Enter Keyword

ALAHAN SUSU LEMBU BAWA PADAH

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Susu lembu mengandungi lebih kurang 30 jenis kumpula protein yang berupaya menyebabkan tindak balas alahan. Selain protein, terdapat beberapa lagi komponen zat dalam susu lembu antaranya adalah air, karbohidrat (laktosa), garam galian, lemak dan beberapa lagi bahan lain.

Alahan protein susu lembu (APSL) berlaku apabila sistem pertahanan tubuh bertindak balas dengan  protein susu lembu. Dianggarkan antara 2-3% kanak2 dilaporkan mengalami APSL. Tindakbalasnya pula berbeza antara kanak2 yg lain. Secara umum, masalah ini boleh mengakibatkan komplikasi kepada kesihatan kulit, usus dan sistem pernafasan kanak2. Jika anak mengalami alahan teruk namun pemberian susu tidak dihentikan, ini boleh mengundang maut.

Punca alahan berlaku

  1. Faktor keturunan- anak menerima alahan daripada sama ada ibu, bapa atau kedua2nya sekali. Jika ada sejarah alahan dalam keluarga, pastikan bayi diberi susu badan sejak lahir.
  2. Pendedahan terlalu awal kepada susu lembu- pemberian pada peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan si anak mendapat reaksi alahan.
Alternatif kepada susu lembu
Menurut Dr. Willian McLean, profesor klinikal di Jabatan Pediatrik, Ohio State Universiti dan ahli Persatuan Pemakanan Klinikal Amerika, tiada ubat untuk mengelakkan alahan ini. Perkara yang perlu dilakukan untuk mengelak alahan ialah menggantikan susu lembu dengan rumusan lain seperti susu berasaskan soya.

Soya ganti susu lembu
Khasiat dan manfaat yang diterima daripada rumusan berasaskan soya  adalah sama dengan rumusan berasaskan lembu.
  • Semua protein dan asid amino yg diperlukan bayi dan kanak2 untuk pertumbuhan dan perkembangan adalah sama
Rumusan berasaskan soya bukanlah pengganti kepada susu lembu tetapi boleh dijadikan alternatif bagi ibu bapa yg inginkan  sumber pemakanan sihat untuk anak-anak mereka.

Sumber: Pa&Ma Mei 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan