Enter Keyword

SHAKLEE- DIJAMIN HALAL

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Saya berasa terpanggil untuk menulis artikel tentang keHALALan Shaklee. Isu halal ini memang isu lama, tapi sering di bangkitkan semula oleh mereka yang tak tahu tentang Shaklee dan oleh mereka yg mungkin mempunyai kepentingan dalam perniagaan berasaskan makanan kesihatan sebagai salah satu strategi pemasaran mereka. Dan... yaa betul, HAK PENGGUNA untuk mengetahui samada sesuatu produk itu halal, selamat, suci, dan sebagainya lebih2 lg kepada pengguna Islam di Malaysia.

Saya dan keluarga memang sangat menitikberatkan produk halal dalam setiap penjuru rumah kami. Even sabuh basuh kain pun saya memilih jenama yg ada tanda HALAL Malaysia sebelum membeli. Produk makanan apatah lagi. Sebab itu yg akan masuk ke perut kita menjadi darah daging kan?

Kita bertuah berada di Malaysia sebab kehalalan sesuatu produk lebih2 lagi produk makanan amat dititik beratkan. Bayangkan jika kita berada di Paris? kakak saya yg pernah ke sana ada kata "susahnya nak cari makanan halal..balik2 dari paris terus cari nasik sebab asik makan MEKGI jer.."

Sebagai pengedar di negara Islam, Syarikat Shaklee khususnya Shaklee Malaysia tentulah lebih maklum tentang hal itu. Dan untuk memasarkan produk ke seluruh dunia termasuk negara Islam, Shaklee Corporation sendiri telah melabur jutaan ringgit untuk mengeluarkan produk halal khusus untuk pasaran negara Islam seperti Malaysia dan Indonesia. Sebab itu kalau anda perasan, produk Shaklee yg di jual di luar Malaysia memang tak sama dengan Malaysia contohnya dari segi labeling pun dah berbeza.

Saya tegaskan lagi sekali produk2 Shaklee yang dikilangkan di US untuk pasaran Malaysia adalah HALAL dan diiktiraf oleh ISA (Islamic Services of America) dimana ISA ini adalah badan Halal Amerika yang diiktiraf oleh Jakim. Klik pautan ini http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf


Diingatkan sijil ini sah untuk produk yang di pasarkan di Malaysia sahaja. Jika anda mendapat produk Shaklee dari pasaran negara2 lain, saya memang tak jamin ia halal.

Bagaimana dengan bovine gelatine yang di buat di Canada? Saya memang ada terbaca blog yang mendakwa  produk lecithin menggunakan sofgell dari bovine gelatin di Canada. Peliknya botol Lecithin yg ada dirumah saya ni menggunakan alamat Nutra Manufacturing, USA. Jeng..jeng..jeng..

Seperti yg saya katakan tadi, pengilang dari negara berlainan, memasarkan produk dengan bahan berlainan. Memang ada kilang dari canada yg menghasilkan bovine gelatin untuk pasaran Shaklee Malaysia, dan berita baiknya kilang itu diperakui Halal oleh IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America). Anda boleh baca lanjut di sini.

Bagaimana dengan botol lecithin saya ni tadi? Nutra Manufacturing adalah pengilang lebih 25 thn dan pengeluar utama tablet, sofgel, dan 2-pieces hard-shell di USA. Kilang nya mendapat pensijilan Halal ISA dan Quality Control oleh FDA,USP, NSF, TGA dan Kosher. Dan jangan risau Shaklee sendiri melakukan pemantauan yg ketat ke atas produk2 yg di pasarkan di negara Islam.

Jadi, anda tak perlu ragu-ragu atau was-was dengan produk Shaklee di Malaysia ini. Selamat menikmati vitamin semulajadi yang halal, selamat dan berkesan!!

sumber rujukan:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan