedai makan. So memang tak cukup rehatlah.

Tapi seperti yang kita tau, darah tinggi ni bukan sekelip mata je terus jadi. Salur darah kita mungkin dah sempit lama, tapi tak tunjukkan sebarang simptom. Inilah yang kita takutkan.

Antara simptom yang perlu diberi perhatian ialah:

  • Pandangan kabur
  • Rasa tertekan tanpa sebab
  • Pengsan
  • Muka kelihatan merah dan berpeluh
  • Hidung berdarah
  • Sakit kepala waktu pagi
  • Rasa berdengung 
  • Murung
  • Pening tanpa sebab


Baru-baru ni, suami pula mengadu pening-pening kepala. Saya cuak juga lah. Suruh dia pergi klinik. Syukurlah bukan darah tinggi. Tak tahu penyakit apa, tapi doktor ambil darah untuk buat full check-up. Resultnya pun belum keluar lagi.

Bagi yang ada mengalami darah tinggi, jagalah kesihatan elok-elok. Selain makan ubat dan ikut rawatan hospital, boleh juga cuba cara yang lebih semulajadi. Iaitu melalui pemakanan sihat.

Di bawah ni saya kongsikan 10 makanan dan cara yang terbukti dapat mengawal dan menurunkan tekanan darah tinggi. Dengan syarat kenalah konsisten makan :)

1. Makan banyak sayur dan buah-buahan segar

Kesemua ni mengandungi kandungan fitonutrien seperti flavonoid dan karotenoid yang membantu merendahkan tekanan darah.

Sayur tu lebih elok di makan 'raw', atau rebus berbanding goreng. Bagus sangat kalau anda peminat ulam-ulaman dan sayur salad.

2. Susu rendah lemak

Ini kalau anda peminat susu. Pastikan beli yang rendah lemak.

Jika anda peminat teh tarik, kurang-kurangkanlah sebab 'susu' yang ada dalam minuman tu bukan susu sebenarnya tapi lemak dari minyak kelapa sawit yang di letakkan gula. (Boleh bayang tak berapa banyak gula dia letak dalam susu tu?)

3. Ikan beromega 3

Terutama ikan lautan sejuk seperti salmon. Walaupun agak mahal, tapi berbaloi kerana ia mengandungi asid lemak Omega 3 yang amat baik untuk darah kita.

Masalahnya, nak dapatkan ikan dari lautan sejuk tu pun agak sukar. Ikan di pasaraya belum tentu ikan liar tapi ikan yang di bela dan diberi makan pallet, yang mana mengandungi tinggi pencemar. Elok-elok nak sihat, sakit lain pula dapat.

Apapun, pandai-pandailah kita memilih.

4. Bijirin dan kekacang

Contohnya oat dan kacang-kacang seperti walnut, almond, kacang soya mengandungi kandungan fiber yang tinggi yang dapat menyerap kolesterol jahat berlebihan, dengan itu melancarkan perjalanan darah.

5. Makanan tinggi pottasium

Darah tinggi berlaku disebabkan lebihan garam (sodium) dalam darah, dan aras pottasium yang rendah. Makan makanan tinggi pottasium dapat mengimbangi aras sodium-pottasium dalam darah.

6. Daun saderi

Terutama bahagian batangnya. Ini kerana ia mengandungi komponen coumarin yang membantu merendahkan tekanan darah. Boleh dibuat jus dengan mencampurkannya dengan buah-buahan, atau masukkan dalam masakan.

7. Bawang putih

Bawang putih amat terkenal sejak zaman dahulu kala dalam meningkatkan kesihatan dan mencegah penyakit. Bahan aktif dalam bawang putih terbukti dapat menurunkan tekanan darah secara semulajadi.

Kunyah bawang putih mentah, atau yang di bakar. Boleh juga ambil suplemen garlic.

8. Makanan tinggi kalsium

Kekurangan kalsium juga boleh menjadi punca darah tinggi. Kalsium amat penting untuk pengawalan otot salur darah yang lembut, licin dan anjal yang memudahkan pengaliran darah.

Kalsium bukan je untuk tulang tapi banyak lagi fungsi lain meliputi seluruh badan kita ni.


9. Minyak zaitun

Minyak zaitun adalah minyak yang baik untuk diamalkan sama ada makan mentah atau campurkan ke dalam masakan. Minyak zaitun bukan lemak tepu dan tidak menyebabkan darah tinggi.

10. Pantang!

Jika serius nak hidup sihat, bebas darah tinggi, silalah berpantang daripada merokok, makan terlalu banyak garam terutama daripada makanan terproses, elakkan perisa, pengawet, pewarna tambahan dalam makanan.

Kurangkan juga penggunaan lemak dan minyak. Minyak dah mahal ni bolehlah perlahan-lahan ubah pemakanan kita kepada yang lebih sihat iaitu, kukus, gril, panggang.

Jika berat badan berlebihan, gigih turunkan berat badan. Ada kencing manis, turunkan kencing manis.

InsyaAllah, asbab usaha gigih kita, kita akan bebas daripada penyakit kronik yang mengancam nyawa.

Saya amat mencadangkan anda mengambil Set Darah Tinggi Basic yang mengandungi Vivix, Omega Guard dan Garlic Complex ini.


Set ini memang sangat di gemari terutama oleh pesakit darah tinggi. Ia bukan saja berkesan dalam masa yang cepat tapi juga dapat menjimatkan wang dan masa kita menerima rawatan hospital.

Ramai yang dah gembira sebab darah tinggi dah turun dan tidak perlu berulang alik ke hospital lagi.

Apapun, saya doakan agar anda yang membaca entry ini dapat mencari penyelesaian kepada masalah anda. Hubungi saya jika perlukan bantuan ;)

Mama Su
012-9645614
Pengedar Shaklee Malaysia
ID:868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan