APA YANG BERLAKU PADA TUBUH SEMASA KITA TIDUR
Assalamualaikum, salam ceria..
Hari ni nak cerita tentang tidur. Bestkan? tidur memang keperluan setiap manusia. Purata waktu tidur yg sepatutnya antara 6-8jam setiap hari. Ada ke org tidur lebih lama dari 8 jam? Adaa..ramai..kadang2 sy salah seorg darinya..hehe.
Tidur memang kena cukup. Setiap individu memerlukan jumlah tidur yg berbeza. Jangan hairan kalau tengok ada orang tidur 3 jam je sehari tapi cergas mengalahkan orang tidur 12 jam. Dan jangan pula marah kalau kita tgk kawan kita kerjanya asyik tidurr je. Kalau dah jenis tak buat kerja langsung tp menghabiskan masa dengan tidur itu memanglah nak kena pelempang..huhu..
Kenapa manusia perlu tidur? Tidur umpama kita mengecas bateri handphone yg dah bagi warning banyak kali sikit lagi nak padam. Kalau tak cas alamatnye tak boleh guna. Sia-sialah dinamakan handphone kalau orang memanggil asyik "the number you have dial is bla bla bla..." :))
Apa sebenarnya yang berlaku pada tubuh semasa kita tidur? Saya memang curious tentang ni..selalu tengok dalam tv discovery channel tp tak la tengok sampai habis. Saintis telah mengkaji apa yang berlaku semasa otak dan organ tubuh yang lain berada dalam keadaan rehat.
Ini hasil yang saya dapat carian daripada internet www.ehow.com
Tidur adalah tempoh tubuh berada dalam keadaan rehat dan pulih setelah seharian berada dalam tekanan dan aktiviti harian. Tidur boleh mengembalikan tenaga dan menyeimbangkan hormon untuk baik pulih sel yang rosak dan membangkitkan selera. Dengan jumlah tidur yang mencukupi, kita sepatutnya akan bangun dengan lebih kesegaran dan 'alert'. Ada 5 peringkat kitar tidur dan kitar ini akan berulang sebanyak beberapa kali dalam semalaman.
Peringkat 1
Tidur yang seperti tidur-tidur ayam, kita akan mudah terjaga. Semasa tempoh ini, mata bergerak2 namun secara perlahan. Peringkat ini juga adalah apabila tiba2 otot kita bertindakbalas apabila merasa sensasi jatuh. Anda pernahkan?
Peringkat 2
Mata tidak lagi bergerak, kadar degupan jantung dan pernafasan menjadi perlahan. Suhu badan juga akan jatuh di peringkat ini.
Peringkat 3 dan 4
Peringkat inilah yg dikatakan 'deep sleep'. Semasa peringkat ini, aliran darah ke otak menurun, dan aliran darah ke otot meningkat. Waktu inilah dimana baik pulih tisu sedang berlaku. Sistem imun juga berada di kemuncak pada waktu ini.
Peringkat REM (Rapid Eye Movement)
Peringkat dimana kita sedang bermimpi. Pernafasan tidak stabil dan degupan jantung meningkat. Tekanan darah juga meningkat di peringkat ini. REM bermula lebih kurang 70-90 minit selepas tidur bermula. Selepas 1 tempoh pendek REM, kitar berulang semula.
Jadikan tidur kita setiap hari sebagai tidur yang berkualiti. Jika anda mempunyai masalah berkitan tidur samada sering tidak cukup tidur atau tak boleh tidur langsung (insomnia) berjumpalah dengan mereka pakar.
Bagaimana tidur yang bagus untuk kesihatan? Sudah tentulah cara tidur gaya Rasulullah.. Antaranya ialah:

- Mengiringkan badan ke kanan manakala tangan kanan menyokong kepala. Mengiringkan badan ke kiri dikhuatiri akan menekan perut. Ini mengganggu proses pencernaan. Ia juga menekan jantung hingga mempengaruhi kemampuan jantung, mengganggu irama dan kemampuan mengepam darah.
- Aisyah merekodkan cara tidur Nabi ialah tidur cepat dan bangun cepat. Tidur selepas Isyak iaitu dua jam sesudah makan. Kemudian bangun untuk bertahajud hingga masuk waktu solat Subuh.
- Selepas solat Subuh, kita sebaik-baiknya tidak tidur tetapi berzikir dan membaca Al-Quran hingga matahari terbit. Antara kebaikan amalan ini ialah badan yang segar, jantung yang sihat dan awet muda.
Fakta tentang tidur dan kesihatan
- Tidur adalah proses fisiologi yang penting. Semasa manusia tidur, organ-organ dicergaskan semula (revitalized). Kajian mendapati, apabila lambat tidur, pencergasan semula organ terganggu. Tidur yang panjang pula memekatkan darah. Ini menambahkan risiko angin ahmar dan serangan jantung. Tidur yang menyihatkan ialah tidur dua jam sesudah makan malam dan bangun antara jam 3 hingga 4 pagi. Ini kerana serangan jantung dan angin ahmar sering berlaku antara jam 3 - 6 pagi.
- Kajian mendapati, apabila kurang tidur, risiko keseimbangan hormon kortisol dan serotonin terganggu. Paras kortisol yang tidak terkawal meningkatkan risiko kencing manis. Paras serotonin yg tidak stabil menjejaskan kestabilan emosi.
- Kajian mendapati apabila manusia tidur kurang dari 6.5 jam sehari, hormon kortisol yang meningkatkan kadar gula dalam darah dan hormon insulinnya meningkat. Insulin mencapai paras 50% lebih tinggi daripada paras normal. Ketahanan insulin pula meningkat sebanyak 40%. Peningkatan kadar insulin yg tidak diikuti dengan pemindahan ke jaringan mengakibatkan peningkatan gula dalam darah. Jika keadaan ini berterusan, kencing manis akan berlaku.
- Kajian dari University Chicago mendapati orang yg tidur kurang 6.5 jam sehari cenderung mengalami peningkatan gula di dalam darah, nafsu makan meningkat, dan berat badannya relatif lebih tinggi daripada orang yang cukup tidur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan