Isnin, 28 November 2016

Kenangan Budak Asrama: Kena Denda Cuci Longkag Gara-gara...

Banyak memori zaman sekolah dulu. Manis masam pahit kelat hangus rentung semua ada.
Tapi sekolah la yang membentuk kita hari ni kan.
Ciksu dulu duduk asrama. Budak asrama semua rajin-rajin kalau nak tau. Pepagi bangun jam 3,4 pagi bukan nak tahajud tapi mandi kat sekolah nun sebab asrama takde air.
Kena cuci tandas asrama, tu biasa. Kutip sampah satu asrama pastu gi buang kat tong besar sampai lewat pi sekolah. Wangi-wangi jam 4 tadi dah busuk balik. loll
Barang macam sabun, ubat gigi, selipar, tudung(tudung apa tah nama yang bubble2 glamer zaman tu) kalau tak kena curi bukan asrama namanya.
Paling best kena denda ramai-ramai. Ada satu hari tu, entah rasukan ablasa apa, satu bilik bangun lewat tak solat Subuh. Sedar-sedar Ustazah datang kejut. Ustazah garang kau.
Sekali dia memekik kecut perut dibuatnya. Rindu ustazah saya yang garang tapi baik hati tu.
Hasil daripada kejadian itu, kami ramai-ramai kena cuci longkang besar belakang asrama. Seronok sebenarnya. Gambar pun ada tapi tokleh la tunjuk sebab masing-masing tak tutup urat dengan sempurna.
Ni adik-adik sekarang kecoh bebenor lahai.. Denda tak tara mana pun, sampai nak saman menyaman bagai.

Percayalah dik, sok kau dah umur macam akak, kenangan macam tu la kau paling ingat pastu kau cerita pulak kat anak cucu kau.
Siapa pernah duduk asrama dulu, apa kenangan yang korang paling ingat? Cer komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan