Enter Keyword

PROGRAM DIET SHAKLEE- CARA KURUS DENGAN CEPAT DAN SELAMAT

Assalamualaikum..salam sihat semua..

Menjadi kurus mungkin idaman kebanyakan orang. Walaupun kurus tidak bermakna sihat, sekurang-kurangnya risiko berpenyakit tiga serangkai (jantung, kencing manis, buah pinggang) dapat dikurangkan setidak-tidaknya hingga 50%.

Tahukah kita bahawa di Malaysia 2 daripada 5 orang dewasa adalah obes? Manakala 1 daripada 7 rakyat Malaysia adalah pesakit kencing manis dan 1 daripada 6 kematian di Malaysia adalah disebabkan penyakit jantung!!!
 *sumber Shaklee booklet

Ramai yg ingin berdiet, ambil suplemen tertentu, berhenti makan makanan tertentu, dan sebagainya. Jom saya kongsikan apa yg anda harus buat jika ingin menurunkan berat badan.

1. Tetapkan matlamat jangka pendek / set target. Contohnya nak kurus dalam masa 3 bulan.
Kenapa 3 bulan? Sebab mana ada org boleh kurus dalam masa sehari..hehe.. Dan orang yang cepat turun berat biasanya akan cepat rebound balik. Letih la mcm tu kan?

2. Tahu bagaimana konsep sebenarnya penurunan berat badan iaitu lemak terbuang, otot terpelihara. Bagaimana nak buang lemak? Suplemen yang membantu dalam proses ini ialah Lecithin, dan Herblax.

3. Banyakkan minum air masak. Setiap 25kg berat memerlukan 1 liter air. Jika berat anda 75kg, anda perlukan 3liter air kosong sehari. Fungsinya? Air diperlukan untuk menyerap nutrien dari diet harian/ supplemen yg kita makan. Air berperanan mengangkut segala lemak2 dan toksin keluar dari tubuh melalui usus. Sebab itu, ada sesetengah orang akan mengalami sembelit semasa proses ini.

4. Wajib ambil sarapan pagi. Jangan abaikan sarapan pagi kerana setelah tidur selama 6-8 jam, perut kita akan berada dalam keadaan berasid. Sarapan atau sekurang2nya segelas air akan meneutralkan keasidan perut buat seketika.

5. Jangan tinggal waktu makan. Ada orang takut untuk mengambil makanan setiap kali tiba waktu makan. Makanlah walaupun sedikit untuk mengelakkan starving mood. Paling tidak anda cuma perlu snek ringan seperti biskut / buah-buahan/ atau sayuran (salad).

6. Lebihkan fiber sehingga 75%, kurangkan karbohidrat sehingga 50%.
Jangan tinggal makan nasi. Makanlah sekurang2nya sekali sehari. Ini kerana nasi adalah sumber karbohidrat terbaik berbanding mee dan pasta. Karbohidrat juga diperlukan untuk mengekalkan tenaga. Namun tidak boleh berlebihan. Jika anda makan nasi, lebihkan sayur2an.

7. Biasakan mengambil buah sebelum makan nasi. Ini kerana kandungan serat dan air dalam buah akan membuat kita berasa kenyang dan kita akan makan nasi dalam kuantiti yg sedikit sahaja.

8. Lakukan aktiviti fizikal untuk membakar kalori. Paling ringan, berjalan keliling rumah/taman selama 10 minit dan tambah masa selepas beberapa hari.

Untuk lebih jelas, tengok gambar di bawah ini:


Cara pengambilan produk Shaklee
1. Detox dahulu dengan mengambil Herblax sebanyak 4 biji. (Jika cirit birit kurangkan dos)
2. Ambil lecithin 2 biji dan alfalfa 2 biji pada waktu malam. (setiap malam)
3. Ambil Herblax semula 3 atau 4 malam kemudian. (2 kali seminggu sahaja)
4. Vitalea sebagai sumber multivitamin diambil sebiji setiap pagi.

Protein untuk pembinaan otot.
Adalah di galakkan anda mengambil sumber protein seperti ESP atau Cinch Shakes untuk membina otot.
Otot diperlukan untuk membakar kalori dan meninggikan metabolisme tubuh. Perlu diingat, jika berat anda turun tetapi tubuh menggeleber, itu tandanya hanya berat otot di turunkan. Masih ingatkah anda dengan kesan yo-yo? Jika lupa, baca di sini.

Jadi, anda sudah faham konsepnya, dan tahu caranya kan? Selamat menurunkan berat badan!!!

Untuk lebih tips dan panduan, boleh hubungi:
Su: 013-2369434
emel: butik.annajah@gmail.com
fb:www.facebook.com.su.annajah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan