Ahad, 27 November 2016

7 Tip Galakkan Anak Lelaki Bersunat Dan Cara Penjagaan

Assalamualaikum wbt.

Semalam, 26 November 2016, anak teruna sulung Ciksu telah selamat dikhatankan. Umur dia baru  8 tahun, darjah dua. Tapi dia sendiri yang mintak nak bersunat, so kita sunatkan ajelah.

Ingatkan nak bawa sunat di klinik je. Satu hari dapat tau, qariah masjid dekat rumah ni nak buat majlis berkhatan beramai-ramai. Bayaran pun RM50 je. Setelah bincang dengan Ammar, dia pun setuju.

Maka tepat pada hari yang di janjikan, bersunatlah Ammar, dan bermulalah fasa baru dalam kehidupannya. Hihi drama lebih mama ni.

Ciksu nak share sikit beberapa tip macam mana nak galakkan anak lelaki bersunat tanpa paksaan, tanpa rasa takut dan tanpa kena kejar satu kampung. Heh..

1. Kerap bagi pendedahan

Sebenarnya kitorang selalu tanya, 'bila Ammar nak sunat?'. Semuanya bermula bila tengok cerita Upin Ipin episod bersunat tu.

Kalau tak tau, boleh tengok sini.


Lepas tu kebetulan pulak, ada sepupu dia yang umur tua setahun daripada dia baru bersunat. So mama kerap cerita pada dia pasal bersunat gitu gini. Ceritalah yang baik-baik, jangan takutkan dia pulak.

2. Beli kain pelikat

Ciksu beli kat Mydin je. RM10 sehelai, beli 2 helai. Ok lah buat salin-salin. Ciksu beli kain ni seminggu sebelum dia bersunat. Jadinya, dalam masa seminggu tu sibuklah dia prektis pakai kain pelikat. Lucu pulak menengoknya.

Solat Jumaat pun dah tak pakai baju Melayu, tapi pakai kain pelikat. Semangat bebenor.

3. Hari bersunat

Dia agak excited la sebab sunat pun ramai-ramai kan. Ada geng, jadi nak mengamuk ke nak menangis ke dia malu la sikit. huhu..

Dia cool je. Pagi tu bangun awal, mandi, sarapan semua baru ke masjid. Ciksu tak ikut sebab ada baby kecik mengamuk pastu tak nak mandi. So pergilah Ammar dengan abah dan adiknya Aqil.

Kat masjid ada taklimat, ada makan-makan sikit. Lepas tu baru start. Start pun agak lewat sebab doktor sesat. hahah.

Dalam jam 11 macam tu diorang pun balik.. Sebenarnya ini pun pengalaman baru untuk Ciksu juga. First time taw berhadapan dengan perkara sunat ni. haha.. memang Ciksu ada adik lelaki. Tapi masa dia bersunat dulu, Ciksu tak cara pun ke dia.

Bila first time tengok dengan mata kepala sendiri apa sebenarnya sunat ni, barulah faham. *tutup muka*. Macam tu rupanya :P


Masa encik suami tunjuk bahagian yang di potong tu, terkejut juga Ciksu. Banyak juga dia potong. Tetibe rasa seram sejuk. Erkkk.

4. Makan ubat

Doktor akan bekalkan ubat tahan sakit dengan ubat apa tah satu lagi. bebudak ni payah sikit makan ubat pahit tu. Tapi kena paksa juga. Nanti lambat baik pulak kan. Kang ada jangkitan mama juga yang susah.

Mama bagi juga dia makan Vitamin C chewable supaya darah cepat kering dan luka cepat baik.

5. Buang air kecil

Agak susah untuk dia bangun, pergi tandas dalam keadaan masih sakit tu. Jadi encik suami buatkan bekas untuk dia kencing. Potong je botol plastik dan suruh dia kencing dalam tu. Nanti lap dengan tisu dan renjis air sikit untuk basuh.

6. Pastikan luka dalam keadaan kering

Doktor takde pulak bagi ubat sapu. Jadi, kami memang tak sapu apa-apa lagi. Tunggu betul-betul kering baru sapu minyak gamat atau krim Herbal Blend.

Nak kurangkan bengkak, mama  bagi dia makan Omega Guard Shaklee. Omega ni memang bersifat antiradang dan anti-inflamasi yang menghalang bengkak dan jangkitan.

7. Pemakanan

Ni yang mama pening. Pening bukan sebab tau nak masak apa, tapi sebab tak tau nak masak apa yang dia nak makan. Memilih sikit budak Ammar ni. Orang kata kena pantang macam mana ibu bersalin berpantang kan. Sebab takut bentan.

Jadi, mama sesuaikan dengan citarasa dan keadaan Ammar. Mama cuma elakkan makanan yang boleh menyebabkan gatal je.

Antara lauk yang boleh di makan ialah ikan tenggiri, ikan merah, ikan siakap, ikan selar saiz besar, daging. Selain pada tu tak digalakkan.

Sayur dia memang tak makan pun jadi tak yah la mama susah-susah fikir nak masak sayur. Bimbang tak cukup zat, mama bancuhkan Mealshake dengan milo. InsyaAllah Mealshake ni bekalkan semua vitamin dan mineral yang penting untuk badan.

Haa antara menu yang boleh dihidangkan untuk orang bersunat ni ialah:

  • ikan bakar
  • sup ikan
  • sup sayur
  • ikan goreng dengan minyak yang minimum
  • ikan bilis goreng
  • nasi goreng
  • mee goreng tanpa telur
Tempoh jaga pemakanan ni terpulanglah. Biasa dah baik, atau lepas seminggu dah boleh makan macam biasa.

*Nota Tambahan:

1. Kena paksa anak bangun kencing di bilik air. Ikutkan memang dia takut sakit. Mindset je tu. Bila luka dah mula kering, insyaAllah dah tak sakit. Jangan biar dia tahan kencing.

2. Hari 5-6, bengkak dah mula surut. Perhatikan kot-kot ada nanah ke, kena cuci.

3. Hari ke 7, Ammar dah cuba-cuba pakai seluar. Tapi sudahnya dia tanggal balik, tukar kain. Geli sangat katanya.

4. Boleh sapu apa-apa minyak atau krim asalkan luka dah betul-betul kering. Jangan juga biarkan kawasan tu lembap.

5. Jika bengkak masih berterusan lepas seminggu, dan kelihatan agak besar, bawalah berjumpa doktor semula.

Itulah serba sedikit tip dari mama yang first timer menjaga orang bersunat ni. Kalau korang ada info atau tip yang lagi best, boleh la share dalam komen.

Buat ibu yang akan menghadapi situasi macam mama, rileks ok, everything gonna be OK. hihi..


Nak order Mealshake , Omega Guard dan Vitamin C Chewable, boleh hubungi Ciksu bila-bila masa.

Terima kasih kerana sudi singgah!

-Puan Suhaila-

012-964 5614

Pengedar Shaklee Malaysia
ID:868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan