Enter Keyword

WAKTU TERBAIK MENGAMBIL SUPLEMEN

Assalamualaikum, salam sejahtera..

Mungkin ramai antara kita yang tertanya-tanya bilakah waktu yang paling berkesan untuk mengambil sebarang vitamin atau suplemen. Bolehkah vitamin di ambil pada bila2 masa, dan bolehkah vitamin di ambil semasa perut kosong? Jom baca...


Waktu terbaik mengambil suplemen biasanya sesudah makan kerana penyerapan suplemen akan jadi lebih jika di combine kan bersama makanan.

Vitamin dengan formula pelepasan masa pula perlu diambil bersama-sama makanan kerana nutrientnya akan dilepaskan masa demi masa (jam demi jam).Makanan dalam sistem akan memperlahankan perjalanannya oleh itu ia akan lebih cepat diserap di kawasan dalam gastrointestinal yg mana penyerapannya lebih baik.

Vitamin dan mineral pula bekerja dengan lebih berkesan apabila ia diambil pada sela waktu yang sama sepanjang hari.

Vitamin larut air terutamanya B complex dan vitamin C akan cepat tersingkir dari tubuh, dan membahagikan  dos kepada 3 bahagian setiap hari after meal akan memberi anda peluang terbaik untuk mengekalkan levelnya dalam sistem. Mineral adalah penting untuk penyerapan vitamin yg baik, oleh itu harus dipastikan ia di ambil bersama-sama.

Aturan yang di cadangkan:

Vitamin A, D dan E( larut lemak)- ambil secara tetap bersama-sama makanan

Zat besi - semasa perut kosong ( walaupun akan menyebabkan loya pd sesetengah orang- ambil dengan makanan)

Kalsium - dos yg tinggi boleh di ambil waktu malam atau between meal. Penyerapan kalsium lebih baik jika di ambil bersama2 nutrien, oleh itu ambil bersama makanan lebih efektif.

Zinc - di ambil bersama-sama makanan

B complex - waktu pagi untuk kesan hebat; juga efektif pada waktu2 lain.

Vitamin C - sgt berkesan di ambil with meals, juga sesuai jika perut jenis sensitif dan berasid. Pengambilan di waktu pagi akan meningkatkan energy level dan lebih kurang terdedah dengan persekitaran beradikal bebas.

Magnesium- supaya mudah tidur, elok di ambil waktu malam

Multivitamin, antioksidan, mineral - bila2 masa pun sesuai dan selamat.

Time release suplemen - ambil bersama2 hidangan utama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan